DOA HARIAN

"Ya Allah.... Permudahkanlah segala urusanku. Sihat dan cergaskanlah tubuh badanku. Berikan daku kekuatan dan kecekalan hati menghadapi segala dugaan. Cerdikkanlah aqalku. Kuatkanlah hatiku untuk menela'ah pelajaran. Cekalkanlah hatiku semasa menjawab soalan2 peperiksaan. Cemerlangkanlah keputusanku, demi masa hadapanku.... Tempatkan ruh ibuku di kalangan orang2 yang kau Redhai. Sihatkanlah abahku. Sihatkanlah ibu dan ayah mertuaku. Ampunilah segala dosa2 ku, suamiku, seluruh ahli dan kerabatku, termasuk insan2 yang hampir denganku, yang membantuku secara tersembunyi atau yang zahir..... Permudahkanlah segala urusan yang kami lakukan. Ampunilah dosa mereka yg telah menyakiti hati atau mengkhianatiku... Engkaulah yang maha pengampun lagi maha mengetahui..."

CARIAN DI SINI

Loading...

13 June 2013

CONTOH SOALAN DAN SKEMA SOALAN SUBJEK TITAS TAHUN 2009/2010 HINGGA 2011/2012

As salam. Berikut adalah contoh soalan dan skema jawapan subjek TITAS tahun 2009/2010 hingga 2011/2013 sebagai panduan rakan-rakan. Moga bermanfaat.

Contoh soalan dan skema jawapan subjek TITAS tahun 2009/2010 hingga 2011/2013 ini diberi kepada saya tahun lepas oleh seseorang)

1. Apakah yg dimaksudkan dengan kehidupan yang bertamadun dari perspektif islam

2. Huraikan 3 perbezaan dlm aspek tiologi antara perspektif tamadun barat dgn tamadun islam.

3. Jelaskan 3 matlamat utama world view tamadun islam
            a.hubungan manusia dengan pencipta
            b.hubungan manusia dengan manusia
            c.hubungan manusia dengan alam

4.Jelaskan ciri2 tamadun islam seperti berikut
            a.tamadun yang berorentasikan manusia
            b.tamadun yg bersifat universal

5.Huraikan 3 aspek ketamadunan yang terdapat dlm tamadun melayu

6.Jelaskan kesan penyebaran islam dikepulauan melayu dlm aspek berikut;
            a.aspek bahasa dan kesasteraan
            b.aspek pemerintahan

7.Jelaskan 2 bukti yg menyokong teori  yang mengatakan islam ke kepulauan adalah arab

8.Huraikan 3 daripada nilai2 universal yang diperlukan oleh sesebuah tamadun sebagai proses kelangsungan interaksi antara tamadun

9.jelaskan 3 halangan atau cabaran utama dlm mengekalkan ketabilan proses interaksi antara 3 bangsa utama dimalaysia

10.jelaskan sumbangan islam dlm tamadun cina dlm aspek berikut;
            a.aspek perubatan
            b.aspek pelayaran dan pembinaan kapal

11.jelaskan 3 faktor utama dalam menjadi teras kelahiran dunia global

12.mutakhir ini kuasa barat mendominasikan aspek social dan budaya masyarakat Malaysia. Jelaskan..

13.apakah yang dimaksudkan dengan hak kebebasan menurut perspektif islam

14.penciptaan alam dan manusia mempunyai tujuan dan matlamat yang sangat jelas, huraikan 3 sahaja.

15.apakah persediaan dan pendekatan yg perlu dihayati dan diusahakan bersama oleh seluruh warganegara kearah mencapai cita2 pembangunan dan tamadun Malaysia.

16.terangkan konsep istilah berikut;
            a.jihad melawan kehendak syaitan
            b.jihad dengan hati
            c.dialog peradaban

bhg B

1.krisis alam sekitar sering dikaitkan dengan sikap dan kealpaan manusia. Bincangkan peranan individu, masyarakat serta pihak pemerintah dlm usaha kearah pemeliharaan alam sekitar.

2.mutakhir ini isu perjuangan hak asasi manusia semakin hangat diperkatakan samada diperingkat global dan tempatan.bincangkan 4 daripada hak2 asasi manusia menurut perspektif islam

3.konsep sains dalam islam adalah tidak terpisah daripada panduan wahyu. Jelaskan konsep etika sains menurut perspektif islam.


