PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

BUAT BAIKLAH

As salam.

Kisah ini adalah email dari seorang pembaca blog saya yang minta dirahsiakan namanya. 

Begini kisahnya....



Suatu hari, beliau perlu menghadapi ujian untuk subjek semester ke enamnya. Masalah beliau ialah, setiap kali membaca buku, beliau mengantuk gila-gila. Dengan babynya yang kerap menyusu dan kerjanya yang dirasakan sangat banyak, beliau rasa tidak mampu untuk menjawab soalan ujian. Seringkali beliau menangis disebabkan mengantuk setiap kali membaca buku dan risaukan tidak boleh menjawab soalan.

Beliau menghidapi penyakit bisa jari-jari tangan semenjak melahirkan anak yang ke empat. Sebab itu, beliau jarang membasuh pinggan mangkuk dan ke dapur. Tetapi, itu bukan menjadi penghalang untuk beliau melaksanakan tanggungjawab rumahtangganya, selalunya beliau buat donno dan melawan rasa sakitnya itu. Alhamdulillah suami beliau memahaminya dan banyak membantu beliau dalam urusan rumahtangga.

Sewaktu hari ujian, beliau menghantar suami untuk memandikan ayah mertuanya yang lumpuh. Demi rasa tanggungjawab dan rasa kasihannya kepada suaminya, maka beliau pun menghantar suaminya beserta anak-anaknya yang masih kecil-kecil lagi ke rumah ayah mertuanya dan drive pula bawa pulang suami dan anak-anak ke rumah sebelum ke kuliah yang di sebelah petang. Begitulah saban waktu bila tiba giliran suaminya memandikan ayahnya. Sewaktu berada di rumah ayah suaminya, beliau telah menyenduk nasi dan lauk, menuangkan air dan melayan suami dan anak-anaknya makan di meja makan dengan penuh rasa kasih dan sayang terhadap mereka walaupun hatinya amat risau memikirkan ujian yang bakal dihadapinya.

Dengan perasaan yang sedih dan kurang bermaya beliau melangkah kaki ke dewan ujian. Tetapi beliau tidak menunjukkan kesedihannya di hadapan rakan-rakan sekuliahnya. Beliau tetap gelak hu ha hu ha dan beramah tamah dengan rakan-rakannya. 

Yang saya nak tergelak ayat beliau dalam emailnya, beliau bercakap kepada rakannya "Cuba hang baca kat aku kuat-kuat... bagi aku dengag... hang kan pandai..." Lucu sungguh beliau ni. Dalam kerisauan, masih berkesempatan bergurau.

Di dalam dewan ujian, kertas ujian telah berada di atas mejanya. Beliau lantas memulakan dengan membaca Al-Fatihah dan sedekahkan kepada Rasulullah S.A.W dan kepada tuan-tuan gurunya. Beliau terus menadah tangan dan berdoa. Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim, beliau terus menjawab soalan. Semasa menjawab soalan, idea datang mencurah-curah. Terus beliau tuliskan ke atas kertas jawapan. Cuma ada satu soalan yang beliau tak dapat jawab walaupun beliau sempat baca sebelum masuk dewan ujian disebabkan tak masuk langsung ke dalam otaknya apa yang dibacanya tu. 

Selesai menjawab, puas difikir-fikir apakah jawapan lagi... tak nampak juga bayang jawapan. Oleh kerana kepala beliau pun dah mula migrain, beliau pun bangun dan terus pulang ke rumah sambil meminta maaf kepada pensyarahnya sebab baginya, beliau tidak dapat menjawab mengikut arahan.

Seminggu selepas itu, kakak iparnya bertanya "Macamana jawab soalan haritu?" Beliau dengan lurus bendulnya menjawab "Alhamdulillah kak, dapat jawab, bertubi-tubi idea datang. Tapi tak tahulah betul ke salah kak". Jawab kakak iparnya "Tula... kalau kita buat baik dengan suami, Inshaa Allah, Allah tu tolong...". Dalam hatinya hanya mampu berdoa agar lulus ujiannya itu. 

"Sebenarnya, setiap kali ujian dan periksa, beginilah saya. Mengantuk gila-gila bila baca buku. Selalu juga ada suara yang memberitahu jawapan kepada saya dan selalu juga idea mencurah-curah sewaktu menjawab soalan. Kadangkala, saya pun rasa hairan bagaimana ini berlaku. Walau saya tidak cemerlang dan tidak hebat, sekurang-kurangnya, saya tidak menipu atau meniru. Yang paling penting, bila waktu periksa, dapat keputusan, lulus dan tidak ada yang gagal, tidak perlu repeat subjek. Pointer Alhamdulillah tidak pernah turun. Semuanya pinjaman sementara dari Allah". Tulisnya mengakhiri emailnya kepada saya.

Apa yang saya dapat simpulkan dari ceritanya itu :
1. Berdoa.
2. Bertawakkal.
3. Buat baiklah kepada suami dan anak-anak ataupun keluarga dan sesiapa sahaja. 

Inshaa Allah pertolongan Allah sentiasa ada. Segalanya dipermudahkan walaupun tidak sesempurna mana apa yang dilakukan. Sekurang-kurangnya telah berusaha dan mencuba.
SHARE

Cikgu ieta Sales Person Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 3)

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 orang yang sudi komen:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *