As salam.
Lama sudah blogger +cik yaya bertanyakan bagaimana cara memasang widget Traffic Alexa Rank. Dikesempatan ini, saya ingin membuat tutorialnya.
Puas juga saya menggodek-godek mencari caranya sebab dah lama pasang, sekali dah lupa da.... Widget alexa amat bagus dipasang di dalam blog tau... Saya dapat lihat pelbagai maklumat tentang blog ieta melalui Alexa dengan mudah.
Pasang widget Alexa ni, merupakan salah satu cara meningkatkan traffik blog. Alexa akan kira dan nilai setiap pengunjung yang berkunjung ke dalam blog anda. Tetapi tidaklah seperti nuffnang... boleh nampak wajah blogger.... hehe... Selain untuk meningkatkan traffic, Alexa juga akan memantau perkembangan traffik blog kita tau....
Tak mahu berceloteh panjang lebar lagi, jika ada yang ingin memasang dan belum tahu caranya, jom ikut cara-caranya seperti di bawah ini.
1. Klik linknya DI SINI. Oh ya, anda boleh juga login ke dalam Alexa melalui akaun facebook anda.
2. Setelah itu, anda akan melihat paparan seperti di bawah ini
3. Sebelum anda masukkan alamat blog, lihat dahulu penampilan widget yang anda inginkan. Di situ ada tiga bentuk yang anda boleh pilih seperti di bawah ini.
3 bentuk di atas tu untuk Site Info dan Traffic Rank. 3 bentuk yang di bawahnya untuk Traffic Rank. |
4. Setelah memasukkan alamat blog anda, klik pada perkataan Build Widget. Kemudian akan terbuka halaman baru seperti di bawah ini.
6. Ambil kod yang ingin anda paparkan. Setiap kod adalah berbeza paparannya.
Cara memasangnya:
Mudah sahaja....
- Masuk ke dashboard blog anda.
- Klik add gadget.
- Pilih HTML/Java Script.
- Masukkan kod yang telah anda pilih.
- Klik save.
- Lihat hasilnya.
Semoga bermanfaat. Kredit untuk blogger INI.
No comments:
Post a Comment
1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.
2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁
Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^