As salam.
Lama dah tak buat entri tentang Nuffnang ni. Tergerak hati nak buka dan belek akaun Nuffnang. Alhamdulillah.... bermula dari 0.25 sen, kini telah meningkat sedikit demi sedikit banyak jugalah... Bo....lehlah.... Tak mengapalah kan... Janji masyuk...
Sebenarnya, dulu tak tau pun Nuffnang ni boleh dapat duit... Saja-saja je suka letak dalam blog ni. Suka tengok bergerak-gerak dengan penuh warna-warninya dengan pelbagai informasinya. Huh, meriah sungguh blog ieta walaupun masa itu, tak de pun orang nak baca segala macam bebelan dalam blog ieta ni. Ala-ala syok sendiri je rasanya. Hehe...
Percayalah, bila kita buat sesuatu tanpa mengharapkan balasan, pasti Allah akan berikan ganjaran tanpa disangkakan.
Okaylah, banyak dah mencecehkan... Jom lihat aktiviti Nuffnang dalam blog ieta ni. Taklah hebat manapun... Tapi saja je... Saja suka sukinya hati nak buat entri tentang Nuffnang...
Nampak tak yang kiri... sekali tu? tulah dia blogger hebat INNANIE ARIFFIN. Walaupun beliau tidak meninggalkan sebarang komen dalam entri saya, rasa cukup teruja bila mengetahui beliau telah sudi singgah ke blog ieta. Terima kasih +Innanie Ariffin
PERUJUK BLOG ieta HARI INI
Ini pula makluman dari Nuffnang Universiti dan Kolej Antarabangsa yang sedang ke udara di dalam blog ieta Iklan ni duduk di bawah sekali dalam blog ieta. (Dah cuba letak bawah entri tapi tak menjadi).
Nuffnang sedang melakukan pencarian HIJABKU, GAYAKU bermula 31 Julai tahun ini. Nak sertai? Klik gambar yang muncul seperti di bawah ini disidebar sebelah kanan blog ieta.
Kalau dah macamni, macamana nak tinggalkan Nuffnang ek? Sayangla pulak...
Terima kasih Nuffnang
Update 12.10 malam 15/7/2013 : Terima kasih semua blogger yang sudi menjejakkan jari jemari singgah ke blog saya ni.
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.
Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.
Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.
Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.
Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁
Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