15 July 2013

PUASA : SYARAT, RUKUN, SUNAT, MEMBATALKAN DAN DIZINKAN BERBUKA PUASA

By Ieta Mat Saad   Posted at  2:55 AM   RAMADHAN No comments

As salam

Alhamdulillah, hari ini hari ke 6 ummat Islam berpuasa. Tahniah kepada yang masih berpuasa. Asyik bercerita tentang keseronokan berblogging dan menjana kewangan dari Nuffnang. Hari ini, ingin pula saya berkongsi tentang Syarat, Rukun, Sunat dan Perkara yang Membatalkan Puasa.


Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumayyiz (dapat membezakan antara yang buruk dan baik, yang bersih dan yang kotor).
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:
  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
  • Banyakkan membaca Al-Quran
  • Bertadarrus
  • Banyakkan bersekedah
  • Makan sahur dan melewatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Solat Tarawih pada malam harinya
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
  • Berungguh-sungguh dan tekun berjaga malam pada 10 malam terakhir Ramadhan untuk mendapatkan malam al-Qadar atau Lailatul Qadar.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Hilang akal (seperti gila)
  • Pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari (termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
  • Orang yang sakit .
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.
Beli makanan takpe... jangan le pula makan di khalayak awam even tak boleh berpuasa sebab uzur syar'ie... :)

SUMBER : WIKIPEDIA, KITAB BULUGHUL MARAM DAN ZADUL MUTA'ALLIM

Entri Berkaitan : NIAT PUASA 

About The Author

I am awesome wife to my husband, awesome mother to my kids, awesome blogger and awesome teacher to my students.
View all posts by: Cikgu Ieta

0 orang yang sudi komen:

■ Boleh share jika bermanfaat. Tapi backlinklah ya... Terima kasih...
■ Komen anda dipantau. Komen dari Anonymous dan sebarang link yang diletakkan ke dalam komen jika tidak berkaitan entri blog dianggap spam dan akan dipadam.
■ Komen anda mungkin tidak dibalas tetapi saya akan berkunjung ke blog anda bila berkesempatan.
■ Terima kasih sudi bertandang ke blog yang dha'if ini. Terima kasih juga kerana menjadi pengunjung senyap tanpa komen. Tanpa anda semua, blog ini pasti terkubur...
■ Ingin beriklan atau perlukan promosi? Sila email saya marsitahieta@gmail.com Tak perlu letak link iklan dalam entri ini ya...

Back to top ↑
Connect with Us

    LANGGAN ARTIKEL BLOG

    RAKAN-RAKAN BLOG

    RAKAN-RAKAN G+

    NETWORKED BLOGS


    DOA HARIAN

    "Ya Allah.... Permudahkanlah segala urusanku. Sihat dan cergaskanlah tubuh badanku. Berikan daku kekuatan dan kecekalan hati menghadapi segala dugaan. Cerdikkanlah aqalku. Kuatkanlah hatiku untuk menela'ah pelajaran. Cekalkanlah hatiku semasa menjawab soalan2 peperiksaan. Cemerlangkanlah keputusanku, demi masa hadapanku.... Tempatkan ruh ibuku di kalangan orang2 yang kau Redhai. Sihatkanlah abahku. Sihatkanlah ibu dan ayah mertuaku. Ampunilah segala dosa2 ku, suamiku, seluruh ahli dan kerabatku, termasuk insan2 yang hampir denganku, yang membantuku secara tersembunyi atau yang zahir..... Permudahkanlah segala urusan yang kami lakukan. Ampunilah dosa mereka yg telah menyakiti hati atau mengkhianatiku... Engkaulah yang maha pengampun lagi maha mengetahui..."

    JUMLAH PENGUNJUNG

    STATUS DAN PING

    Instagram

    Blogged.my
    My Ping in TotalPing.com

TOP COMMENTATOR


:: Dapatkan Tutorial Ini ::
© 2009 - 2014 Kisah Cikgu Ieta. Distributed By Blogger Themes Edit By AbgferOz | WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.