PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

PUASA : NIAT PUASA

As salam.

Pelbagai perkara ingin dikongsi. Untuk kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan Puasa. Memandangkan banyak perkara boleh dikupas tentang Puasa, maka bab ini akan saya ceritakan secara berperingkat. 

NIAT PUASA

Tidak perlu berniat dalam Bahasa Arab, cukup dalam Bahasa Melayu atau bahasa sendiri sahaja. Tetapi ia lebih baik jika diamalkan dengan niat kerana kita cinta kepada Bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w dan Bahasa Arab juga merupakan bahasa Al-Quran dan bahasa ahli Syurga.

Lafaz Niat Pada Tiap-tiap Malam :

Memadai Niat : 

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku puasa esok kerana Allah Ta'ala.

Lafaz lengkapnya :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى


    Maksudnya : Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
    Sebenarnya, niat adalah lintasan hati, bangun bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa kerana seseorang itu tidak bersahur melainkan bertujuan kerana hendak berpuasa.

    Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Sebulan

    Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada tiap-tiap malamnya. Para ulamak menggalakkan kita mengikut fatwa Imam Malik yang membenarkan berniat untuk sebulan sekaligus.

    Lafaznya : 

    نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ  كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

    Maksudnya : Sahaja aku berpuasa bulan Ramadhan tahun ini keseluruhannya kerana Allah Ta'ala.

    Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya tetapi hendaklah diperbaharui niat iaitu apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut.  Maksudnya, dengan sekali niat lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki iaitu lafaz niatnya :

    نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ وَ إِلَى ءَاخِرِ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

    Maksudnya : Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta'ala.

    Waktu berniat :

    Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar sodiq (masuk waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut. Boleh juga semasa berbuka.

    Moga bermanfaat. Selamat Berpuasa.

    Paku dulang paku serpih,mengata org awak yg lebih"... Elakkan mengata sesama kita agar pahala dibulan puasa tidak terjejas. 

    Sumber : Kertas yang ditinggalkan di atas meja saya tidak tahu dari siapa dan lafaz niat dari Wikipedia.

    sekadar peringatan
    SHARE

    Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

    • Image
    • Image
    • Image
    • Image
    • Image
      Blogger Comment
      Facebook Comment

    1 orang yang sudi komen:

    1. entry evergreen yang selalu di jadikan rujukkan umat islam menjelang bulan puasa :D

      ReplyDelete

    1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

    2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

    Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

    AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

    AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

    Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

    EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

    Name

    Email *

    Message *