02 June 2013

Tips Memandu Ketika Hujan

As salam dan salam sejahtera.



Sekarang ni, hujan tidak menentu. Cerah dipagi hari, tanpa mendung atau apa-apa, hujan tiba-tiba ditengahari. Hujan kadangkala turun dengan amat lebatnya. Bagi yang memandu ketika hujan, amat penting mengetahu tips memandu ketika hujan lebat atau renyai agar keselamatan diri dan penumpang selamat hingga ke destinasi. 

Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang, checkedout 7 tips ini! 


1. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air. 

2. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja. 

3. Kurangkan memandu di lane/lorong kanan sekali. Saya sendiri pernah alami apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta saya dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju. 

4. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan. 

5. Jangan menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja. Kalau tak percaya, baca semula buku lesen L. 

6. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. 

7. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, tak ke naya? 

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?