SKEMA SOALAN TAHUN 2009/2010
PELAJARAN, CONTOH SOALAN, CONTOH SOALAN SUBJEK TITAS, TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA TENGGARA, TAMADUN ISLAM, TAMADUN ASIA TENGGARA, SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SUBJEK TITAS TAHUN 2009 HINGGA 2012
SILA KLIK UNTUK  GAMBAR YANG LEBIH JELAS

PELAJARAN, CONTOH SOALAN, CONTOH SOALAN SUBJEK TITAS, TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA TENGGARA, TAMADUN ISLAM, TAMADUN ASIA TENGGARA, SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SUBJEK TITAS TAHUN 2009 HINGGA 2012
SILA KLIK UNTUK  GAMBAR YANG LEBIH JELAS

PELAJARAN, CONTOH SOALAN, CONTOH SOALAN SUBJEK TITAS, TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA TENGGARA, TAMADUN ISLAM, TAMADUN ASIA TENGGARA, SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SUBJEK TITAS
SILA KLIK UNTUK  GAMBAR YANG LEBIH JELAS
PELAJARAN, CONTOH SOALAN, CONTOH SOALAN SUBJEK TITAS, TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA TENGGARA, TAMADUN ISLAM, TAMADUN ASIA TENGGARA, SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SUBJEK TITAS TAHUN 2009 HINGGA 2012
SILA KLIK UNTUK  GAMBAR YANG LEBIH JELAS
SKEMA SOALAN 2011/2012
PELAJARAN, CONTOH SOALAN, CONTOH SOALAN SUBJEK TITAS, TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA TENGGARA, TAMADUN ISLAM, TAMADUN ASIA TENGGARA, SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SUBJEK TITAS TAHUN 2009 HINGGA 2012
SILA KLIK UNTUK  GAMBAR YANG LEBIH JELAS

PELAJARAN, CONTOH SOALAN, CONTOH SOALAN SUBJEK TITAS, TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA TENGGARA, TAMADUN ISLAM, TAMADUN ASIA TENGGARA, SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SUBJEK TITAS TAHUN 2009 HINGGA 2012
SILA KLIK UNTUK  GAMBAR YANG LEBIH JELAS

PELAJARAN, CONTOH SOALAN, CONTOH SOALAN SUBJEK TITAS, TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA TENGGARA, TAMADUN ISLAM, TAMADUN ASIA TENGGARA, SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SUBJEK TITAS TAHUN 2009 HINGGA 2012
SILA KLIK UNTUK  GAMBAR YANG LEBIH JELAS

PELAJARAN, CONTOH SOALAN, CONTOH SOALAN SUBJEK TITAS, TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA TENGGARA, TAMADUN ISLAM, TAMADUN ASIA TENGGARA, SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SUBJEK TITAS TAHUN 2009 HINGGA 2012
SILA KLIK UNTUK  GAMBAR YANG LEBIH JELAS

PELAJARAN, CONTOH SOALAN, CONTOH SOALAN SUBJEK TITAS, TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA TENGGARA, TAMADUN ISLAM, TAMADUN ASIA TENGGARA, SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SUBJEK TITAS TAHUN 2009 HINGGA 2012
SILA KLIK UNTUK  GAMBAR YANG LEBIH JELAS

PELAJARAN, CONTOH SOALAN, CONTOH SOALAN SUBJEK TITAS, TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA TENGGARA, TAMADUN ISLAM, TAMADUN ASIA TENGGARA, SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SUBJEK TITAS TAHUN 2009 HINGGA 2012
SILA KLIK UNTUK  GAMBAR YANG LEBIH JELAS

KAJIAN BAB POPULAR YANG MASUK EXAM OLEH RAKAN SEKULIAH
1. bab 1-pengenalan ilmu ketamadunan
2.bab 2- keistimewaan tamadun islam dan sumber tamadun
3.bab 4-interaksi antara tamdun
4.bab 5-aspek persamaan dan perbezaan
5.bab 6-sejarah kedatangan islam ke kepulauan melayu,faktor2 penyebaran islam,teori kedatangan islam ke alam melayu
6.bab 8-hegemoni barat dan globalisasi
7.bab 9- hsk asasi manusia menurut perspektif islam
8.bab 10-krisis alam sekitar
9.bab 11-etika sains dalam islam - kedudukan dan peranan sains dan teknologi dalam islam,etika sains dlm islam
10.bab 12 - konsep jihad menurut perspektif al-quran,pembahagian jihad.
11.bab 16 - islam hadhari



