PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

5 PERKARA JANGAN BUAT GURU

As salam

Baru-baru ini, saya menerima emel dari seorang rakan saya yang bekerja sebagai guru. Beliau meminta namanya dirahsiakan dari pengetahuam umum. Dalam emelnya beliau menyatakan bahawa beliau telah dipanggil oleh pengetua dan diberi peringatan seperti berikut :-
  1. Jangan bagi murid kerja sekolah terlalu banyak walaupun hanya 3 ke 4 tajuk, bagi tahap 1 (darjah 1 hingga darjah 3). Contoh : buat buku skrap berkaitan topik subjek.
  2. Jangan buat group facebook tutorial bagi membantu murid-murid lemah matapelajaran yang berkaitan subjek kerana ada ibu bapa murid yang beranggapan bahawa facebook itu melalaikan.
  3. Jangan denda murid berdiri atau berdiri mengadap dinding jika tidak siap kerja sekolah, bising waktu guru mengajar dan tidak membawa buku pelajaran.
  4. Jangan buat alasan urusan anak-anak atau anak demam atau anak sakit jika lewat ke sekolah.
  5. Jangan jadikan sakit perut atau sakit kepala walaupun tidak boleh bangun sebagai alasan tidak hadir bekerja kerana guru yang menggantikan itu, jika dia merungut (tidak ikhlas) rezeki yang kita dapat tidak berkat.
Sebagai makluman, rakan saya ini menyatakan di dalam emelnya bahawa beliau mengalami sakit perut dan sakit kepala yang agak teruk sehinggakan apabila sakit datang, kadangkala beliau sampai tidak boleh bangun. Kebetulan pula, anak sulung beliau sering mengamuk tidak mahu ke sekolah tanpa sebab yang diketahui. Beliau juga bergilir dengan suami sekali sekala untuk menghantar anak-anaknya yang seramai 6 orang ke rumah pengasuh (tingkat 3) yang kadangkala menyebabkan beliau terlewat punch card. 

Beliau memberi kerja kepada murid-muridnya demi meningkatkan kefahaman dan prestasi murid sekaligus menaikkan prestasi sekolah. Beliau juga menubuhkan facebook group bagi subjek yang beliau ajar untuk memberi tutorial bagi murid-murid yang lemah membaca tanpa paksaan demi memajukan murid-muridnya itu. Beliau mendenda murid-murid yang sering tidak siap kerja sekolah (walaupun telah berminggu diminta siapkan), bising waktu guru mengajar dan tidak membawa buku pelajaran dengan bertujuan untuk mendisiplinkan murid-muridnya. Beliau tidak merotan, mencubit dan memarahi murid-muridnya. Kini beliau telah hilang semangat untuk mendidik disebabkan 5 perkara JANGAN itu.




Di akhir pertemuan beliau dengan Pengetua dan Guru Penolong Kanan 1 itu, beliau dipuji oleh mereka disebabkan perkara berikut :
  1. Murid semua takut kepada beliau. Pengetua berkata "Baguslah semua murid takut dengan awak. Murid-murid di sini semuanya tidak takut dengan kami".
  2. Kelas darjah 1 sentiasa bersih dan kemas.
Beliau bertanya saya "habis tu, aku nak buat apa?". Saya serahkan kepada anda untuk menilai dan memberikan pandangan. Terima kasih.


SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 orang yang sudi komen:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *