PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

PLAGIAT DAN CARA MENGELAKKANNYA

As salam.

Tahukah anda apa itu plagiat? Isu ini sudah lama dan mungkin sudah muak oleh para blogger membacanya. Tiba-tiba saya rasa rajin untuk mengeluarkan semula isu plagiat ni kerana saya ada terjumpa dalam blog blogger lain sama dan sebiji entri yang pernah saya buat tanpa beliau menulis sumber ataupun memberikan backlink kepada blog picisan (ayat spastik buat blogger tak glamour macam saya ni) ini.
Banyaknya mata memerhati (Ihsan encik google)

Dulu masa baru-baru berblogging, saya pun tidak tahu bahawa meniru dan mengambil tulisan atau apa sahaja di dalam blog seseorang blogger adalah dianggap sebagai plagiat ataupun copy paste dan peniru.  

Bagi blogger baru, mesti tertanya-tanya apa dia la pulak menda alah plagiat ni? Mari saya terangkan. Plagiat ialah meniru, dalam bahasa Inggeris : copy penulisan atau apa sahaja dari blog orang lain kemudian paste (tampal/tepek) ke dalam blog sendiri dan buatkan seolah-olah, yang ditiru, diciplak dan dicetak rompak itu sebagai hasil kerja dan taip menaip kita. Bahasa kasarnya dipanggil Pencuri. Pencuri apa? Pencuri hasil kerja orang lain. Peniru itu sama dengan penipu.


Satu masa dahulu, waktu saya baru-baru berblogging, heboh dan kepoh tentang plagiat  ni dalam dunia blogging. Jadi, ini adalah isu lama yang kembali semula. Blog saya yang tidak terkenal ni pun, sering menjadi mangsa. Sakit hati sangat-sangat bila nampak artikel, gambar atau apa sahaja yang ada dalam blog ieta ni berada dalam blog blogger lain tanpa diberi sebarang backlink apatahlagi tanpa izin. Namun demikian, saya cuba mempositifkan diri saya bahawa itu sebenarnya petanda ataupun petunjuk bahawasanya, ada juga blogger yang sudi melihat dan membaca entri saya dan entri saya itu adalah BAGUS pada pandangan blogger itu. Sebab itu diplagiatnya entri saya itu. Hehe.... Best3....


Sebenarnya, kadang-kadang saya juga mengambil ayat atau gambar atau apa sahaja dari blog blogger lain tetapi..... saya akan ubah ayat yang saya copy itu kepada bahasa saya sendiri dan saya akan nyatakan sumber di akhir entri saya. Paling tidak pun, jika saya malas nak ubah, saya nyatakan bahawa entri tersebut saya ambil direct daripada blog siapa. Sebab itulah anda boleh lihat di atas bawah entri ini ayat "Walau saya tak sehebat mana... nak ambil sebarang maklumat boleh... tapi... backlink la...(letak nama di hujung atau di bawah entri)... sekurang-kurangnya, beritahu (minta izin) dahulu sebelum dipaparkan. Tak elokkan kalau copy paste=plagiat... Saya mula faham tentang kaedah blogging, penghujung tahun 2012. Andai ada entri sebelum itu dimiliki oleh sesiapa tanpa saya sedar, harap maklumkan kepada saya ya. Terima kasih" sebab saya tahu, saya pun tak la hebat mana dan taklah cerdik sangat... Tapi, seboleh-bolehnya, saya cuba mengelakkan dari plagiat hasil karya oranglain. Kesian orang tu, penat-penat siapkan entri, kita pula memandai mengaku hasil karya ataupun hak sendiri. 

Panjang lebar dah saya menaip, mari baca Cara Mengelakkan Plagiat yang mana ia dapat menjadikan kita sebagai seorang blogger yang berhemah dan blogger yang mengikut kaedah blogging yang betul. 

1. Banyakkan Membaca

Apa pun yang anda baca tidak menjadi perkara utama dalam dunia blogging. Yang penting, anda membaca. Walaupun anda membaca komik Ujang sekalipun tak kisahlah, yang penting membaca. Jadi bacalah untuk mendapat idea menulis. Adalah satu yang mustahil jikalau anda membaca tetapi tiada idea. Anda boleh dapat banyak isu dan boleh buat satu isu lain daripada isu yang berkaitan.

2. Cuba Belajar Cara Penulisan Yang Betul

Bila anda telah ketahui cara yang betul untuk menulis blog anda tidak akan terlibat dengan plagiat. Sekalipun anda tiada idea, anda boleh ambil point dan ubahsuai dengan cara dan gaya penulisan anda. Jadi, tiadalah masalah untuk menulis sebarang entri. Kadang-kadang anda perlu tahu bahawa pembaca bukan nak tahu isi penulisan anda tetapi mereka tertarik dengan gaya penulisan sahaja. Kadang-kadang tulis tentang air pun ada orang nak baca disebabkan cara penulisan anda yang bersahaja lagi santai.

3. Belek Youtube

Andai kata anda malas membaca surat khabar disebabkan cara penulisan yang membosankan, tidak salah anda belek-belek youtube. Taip apa sahaja perkataan yang terlintas dalam fikiran anda. Bila terpapar sahaja, tulislah tentang video itu. Beri pandangan dan pendapat anda tentang video itu. Anda perlu berfikiran positif dan beranggapan bukan anda sahaja yang minat video itu. Tidak mustahil akan ada orang yang membaca entri anda kelak. 

4. Tulis Tentang Diri Sendiri

Siapa kata tulis tentang diri sendiri tiada orang yang nak membaca? Jika anda ada keyword di dalam entri itu, pasti ada sahaja orang yang akan singgah dalam blog anda. Tetapi, anda perlu ingat... Usah bercerita hal dalam kelambu anda di dalam blog... Itu perkara yang mengaibkan. Banyak blog peribadi yang mendapat trafik yang tinggi hanya kerana menulis hal peribadi. Jadi, tiada yang mustahil dalam dunia blogging.

5. Pi tidoglah wei...

Ini merupakan perkara terakhir bagi blogger yang benar-benar kekeringan idea. Jika otak dah jammed, mengapa perlu memaksa diri kan? Jadi, jalan penyelesaiannya ialah buat bodoh dan anggap sahaja anda tiada blog. Sila jangan letakkan diri anda dalam situasi kau terpaksa aku memaksa, memang susah hidup anda nanti.

Pandai-pandailah fikir tentang isu plagiat ni sebab bila anda buat maksudnya anda yang sengaja mencari masalah.

KREDIT UNTUK : SUTERABLOGGER

Update 28/7/2013 : 

Dari blogger Innanie Ariffin

Shared publicly  -  Yesterday 01:48
Plagiat tu sebenarnya lagi membantutkan perkembangan otak kita tau. its better to write about something that you have experienced. Tak kisah lah ayat macam mana as long as orang boleh faham. 


Again, dalam penulisan blog, jadi diri sendiri adalah digalakkan. Tak salah untuk menjadikan entry  blogger lain sebagai rujukan tapi mestilah diberitahu atau acknowledge orang tu. 



Blog bukanlah satu  benda yang biasa... ia menjadi satu bahan yang di publish dan satu dunia boleh baca. jadi hak copy write itu penting! :)
SHARE

Cikgu ieta Sales Person Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 3)

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 orang yang sudi komen:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *