As salam.
Setelah 2 hari berkongsi entri BERLARI KE BULAN?, saya tidak berkesempatan berkongsi sebarang maklumat ataupun coretan pengalaman saya. Hari ini ingin saya berkongsi apa yang selalunya Murid Darjah 6 Ingin Tahu. Ini adalah hasil kajian yang telah saya lakukan terhadap murid tahun 6 saya 2 tahun yang lalu sebelum saya membentangkan tajuk yang bersesuaian bagi mereka sebelum meniti usia remaja.
Perkara ini saya perolehi hasil daripada survey melalui borang penilaian yang saya sediakan sendiri sebelum program Meniti Alam Remaja yang biasanya pihak pentadbiran sekolah laksanakan bagi mengisi ruang persekolahan selepas tamatnya peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).

Hasil daripada survey saya itu, ada 2
orang murid kelas C yang saya nampak sebenarnya mereka adalah murid-murid yang
bijak.
Berikut
Tajuk-tajuk yang mereka ingin tahu
:
1. Tanda-tanda Hari Qiamat dan Kemunculan Dajjal.
2. Alam Barzakh.
3. Akibat tidak menutup aurat dan Meninggalkan Solat.
4. Ibu, Anak derhaka dan akibat menderhaka.
5. Bulu, dera dan aniaya.
6. Budaya rempit dan akibatnya.
7. Cara-cara mengelakkan gejala sosial.
8. Gejala dan budaya negatif di alam remaja.
9. Cara berjaya dan hidup sejahtera.
10.Tanda-tanda aqil Baligh, pertukaran hormon dna fizikal ke alam
remaja
11.Cara-cara memilih kawan.
12.Akibat malas.
13.Pergaulan bebas dan keburukan berzina.
14.Cara-cara menghadapi stress dan emosi.
Saya tidak
ingat pendrive mana telah saya simpan slide powerpoint tajuk yang telah saya pilih Jika telah berjumpa, In Shaa Allah
saya kongsikan diblog saya ini. Moga bermanfaat.
0 orang yang sudi komen:
Post a Comment
1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.
2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁
Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^