Update : SUMBER
Worldview bermaksud "Pandangan Hidup". Sebagai seorang insan, kita akan sentiasa menjalani proses tranformasi yang berterusan ke atas diri. Input-input yang masuk menerusi pancaindera mata kepala seterusnya diproses oleh akal dan mata hati yang akan membentuk satu tanggapan hidup (worldview). Worldview ini akan menentukan nilai dan sikap individu (keadaan jiwa) yang seterusnya menentukan tabiat atau tingkahlaku seseorang.
                    
Pandangan Hidup Islam (Islamic Worldview) bermaksud melihat Islam secara keseluruhan, dengan demikian ternampaklah Islam itu indah, syumul dan istimewa. Pandangan hidup Islam terbentuk dari serangkaian pemahaman tentang konsep-konsep pokok dalam Islam, seperti konsep Ketuhanan, konsep Kenabian, konsep wahyu, konsep manusia, konsep alam dan konsep ilmu. Seluruh elemen itu berkait antara satu sama lain, dan konsep Ketuhanan menjadi landasan bagi konsep-konsep lainnya.

Worldview adalah bahagian terpenting daripada ajaran Islam. Ia menentukan bagaimana seseorang Muslim itu melihat, mendekati dan berinteraksi dengan segala sesuatu dalam kehidupannya.

Kepentingan worldview:

1. Pencetus iltizam dan tanggungjawab diantara manusia dan mendorong kesedaran manusia terhadap insan dan makhluk lain.

Islam yang syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan baik kehidupan di dunia mahupun akhirat. Mengatur semua urusan hidup manusia sama ada yang melibatkan hubungan manusia dengan Al-Khaliq dan manusia sesama manusia. Setiap hubungan yang baik antara manusia dengan manusia adalah termasuk dan diiktiraf sebagai sebahagian dari urusan ibadat yang diperintah Allah dan akan mendapat ganjaran dari-Nya.
Contoh: Apabila baik hubungan manusia dengan Tuhan.Nya secara tidak langsung ia akan membawa kesan baik dalam kehidupan seharian di dunia dalam kontek hubungan sesama manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain.

2. Membentuk orientasi hidup insan.

Orientasi kehidupan adalah suatu pandangan yang memberi maksud kehidupan kita. Untuk membentuk masa depan yang baik, perlu ada orientasi kehidupan yang jelas dan fokus. Worldview membantu kita menjawab pertanyaanorientasi agama dan carian untuk makna kehidupan kita, yang mana kita perlu tahu bukan sahaja apa yang perlu difikirkan, tetapi juga bagaimana untuk hidup, apa harus dilakukan, bagaimana untuk mengaitkan antara satu sama lain, diri mereka sendiri, dan segala kemungkinan berlaku di dunia.
Contoh: Seseorang yang mempunyai tujuan dalam kehidupan untuk menjadi seorang yang berjaya, apabila dia mempunyai pengetahuan dan iman yang kuat kepada Allah, maka ia akan berusaha mengejar kejayaan dengan cara yang baik, menurut perintah-perintah Tuhan.

3. Membangun masyarakat bertoleransi dan penjanaan insan terpuji.

Sebagai sebuah masyarakat, setiap individu harus menjalin hubungan yang baik, saling menghormati, saling menghargai dan ada toleransi antara individu serta menghormati pegangan dan kepercayaan sesuatu bangsa atau komuniti setempat. Islam mempunyai mekanisme yang tersendiri dalam menguruskan sistem kehidupan manusia yang bersifat komprehensif dan holistik bagi mengelakkan kezaliman dan ketidakadilan berlaku dalam institusi masyarakat.
Contoh: Apabila berlaku suatu konflik di sesebuah tempat, masyarakat di situ pelu bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat sehingga mencapai satu keputusan bersama. Tuntutan kepada memaksimumkan peningkatan nilai-nilai murni dalan setiap tindakan manusia akan mengubah worldview manusia kearah penjanaan insan terpuji dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan.


