PANDUAN MENGUNDI

As salam

Sebenarnya, berkobar-kobar rasa dihati nak mengundi beberapa jam sahaja lagi.
Sudah lama saya tidak mengundi disebabkan pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan. Di sini saya ingin berkongsi panduan mengundi.

Sila tekan sini >> http: //www.spr.gov.my untuk semak daftar pengundi 

Rasa teruja sangat nak mengundi? 



1. Jangan lupa bawa Kad Pengenalan atau IC anda. Jika tidak, anda tidak dibenarkan mengundi dan memang anda tidak akan berpeluang untuk melihat kertas undi itu.
Di bawah ini adalah gambar proses mengundi yang sebenar.

2. Sila patuhi arahan petugas dibilik mengundi supaya anda dapat mengundi dengan selesa.
3. Jangan duduk terlalu lama di tempat kotak undi. Sila beri peluang kepada orang lain juga. 
4. Janganlah sesuka hati pangkah borang undi yang diberi kerana anda hanya diberi kertas undi itu sekali sahaja.
5. Jika anda memangkah semua kotak di dalam kertas undi, undi anda dikira sebagai undi rosak. Ini seumpama anda tiada pendirian dan matlamat di dalam menentukan masa depan negara anda. 
6. Dalam bilik mengundi ni, kamera tidak dibenarkan. Jadi, usah berangan nak snap gambar ya...
7. Anda tidak dibenarkan membawa masuk ke bilik mengundi sebarang logo mana-mana dari mana-mana parti samada bertopi, berlencana atau berbaju walaupun anda cinta yang teramat parti itu. Adalah sesuatu yang meragukan jika ada yang sedemikian.
8. Sila pastikan kerani ke 2 di meja petugas hanya memegang cat sahaja dan memakai glove (sarung tangan plastik).
9. Sila pastikan kertas undi anda dicop dikedua-dua belah terlebih dahulu sebelum ia ditarik dari buku bernombor siri undi dan diberi kepada anda. Pastikan anda menerima kertas undi pada tangan anda yang tidak ada dakwat. Pastikan kertas undi anda tidak terlekat sebarang dakwat atau kekotoran.
10. Jika terdapat sebarang keraguan, sila maklumkan kepada ketua tempat mengundi dengan segera.

Mudah bukan?

Selamat mengundi dengan cara yang berhemah ^__^

ENTRI BERKAITAN

SUMBER 1
SUMBER 2

Comments

  1. Hu2.. Rasa jeles sgt2 tgk kat fb org mengundi.. Buka tv citer org mgundi.. Kat blog pun citer org ngundi.. Huwaaaaa...

    ReplyDelete
  2. Saya pun dah mengundi..tgh tunggu keputusan dpn tv

    ReplyDelete

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.