PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

5 CARA MENGHADAPI PUTUS CINTA

As salam dan sejahtera semua.

Mesti ada yang ingat "dah buang tebiat ke ieta ni post entri macamni dalam bulan puasa ni?". Tak membuang tebiat pun... Cumanya entri ini dibuat khusus bagi menjawab pertanyaan salah seorang pembaca yang minta dirahsiakan namanya.

Terlalu banyak email yang saya terima. Sebentar tadi masa sedang menyiapkan assignment, baru perasan ada pula email yang bertanyakan tentang cara menghadapi putus cinta. Godek punya godek punya godek, terjumpa pula tips berguna ni dalam simpanan saya.



5 CARA MENGHADAPI PUTUS CINTA

(1) Dapatkan seseorang

Anda perlu ingat bahawa bukan seorang sahaja yang wujud didalam kehidupan anda. Setiap manusia mempunyai kumpulan atau komuniti yang tersendiri. Dekatkan diri anda bersama mereka, ini adalah untuk mengelakkan daripada anda mengingati kenangan silam. Seorang yang sedang putus cinta juga biasa berada didalam keadaan yang tidak stabil. Oleh itu, cuba elakkan daripada duduk berseorangan. Ingat, andai anda berseorangan mudah bisikan tidak baik mengganggu anda.

(2) Buang atau sorokkan sesuatu yang boleh membuatkan anda mengingati mereka kembali

Pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa elemen objek atau tempat mampu mempengaruhi seseorang untuk mengingati kembali kenangan mereka. Sekiranya anda sedang menghadapi masalah putus cinta, sebaiknya cuba elakkan daripada terus menyimpan barangan atau pergi ke tempat yang berkaitan dengan bekas pasangan. Ini benar kerana saya sendiri pernah praktikkannya... hehe... Biasalah kan... dolu-dolu...

(3) Jangan terus melayan perasaan

Ini adalah kesalahan yang paling sering dilakukan oleh seseorang yang sedang putus cinta. Suatu kesedihan harus dilawan walaupun ia amat sukar. Sekiranya anda membiarkan diri anda terus dipengaruhi dengan perasaan sedih, risiko untuk anda melakukan sesuatu kerja yang tidak masuk akal adalah amat tinggi. Sebagai contoh, ketika anda sedih, tidak perlu anda mendengar lagu-lagu sedih untuk terus melayan perasaan anda. Sila jangan layan lagu jiwang waktu ini kerana, ia hanya akan menambahkan kesedihan dihati anda.

(4) Dekatkan diri dengan agama

Pegangan agama adalah merupakan jalan terbaik untuk seseorang menenangkan jiwa mereka. Ia juga dapat membantu anda untuk melakukan pertimbangan dengan lebih waras. Tetapi bukan anda perlu mendekatkan diri dengan agama apabila anda putus cinta sahaja, sebaiknya setiap kali anda bernafas. Sesungguhnya putus cinta merupakan ujian yang Allah timpakan buat anda kerana Allah memerhatikan anda dan sayangkan anda lalu diberikan ujian ini.

(5) Buka buku kehidupan yang baru

Anda juga perlu memandang sekiranya anda putus cinta dari sudut yang positif. Ini adalah merupakan peluang terbaik untuk anda menumpukan seratus peratus hanya pada diri anda sahaja. Cuba capai matlamat yang mungkin sebelum ini masih tidak tercapai atau cuba lakukan matlamat yang baru. Putus cinta bukan bermakna penghujung untuk kehidupan anda.

Teringat pesan seorang sahabat saya sewaktu saya "Dalam hati kita ni,ada banyak benda perlu kita simpan dan agihkan. Jadi buat apa nak kusutkan dengan perkara-perkara remeh temeh dan rubbish?" Moga bertabah ya wahai yang putus cintanya. Seperkara lagi, lebih baik putus cinta daripada bercerai berai bila telah berumahtangga. Ingatlah, pasti ada hikmah di sebalik putusnya cinta ini. 

Update 1.01 am : Psss............ sebelum follow blog, komen dulu, ada tak word mencarut yang keluar. Haha... Tulah pasal bila suka follow tanpa usul periksa. Kan dah kena taip ayat mencarut tu? Malam ni, saya rajin ping entri dan blogwalking... sambil siapkan assignment. Rajin2.... (Puji diri sendiri la pulak....)
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 orang yang sudi komen:

  1. Komen dalam entri ni beralih ke g+ komen lepas tukar balik ke komen blogspot. Just sharing dengan semua.... Ada yang putus cinta? cuba try 5 cara ni. Hasil pengalaman saya konsult beberapa kes putus cinta juga pengalaman sendiri

    ReplyDelete
  2. kembali kpada pncipta dan kejar cinta Ilahi...pasti akn lebih baik lepas tu... :-)

    ReplyDelete
  3. Nice entry... meskilah kita bijak bila berurusan cinta agar bahagia dunia akhirat jua...

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *