PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN

As salam dan selamat sejahtera.

Ini entri ke 2 buat hari ini. Ingat tak mau buat entri tentang JEREBU ni. Tapi ada yang perlu dikongsikan jadi, buat je lah. 

Berkaitan dengan JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN, semalam saya dapat mesej dari Guru Besar, sekolah ditutup arahan KPM dan Jabatan selaras dengan sekolah kebangsaan. Selepas maghrib tadi, Guru Besar mesej lagi "Utk makluman, esok semua SRA & KAFA masih tutup. Penutupan sekolah di jawi adalah selaras dgn sklh keb. Bg SRA yg ada PT, PT tetap hadir bertugas sprti biasa. GB/Ketua guru perlulah juga buat pemantauan keadaan sklh. Mhn pjgkan info kpd smua rkn2 di Zon. Terima kasih".

Ada gak yang konfius jerebu ke jelebu. Hehe... teringat kat +cik yaya. Tergelak baca komen-komen dalam fbnya tadi.

Biasalah kan, saya suka cari dari encik google ataupun encik wikipedia. Nak cari dalam buku sains, buku sains kat rumah ni dah masuk dalam storage... Jom baca...

JEREBU, masalah jerebu, punca punca jerebu, maksud jerebu, kesan jerebu, kronologi jerebu, isu semasa, JEREBU, PUNCA JEREBU, KESAN JEREBU, AKIBAT JEREBU, KRONOLOGI JERBU, PENYELESAIAN MASALAH JEREBU, JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN, Indeks Pencemaran Udara, Nilai IPU, Kualiti udara, SEBAB DAN PUNCA JEREBU, BENTUK JEREBU, pembakaran terbuka, gejala akibat pendedahan kepada jerebu, perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu, http://www.blogieta.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html, http://www.ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html
Pemandangan jerebu dari udara. Terukkan?
APA DIA JEREBU?

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji.  Ia juga dianggap fenomena udara kering.

BAGAIMANA JEREBU BERLAKU?

Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat). 

Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara.

DARI MANA SUMBER JEREBU?

Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. 

BENTUK JEREBU

Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."

PENCEMARAN UDARA

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU        Kualiti udara
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak sihat
201 - 300
Sangat tidak sihat
301 - 400
Berbahaya
401 - 500
Sangat berbahaya
Lebih 501
Darurat

LAGI SEBAB DAN PUNCA JEREBU

Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut.
Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan. 

MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu ialah:

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.

KESAN JEREBU

Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi ("terrestrial photography"), di mana penembusan sejumlah besar atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil gambar subjek jarak jauh. Ini menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan perbandingan ("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya melalui partikal jerebu. Disebabkan ini, warna matahari terbit dan terbenam kelihatan kelam pada hari berjerubu, dan bintang mungkin kabur pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, kemerosotan akibat jerebu amat teruk sehinggakan pada waktu matahari terbenam, matahari hilang sama sekali sebelum mencecah ufuk. 

KRONOLOGI JEREBU DI ASIA TENGGARA

Jerebu merupakan satu masalah BESAR di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.

JEREBU, masalah jerebu, punca punca jerebu, kesan jerebu, kronologi jerebu, isu semasa, JEREBU, PUNCA JEREBU, KESAN JEREBU, AKIBAT JEREBU, KRONOLOGI JERBU, PENYELESAIAN MASALAH JEREBU, JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN, Indeks Pencemaran Udara, Nilai IPU, Kualiti udara, SEBAB DAN PUNCA JEREBU, BENTUK JEREBU, pembakaran terbuka, gejala akibat pendedahan kepada jerebu, perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu, maksud jerebu, http://www.blogieta.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html,
Suasana jerebu di Putrajaya pada 11/11/2015. Kredit gambar untuk Najeeb
JEREBU, masalah jerebu, maksud jerebu, punca punca jerebu, kesan jerebu, kronologi jerebu, isu semasa, JEREBU, PUNCA JEREBU, KESAN JEREBU, AKIBAT JEREBU, KRONOLOGI JERBU, PENYELESAIAN MASALAH JEREBU, JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN, Indeks Pencemaran Udara, Nilai IPU, Kualiti udara, SEBAB DAN PUNCA JEREBU, BENTUK JEREBU, pembakaran terbuka, gejala akibat pendedahan kepada jerebu, perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu, http://www.blogieta.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html, http://www.ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html
Perbatasan angin sejuk, dikaitkan dengan asbut, di Laut Kuning. Perbatasan angin sejuk, ketika bergerak ke selatan, menyerap asbut dari timur China membentuk "perbatasan asbut"
JEREBU, maksud jerebu, masalah jerebu, punca punca jerebu, kesan jerebu, kronologi jerebu, isu semasa, JEREBU, PUNCA JEREBU, KESAN JEREBU, AKIBAT JEREBU, KRONOLOGI JERBU, PENYELESAIAN MASALAH JEREBU, JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN, Indeks Pencemaran Udara, Nilai IPU, Kualiti udara, SEBAB DAN PUNCA JEREBU, BENTUK JEREBU, pembakaran terbuka, gejala akibat pendedahan kepada jerebu, perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu, http://www.blogieta.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html, http://www.ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html
KLCC ketika jerebu melanda. Ibarat berada di luar negara yang sejuk cuacanya.
JEREBU, masalah jerebu, maksud jerebu, punca punca jerebu, kesan jerebu, kronologi jerebu, isu semasa, JEREBU, PUNCA JEREBU, KESAN JEREBU, AKIBAT JEREBU, KRONOLOGI JERBU, PENYELESAIAN MASALAH JEREBU, JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN, Indeks Pencemaran Udara, Nilai IPU, Kualiti udara, SEBAB DAN PUNCA JEREBU, BENTUK JEREBU, pembakaran terbuka, gejala akibat pendedahan kepada jerebu, perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu, http://www.blogieta.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html, http://www.ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html
Kuala Lumpur ketika jerebu melanda memang menyukarkan pandangan kita. Maka wajarlah sekolah banyak yang diarahkan tutup seketika.
Ramai yang menuding jari menyalahkan sana dan sini bila berlaku jerebu teruk sehingga menjejaskan kehidupan. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu berikan peringatan kepada kita selaku hambanya. Memanglah dari sudut saintifik seperti yang dijelaskan di atas, ia berpunca dari pembakaran terbuka dan sebagainya namun itu adalah kuasa Allah. Banyak hikmah atau kebaikan tersembunyi disebalik berlakunya bencana jerebu ini. Antara kebaikannya :

