20 August 2013

AUDIO SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR DI SEKOLAH

As salam. Entri ini juga, entri Auto Publish.  Ini adalah Tugasan Individu saya bagi Subjek Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran bertajuk : Audio sebagai Bahan Bantu Mengajar di Sekolah pada semester 5 awal tahun 2013.  

Walaupun saya cuti berpantang anak ke lima, saya mendapat A+ semasa final exambagi subjek ini. Alhamdulillah. Saya sukakan pensyarah subjek saya ini kerana beliau seorang yang mudah timbang bicara dan amat memahami situasi saya. Yang paling best, beliau tidak berkira markah. Hehe...  

Soalan 1
Bincangkan pendekatan yang akan anda gunakan jika berpeluang menggunakan audio sebagai bahan bantu mengajar di sekolah?

Jika berpeluang menggunakan audio sebagai bahan bantu mengajar di sekolah, saya lebih suka menggunakan audio yang telah sedia ada di dalam perisian PowerPoint.

Antara sebab mengapa saya memilih perisian PowerPoint sebagai bahan bantu mengajar saya ialah :

  1. Perisian ini sudah sedia ada di dalam mana-mana komputer. Ini membuatkan segala aktiviti untuk membina bahan persembahan kepada murid-murid menjadi mudah.
  2. Melalui perisian ini juga, saya boleh menyampaikan isi pelajaran di dalam kelas dengan lebih tersusun dan menarik perhatian mereka terhadap pengajaran yang mahu saya sampaikan
  3. Notes Page yang dicetak dapat membantu saya untuk menyampaikan sesi pengajaran di dalam kelas.
  4. Aktiviti  memasukkan bunyi dari Sound Gallery dan Ulasan ke dalam persembahan dapat memeriahkan lagi bahan bantu mengajar saya.

Ini berdasarkan pengalaman saya memaparkan persembahan multimedia dihari anugerah cemerlang yang melibatkan ibu bapa dan murid-murid di dalam dewan sekolah. Saya juga sering membuat pembentangan beraudio berkaitan isu semasa dan remaja di dalam program khusus untuk tahun enam di akhir tahun sesi persekolahan menggunakan perisian PowerPoint.

Adakalanya, saya juga menayangkan slaid yang berkaitan dengan topik sesuatu pelajaran di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Paparan melalui perisian PowerPoint dengan audio yang saya buat diselang-selikan gambar-gambar yang saya perolehi dari pelbagai sumber membuatkan murid-murid lebih memberi tumpuan terhadap apa yang ingin saya sampaikan berbanding kaedah tradisional yang hanya menggunakan buku kerja dan buku latihan sahaja.

Apa yang saya lakukan adalah sejajar dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang inginkan guru menggunakan teknologi maklumat sebagai pendekatan menarik minat murid-murid untuk belajar khususnya di dalam matapelajaran agama.

Walaupun ada di kalangan guru ada yang beranggapan kaedah ini adalah rumit dan membuang masa, saya tetap suka menggunakan kaedah ini kerana apabila sekali sudah siap bahan bantu mengajar menggunakan perisian beraudio maka ia menjadi lebih mudah di masa-masa akan datang kerana bahan bantu mengajar telah sedia ada dihujung jari.


ALAT BANTUAN MENGAJAR, PUBLIC SPEAKING, AUDIO, BAHAN BANTU MENGAJAR



Moga bermanfaat bagi pelajar yang mencari bahan untuk topik ini.


No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?