4. Untuk membuka jalan bagi mencapai makna Nilai Islam dalam kehidupan.

Memberi gambaran Islam sebenar yang terdapat di dalam akal fikiran dan akan disebati di dalam diri seseorang setelah memahaminya. Keimanan manusia kepada Allah perlu mengatasi segala kepercayaan pada perkara lain. Manusia perlu mengingati kepercayaan dan ketaatan kepada Allah secara lengkap dan sempurna kerana Allah sentiasa menilai segala perkataan, perbuatan dan tingkah laku manusia setiap masa. Setiap perlakuan dan perbuatan yang dilakukan kerana Allah merupakan suatu ibadah.
Contoh: Islam telah menyediakan panduan berkenaan perkara kecil seperti adab makan, minum, tidur , mandi sehinggalah kepada perkara-perkara besar seperti sistem ekonomi, politik, sosial dan pendidikan. 

5. Menjana pemikiran manusia. 

Memperjelas tanggapan, membangun keyakinan, merintis jalan ke arah pengetahuan dan kefahaman serta akhirnya memberi makna. Naluri manusia sejak lahir ialah memiliki rasa ingin tahu yang tinggi.
Contoh: Meneliti air sungai yang mengalir, terkandung kotoran, sampai laut bercampur dengan air yang masin, menerbitkan wap naik ke angkasa, berkumpul sebagai awan, turun semula ke bumi sebagai hujan dan daripadanya menjadi sumber kehidupan.


Bagi yang berfikir secara batin dan zahir, ia melambangkan kebesaran Allah dalam menentukan ketertiban alam yang terurus baik dengan sunnah-Nya. Daripadanya terbina worldview tepat mengenai air yang faedah yang besar kepada manusia dan alam. Ilmu yang ditunjangi Worldview Islam memberi jalan berfikir yang lebih terarah

Semoga contoh soalan dan skema jawapan subjek TITAS tahun 2009/2010 hingga 2011/2013 membantu pelajar semua. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN :)

8 comments:

  1. skema jawapan nya xda ker ? :) kalau ada boleh awak toleh emailkan dekat saya elvina.charles@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Maaf, sy baru buka blog hari ini. Semua sudah ada dalam artikel ni juga. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Sangat2 membantu.. Sbb buku titas yg terbaru mmg trsgt tebal, so susah mau fokus bhgian mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jika ini membantu anda. Mohon beri nama next time. Terima kasih ya

      Delete
  4. Salam..tumpang tanya,,kenapa skema ini just fokuskan kepada tamadun ISLAM & MELAYU sahaja?..tamadun cina dan india?..adkah kedua tamadun ini hanya dikeluarkan pada soalan objektif shaja?..harap admin dpat memberi respons..terima ksih

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam..tumpang tanya..kenapa skema ni just fokuskan kepada TAMADUN ISLAM & MELAYU sahaja?..tamadun cina dan india?..adkah kedua tamadun ini hanya keluar pada soalan objektif shaja?..harap admin atau sesiapa dpat memberi respons dengan baik..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Setakat kajian saya bersama rakan-rakan berdasarkan soalan-soalan tahun2 lalu di UTM, begitulah soalannya. Ada soalan esei dan ada juga di bahagian objektif. Moga membantu. Terima kasih bertanya

      Delete

■ Boleh share jika bermanfaat. Tapi backlinklah ya... Terima kasih...
■ Komen anda dipantau. Komen dari Anonymous dan sebarang link yang diletakkan ke dalam komen jika tidak berkaitan entri blog dianggap spam dan akan dipadam.
■ Komen anda mungkin tidak dibalas tetapi saya akan berkunjung ke blog anda bila berkesempatan.
■ Terima kasih sudi bertandang ke blog yang dha'if ini. Terima kasih juga kerana menjadi pengunjung senyap tanpa komen. Tanpa anda semua, blog ini pasti terkubur...
■ Ingin beriklan atau perlukan promosi? Sila email saya marsitahieta@gmail.com Tak perlu letak link iklan dalam entri ini ya...