Pengumuman Pemenang Segmen Pencarian Blogger #1 Oleh ieta

As salam dan sejahtera semua.

Alhamdulillah, SEGMEN PENCARIAN BLOGGER #1 OLEH ieta telah tamat semalam pada jam 11.59. Saya bersyukur kerana pengalaman dan ilmu baru telah saya pelajari dari segmen ini.

Sebenarnya, segmen ini saya buat gara-gara bloglist saya dirosakkan oleh malware... habis tak boleh buka dah blog bloglist saya tu... Setelah pencarian blog penyebab malware tidak berjaya maka saya terpaksa padam blog bloglist saya itu dan akhirnya terjadilah segmen ini. 

Seramai 12 orang yang telah menyertai segmen ini sebenarnya tetapi seorang peserta tidak meletakkan URL link entri diruangan komen segmen sehingga ke waktu tamat segmen walaupun telah saya minta berbuat sedemikian melalui google+ dan facebook. Seorang lagi peserta, telah memadam entri segmen sebelum segmen tamat. Maka hanya 10 orang sahajalah yang saya anggap sebagai peserta. Wallahua'lam bissowab kenapa mereka berdua berbuat demikian. Apapun, terima kasih kepada peserta-peserta yang jujur. Jika sebaliknya, hanya Allah yang menilainya :)



Pagi tadi saya menyiapkan marksheet berbaki lagi 2 kelas seramai 78 orang murid dan sebelah petang saya ke kuliah subjek Akhlak Islamiah di UTM. Malam semalam dan bersambung sebentar tadi, saya berkesempatan melawat blog peserta sambil-sambilan dengan baby saya. Maaf di atas kelewatan mengumumkan pemenang segmen ini disebabkan pelbagai urusan.


Tahniah kepada Nurul kerana anda adalah pemenang pertama yang telah dipilih oleh encik random.org. Saya sendiri melihat kesungguhan beliau blogwalking dan meninggalkan jejak  pada ruangan komen blog peserta.



Seterusnya, kesemua peserta adalah pemenang kerana syarat yang saya kehendaki adalah 10 blog terpilih. Kepada semua pemenang, sila tinggalkan URL entri terbaik di ruangan komen entri pengumuman pemenang ini.

Comments