PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

KENAPA DAP MENGUASAI PRU13

As salam

Sebenarnya saya tidak gemar bercakap atau bersuara tentang politik dan saya bukanlah orang yang 'arif lagi bijaksana tentang politik. Sejujurnya, saya amat cintakan dan inginkan kepada politik cara RASULULLAH S.A.W.

Sekarang ni saya menaip dengan penuh kelam kabutnya disebabkan anak sulung saya mengamuk nak ke perpustakaan untuk membaca buku. Harap maaf sebarang kesilapan ejaan mahupun perkataan saya yang mengguris hati sesetengah pihak.

Merujuk kepada persoalan yg diajukan kpd saya KENAPA DAP MENGUASAI PRU13?
Jawapan peribadi saya : Bila MElayu bertelagah, maka naiklah bangsa lain. Tp jgn lupa, dlm DAP pun ramai org2 Melayu yg berpartikan DAP. Hai... entahlah... payah sungguh nampaknya meLAYU nak bersatu... Cuba kaji sikit siapa yang buat supaya semua jadi bertelagah macamni? Sebab itulah wujudnya Pakatan Rakyat yang asalnya bertujuan untuk menentang kezaliman. Bila sudah wujud Pakatan, inilah yang MeLAYU wajib terima.. KAN? Kebetulan atau realitinya, ekonomi kita memang sudah dimonopoli oleh bangsa China. So, USAH SALAHKAN SANA SINI... mari bersama bersihkan minda & kaji balik APA PUNCA MElayu BERTELAGAH?

Moga negara kita terus aman & BERSIH dari segala kebatilan yang memang 
telah berleluasa

KEPUTUSAN RASMI PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE 13

UPDATE 11.45 malam
Dari fb pensyarah saya>Nikmohdzaim Ab Rahim
Pakat-Pakat Kalih wrote:

STATISTIK SEBENAR PRU13 yang tidak dikeluarkan oleh TV3:

Parlimen:

2008 = BN 140 vs PR 82
2013 = BN 133 vs PR 89 ( PR tambah 7 )

Dun:

2008 = BN 344 vs PR 161
2013 = BN 275 vs PR 230 ( PR tambah 71 )

Jumlah Undian keseluruhan Mengikut kiraan Undian di seluruh Malaysia:

PRU 12: BN 4.0 Juta - PR 3.7 Juta
PRU 13: BN 5.3 Juta - PR 5.6 Juta


Teruskan memberi pendapat anda. Moga bertambah ilmu dalam otak saya yang tak pandai ni. Apapun, sila berikan pendapat anda tanpa memaki hamun mana-mana pihak. Sebagai Rakyat Malaysia, anda berhak memberi pendapat masing-masing. Sila berfikiran terbuka. Tak perlu taksub mana yang terlampau. Kepada yang dah remove atau block saya disebabkan entri saya ini, Terima kasih... Terima kasih semua ^__^
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 orang yang sudi komen:

  1. no offences. bangsa cina sebenarnya sudah bersatu memilih satu parti yang akan memeperjuangkan hak mereka. bangsa melayu je yang masih bertelagah dan berebut sesama sendiri.

    harap2 bangsa melayu nampak benda ni dan bersatu untuk PRU14 nnt.

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Bak kata Che Det dalam Doktor Umum, Cina apapun akan utamakan bangsanya dulu, baru parti dsbgnya.

    Tapi terbalik jadinya pda Melayu.

    ReplyDelete
  3. hehehe isu ni terjadi pasal kesilapan taktikal BN sendiri...tempat yg sepatutnya Cina lawan Cina ditukar jadi Cina(PR) lawan Melayu(BN)....bila Melayu kalah, nampak mcm Cina menguasai PRU pulak...padahal guna cara lama, Cina(PR) lawan Cina(BN) pon... dah sah2 Cina yang akan menang... jadi kat mananya persoalan di sini?

    sekadar nak menakutkan melayu yg kononnya cina nak berkuasa adalah taktik racism yg tak sepatutnya wujud di zaman milenium ni...

    kalau Dato Seri Najib boleh kata terima keputusan PRU dgn hati terbuka, kenapa ramai org melayu tak boleh terima yg masyarakat cina mmg sudah menjadi sebahagian dari warganegara kita...kenapa perlu kita bersikap prasangka....?

    untuk melayu bersatu bukanlah kita kena masuk Umno (minta maaf cakap) tapi lebih kepada semangat persaudaraan antara kita, bila ada melayu susah kita tolong bukannya macam sekarang "melayu makan melayu"...

    sy sgt setuju dgn kenyataan "dalam DAP ramai melayu tu"...kita ni dah kena brainwash asal DAP je Cina...padahal DAP utk semua kaum....dan perjuangkan hak sama rata antara rakyat...
    (mesti ramai yg menyumpah dan memaki saya bila terbaca komen ni kan?)

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *