28 July 2013

RESEPI SAMBAL DAGING SEMPOI ieta

As salam.

Tiba-tiba rasa nak kongsi resepi SAMBAL DAGING SEMPOI  yang saya masak selepas waktu berbuka tadi semalam. Sebenarnya saya ni masak untuk bersahur merangkap berbuka nanti. 

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADHAN

Assalamu'alaikum
Kali ini saya ingin berkongsi Kelebihan Puasa Di bulan Ramadhan
KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADHAN, Ramadhan, Kelebihan berpuasa, Puasa, Rukhsah, Ramadhan, Hadith puasa, hadis kelebihan berpuasa
Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan sahaja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya.

Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang bermaksud :
Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa rukhsah (keringanan yang dibenarkan oleh hukum syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidupnya."
(Hadith riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Moga amalan kita di bulan Ramadhan ini diberkati dan sentiasa di dalam redha Allah S.W.T.  Anda tahu apa lagi KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADHAN?

SUMBER : NOTA YANG DITINGGALKAN ATAS MEJA 

26 July 2013

PLAGIAT DAN CARA MENGELAKKANNYA

As salam.

Tahukah anda apa itu plagiat? Isu ini sudah lama dan mungkin sudah muak oleh para blogger membacanya. Tiba-tiba saya rasa rajin untuk mengeluarkan semula isu plagiat ni kerana saya ada terjumpa dalam blog blogger lain sama dan sebiji entri yang pernah saya buat tanpa beliau menulis sumber ataupun memberikan backlink kepada blog picisan (ayat spastik buat blogger tak glamour macam saya ni) ini.

22 July 2013

TIPS NUFFNIAGA DARI BLOGGER BEN ASHAARI

As salam.

Pelik tak tajuk entri? Begini ceritanya. Tengah malam tadi ada buat entri TUTORIAL LETAK IKLAN NUFFNANG ATAS HEADER. Oleh kerana gatal tangan untuk ping entri tu ke merata alam termasuk ke dalam fb group blogger hebat +Ben Ashaari. Makanya dengan ikhlas hati saya menerima secara tidak langsung pengajaran darinya tentang iklan di dalam blog. Bercampur baur rasa dihati kerana ada blogger yang sudi menegur kesilapan saya tu. Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Malu pun ada. Tapi bila fikirkan balik, mana dia nampak dan kenal aku ni... Hilang rasa malu. Hehe...

TUTORIAL 11 : LETAK IKLAN NUFFNANG ATAS HEADER

As salam.

Tutorial ini saya buat setelah beberapa kali try and error meletakkan kod Nuffnang di  atas header dek kerana kod dalam Template yang telah ditukar kepada coding yang baru oleh Google. Merangkak-rangkak saya mencari tempatnya yang sesuai. Fikir punya fikir, entah kali ke berapa kali ini. Semalam cuba, menjadi pula. Jadi, saya dengan baik hatinya nak kongsikan di sini. hehe... baik kan kakak?

19 July 2013

POLIGAMI ITU HUKUM ALLAH

As salam.


Terkini, isu Ashraf Muslim Kahwin Dua hangat dibualkan dimerata tempat. Hinggakan, ditempat saya bekerja pun, perkara ini dibualkan juga. Walaupun isteri beliau Noor Dayana tidak redha dengan apa yang telah dilakukan oleh Ashraf Muslim yang telah bernikah buat kali kedua di Thailand, perkara itu telahpun berlaku dan beliau harus tabah dan meneruskan kehidupannya sebaik mungkin. Saya tidak ingin mengulas lanjut tentang isu Ashraf Muslim Kahwin Dua tu. Cuma sekadar berkongsi pendapat dan realiti yang berlaku dihadapan mata saya sendiri.

14 July 2013

AKTIVITI NUFFNANG DALAM BLOG ieta

As salam.

Lama dah tak buat entri tentang Nuffnang ni. Tergerak hati nak buka dan belek akaun Nuffnang. Alhamdulillah.... bermula dari 0.25 sen, kini telah meningkat sedikit demi sedikit banyak jugalah... Bo....lehlah.... Tak mengapalah kan... Janji masyuk...

13 July 2013

5 CARA MENGHADAPI PUTUS CINTA

As salam dan sejahtera semua.

Mesti ada yang ingat "dah buang tebiat ke ieta ni post entri macamni dalam bulan puasa ni?". Tak membuang tebiat pun... Cumanya entri ini dibuat khusus bagi menjawab pertanyaan salah seorang pembaca yang minta dirahsiakan namanya.

12 July 2013

REVIEW RINGKAS BLOG #5 : PESERTA SEGMEN KOMEN & CADANG BLOG ieta

As salam dan sejahtera semua rakan blogger yang dikasihi.

Sebenarnya, entri review ringkas ini sudah lama terperam di dalam blog ni. Hari ini baru berkesempatan untuk update dan publish. Review blog pemenang pertama telah siap saya buat secara khusus di dalam entri INI, seterusnya review blog pemenang ke dua dan ke tiga di dalam entri INI dan review blog peserta secara ringkas bagi peserta yang telah sudi menyertai SEGMEN di dalam entri INIMohon maaf kepada 5 lagi peserta di bawah yang telah sudi menyertai SEGMEN ini dahulu atas kelewatan mereview blog mereka.

09 July 2013

BAGAIMANA HENDAK NIAT PUASA RAMADHAN

BAGAIMANA HENDAK NIAT PUASA RAMADHAN

Assalamu'alaikum

Pelbagai perkara ingin dikongsi. Untuk kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan Puasa. Memandangkan banyak perkara boleh dikupas tentang Puasa, maka bab ini akan saya ceritakan secara berperingkat.


Bulan puasa ni pun masih berbohong memang confirm dah lah munafiq terpesong aqidah lah tu. Hati-hati ya. Hati-hati. 🤣 Oh ya, kerepek ubi pedas kering ni dibekalkan fb.com/CikguiEta

04 July 2013

MOOD UPDATE ENTRI MERUDUM

As salam.


Mood update entri tiba-tiba merudum.Tak tahu kenapa dan mengapakah?  Walaupun dalam hati dan dalam otak ada ba...nyak nak dikongsikan. Namun semuanya diketepikan.... 

02 July 2013

CARA MENINGKATKAN PENGUNJUNG KE BLOG

As salam dan sejahtera semua.

Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan pengunjung ke blog kita yang pernah kebanyakan blogger dan saya juga lakukan. Tetapi, cara yang saya jumpa di dalam blog blogger INI memang menarik, mudah dan simple. Berikut adalah caranya. 

01 July 2013

MENGGELIKAN HATIKU

As salam dan sejahtera semua.


Semua ni dari fb anak-anak saudara sebelah suami saya. Mereka ni memang selalu menghiburkan hati saya. Nak siapkan assignment Ulum Hadith, bila dah buka fb... hah, layan....

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?