1. Guru yang belajar setiap weekend, sudah pasti dapat menyiapkan Ringkasan Pengajaran Harian (RPH) di rumah pada hari cuti seperti hari ini atau menanda Kad Kemajuan murid.

2. Dapat berehat sebentar dari suasana terkejar-kejar untuk punch card setiap hari.

3. Ibu bapa yang bercuti dapat memperuntukkan masa yang berkualiti dengan anak-anak.

4. Bagi blogger, boleh fikirkan cara untuk update blog dan buat banyak-banyak entri auto publish.

Teringat saya, semasa sekolah menengah dulu, seorang ustaz berkata tanda akhir zaman ialah keluarnya asap. Saya terjumpa di SINI hadis itu. Ada bukunya dalam storage. Malam-malam ni, tak rajin saya nak menggelidahnya. Jom baca 

Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar

Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(Hadis Riwayat Muslim)

Keterangan

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1.   Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3.  Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4.  Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5.   Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6.    Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7.    Gempa bumi di Timur.
8.    Gempa bumi di Barat.
9.    Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".
Saranan saya, minumlah air banyak-banyak dan makan madu 2 sudu setiap hari. Inshaa Allah sihat kembali mana yang sakit-sakit. Usah mengeluh... melontarkan keluhan melalui laman-laman sosial bukanlah dapat menyembuhkan penyakit yang sedang dihidapi. Sebaiknya, mohonlah keampunan dari Allah S.W.T. Sesungguhnya, sakit itu nikmat... Bersyukur masih diberi Allah rasa sakit. Itu tandanya, Allah sayangkan kita. Allah masih memerhati kita melalui kesakitan yang diberi akibat dari jerebu atau apa sahaja. Allah nak uji kita adakah kita bersabar dengan ujian yang diberi atau sebaliknya. Jika kita bersabar, ganjaran pahala berganda kita dapat. Jika tidak, makin turunlah keimanan kita. Wal'iyazu Billah...

Bersatulah wahai ummah. Berpadulah tenaga menentang kemungkaran sekalipun hanya dengan berdoa di dalam hati. Usahlah bertelagah sesama sendiri hanya kerana perkara-perkara yang lebih membawa kepada kehancuran ummat Islam. Jauhilah sikap hasad dan dengki. Semuanya tidak membawa kesatuan ummah.

Wallahua'lam bis sowab... Moga yang sedikit ini, membantu saya apabila saya sudah tiada nanti... DISANA... Maaf, entri terlampau panjang. Terima kasih sudi membaca.

SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

16 orang yang sudi komen:

  1. tkasih. dpt membantu di dalam tugasan sy. mohon dihalalkan segala ilmu yang sy pinjam daripada blog saudari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2... terima kasih juga sudi merujuk blog saya sebagai rujukan :)

      Delete
  2. macam mana dengan global warming. atau pun gunung berapi di indonesia? bukan ke asap dia datang ke sini. adalah kejap jerebu. tapi tak lama. :/

    http://iluvtour.com jemput singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap. Itu juga antaranya yg memberi impak kejadian jerebu. Mungkin bakal dibuat kajian juga tu. Trm kasih sudi berkunjung

      Delete
  3. Wah sungguh sangat mengganggu penglihatan dan kesihatan kita...

    ReplyDelete
  4. so helping!!! if you dont mind i want to takw rhe info for my task...thank you! may Allah bless you!

    ReplyDelete
  5. Info jerebu yang padat kak ieta,memang menakutkan bila jerebu ni..boleh kena sesak nafas.. itu lah.. kita harus sayangi alam semulajadi..alam sekitar.. untuk kehidupan kita bersama kan kak ieta :)

    ReplyDelete
  6. i love ur blog very much.it gives me more functions esspecially at the haze season

    ReplyDelete
  7. ia sngt membantu,boleh kan saya nk ambil info-info ni utk buat folio saya??

    ReplyDelete
  8. memang jerabu atau kabut sangat mengganggu segala aktivitas kita ... contohnya penerbangan...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulliallah....timbul juga rasa taubat aku ni...ingat nak blajar jerebu tapi ..singgah skjap kat ilmu agama ni.
    ..tq..

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *