"Simple GiveAway Bintang Mencari Cinta By Cik Akak"

As salam.

Kali ini saya teruja untuk memberi sokongan kepada "Simple GiveAway Bintang Mencari Cinta By Cik Akak" yang dianjurkan oleh blogger +Nao Mei setelah dijemput untuk menyertai GA ini dan setelah ditag oleh adik saya dalam dunia blog +cik yaya yang comel. Terima kasih cik yaya sudi tag akak. Terima kasih juga tuan GA kerana sudi jemput saya menyertai GA ni.
Kiranya, saya join GAnya ni, sekali merangkap review lah ya? Bolehkan cik +Nao Mei ?

Blog cik Nao Mei ni memang cantik pada pandangan mata saya tau... Saya dah pun letakkan blog beliau dalam senarai bloglist saya sebagai "BLOG MELAPANGKAN MINDA". Saya suka dengan ayat santai bersahaja yang digunakan oleh beliau dalam setiap entrinya.

Contohnya dalam entri beliau, ENCIK RINGGIT DARI NUFFNANG LAGI. Ayat beliau membuatkan saya dengan ikhlas hati nak klik-klik Nuffnangnya yang sentiasa melekat dalam blognya dikanan tu.
Tiada maksud terlindung, lawak dan santai lagi bersahaja je ayatnya tu membuatkan saya tergelak dan rasa happy semasa membaca...

Tak ingat pula masa bila saya terjumpa blog cik Nao Mei ni tapi beliau rajin juga berkunjung dan komen entri blog saya. Terima kasih cik Nao Mei kerana sudi menjadi rakan blog saya.


SAJAK CINTA

Cinta
Kau hadir dalam jiwaku
Kau melambai, menggenggam erat emosiku
Kau sering menenggelamkan aku
Ke dalam dakapan naluriku

Kau sering datang dan pergi
Bersilih ganti menghitung hari
Mencari kebahagiaan hakiki
Tidak tergambar dek sanubari

Kadangkala kau menggamit rindu
Adakala ibarat itik menyudu
Pinggan tak retak nasi tak dingin
Orang tak hendak, aku pun tak ingin

Seringkali bertandang mengusik kalbu
Menggugat imanku
Mengganggu emosiku
Kau datang melulu

Hadirmu membahagiakanku
Hilangmu menyedarkanku
Alfaku dek keranamu
Sering menghantuiku dulu-dulu

Kini ku temui cintaku yang sejati
Hanya untuk suamiku yang ku sayangi
Sudah tentu Allah sentiasa bertakhta dihati
Cinta sepanjang hidup hingga ke mati

Cinta itu, khusus untuk Allah yang mencipta diriku
Sudah tentu sisipannya untuk suami dan anak-anakku
Biarlah apa yang dikata
Tak terungkap indahnya cinta





Bila dua hati bersatu
cinta nan indah bersemi
bagaikan nian gong dipalu
menggigit-gigit jari jemari

Indahnya cinta itu....
Andai ikhlas mencintai
Pabila telah bersatu
dan hati milik memiliki

Nukilan : ieta mat sa'ad

Saya nak tag Mazelina dan cikgu Norazimah

Comments