PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

REVIEW BLOG #4 : PESERTA SEGMEN KOMEN & CADANG BLOG ieta

As salam.

Beribu-ribu kemaafan saya pohon dari kesemua peserta SEGMEN KOMEN & CADANG BLOG ieta kerana terlupa menunaikan janji untuk review kesemua blog peserta.  Review pemenang pertama telah saya buat di dalam entri INI. Manakala bagi pemenang ke dua dan ke tiga telah dilakukan di dalam entri  INI. 

Bukan mudah juga sebenarnya untuk siapkan entri review ini. Saya telah derafkan terlebih dahulu sebulan lalu. Dek kesibukan pelbagai perkara, hampir terlupa saya tentang review ni. 

Sehingga ke hari ini, SEGMEN ini telah mencapai seramai 570 orang yang membacanya dan sebanyak 6 orang telah menekan g+ sebagai tanda sukakan entri SEGMEN ini dan seramai 13 orang peserta telah menyertai SEGMEN ini. Kesemua peserta ini telah saya senaraikan di sidebar saya ke dalam bloglist atas nama 'BLOGLIST SEGMEN 1' Tab page bawah tajuk ieta bloglist. Terima kasih kepada mereka semua yang sudi menyokong saya yang pada masa itu, masih terlalu naif tentang dunia blogging. Untuk review kali ini, saya cuba review 4 blog peserta dahulu.

Jom ke blog mereka~~~~~>
Klik banner ini untuk ke blog Cik Mar
Cik +Mar Haini Abdul Rahim merupakan peserta pertama segmen ini. Tergelak saya membaca komen Cik Mar. Pandai Cik Mar buat saya ketawa. Apapun, terima kasih atas komen dan cadangan dan terima kasih banyak-banyak kerana sudi join segmen ini. O ya, Cik Mar ni pandai berbahasa Arab tau... Boleh belajar Bahasa Arab juga dengan beliau. Jom ke blog beliau sambil belek-belek entrinya.



Klik banner ini untuk ke blog Cik +Fadzlun 'Aqilah 
Cik Fadzlun atau Najah ni sedang mengambil DIPLOMA QIRAAT DAN TARANNUM AL-QURAN SEM 1. Sesiapa nak belajar Qiraat dan Tarannum boleh lah ni kan? Tak jumpa pula bloglistnya untuk saya buat review. Apapun, klik je lah banner di atas ya jika ingin mengenali beliau dengan lebih dekat lagi :) 


Klik banner untuk ke blog Abang Cik


Blog Abang Cik ni sangat sempoi tapi saya suka belek entri-entrinya. Ringan loading tau... Banyak manfaat yang saya dapat baca dari blognya ni. Jomlah klik banner beliau di atas tu... Jelajah dan follow sekali beliau. Santai dan bersahaja ayatnya.

Klik banner untuk ke blog Cik +Sherlyanna angiela Martin 
Beliau terjumpa segmen saya ni dari blog Abang Cik. Dalam entri segmen Cik Sherlyanna-angiela ni, anda boleh lihat wajah blog saya ketika segmen ini sedang berlangsung yang telah diprint screen oleh Cik Sherly. Blog beliau mudah loading dan very simple. Jom singgah dan follow blognya :)

Blogger yang telah memadamkan entri segmen tidak akan saya review blognya. Harap maklum. Sekian, terima kasih. 
SHARE

Cikgu ieta Sales Person Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 3)

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 orang yang sudi komen:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *