CARI DI SINI

03 August 2013

JAGA EMOSI KETIKA RAMADHAN

As salam.

Terkejut saya bila mendapat emel dari Jutawan Internet saudara Irfan Khairi. Beliau telah menasihati saya Ieta, jaga emosi ketika Ramadhan. Terima kasih tak terhingga kerana mengingatkan saya walaupun ianya mungkin hanyalah secara automatik setelah saya tanpa senghaja telah subscribe email darinya. Saya suka kata-kata yang membina semangat buat saya. Namapun Jutawan. Jadi mana mungkin ayatnya tidak bermanfaat.

Saya rasa, perlu juga ingatan ini dikongsikan ke dalam blog picisan saya ini. Manalah tahu, mungkin bermanfaat untuk semua yang sudi membaca dan membelek blog saya ni tanpa jemu. Terima kasih semua. Jom baca dengan penuh minda yang positif.


Dalam bulan mulia ini sudah tentunya kita penuhi dengan berbagai amalan mulia. Namun musim perayaan  juga amat dikenali sebagai musim perbelanjaan meningkat. Ada seorang kawan saya mengadu, bulan puasa sepatutnya perbelanjaan kurang sebab makan minum pun kurang. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya, makin bertambah perbelanjaan bulan puasa ini.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia membeli oleh kerana pengaruh perasaan dan emosi. Pengaruh dari segi logik juga ada, tetapi sedikit sahaja. Yang lebih menguasai adalah emosi diri membuat keputusan untuk berbelanja, membeli dan adakalanya membazir.

Teringat saya pada satu petikan Inggeris berbunyi "Don't buy on an empty stomach" Jangan membeli ketika perut kosong. Amat benar petikan tersebut kerana bila bulan puasa, perut kosong tambahan singgah ke pasar Ramadhan pula, masa tu lah perut mula berbunyi oleh kerana berbuka beberapa jam sahaja lagi. Berbagai juadah disediakan dari masakan utara, timur, barat hingga selatan. Ketika ini pasti emosi lapar ingin membeli kesemuanya tak kira harga!
EMOSI
Kompleks membeli belah dan pasaraya juga amat bijak menggunakan masa ini untuk memainkan lagu-lagu raya di sistem bunyi dalam menarik mood pengunjung ke "mood raya". Tahukah anda muzik amat mudah mempengaruhi minda dari segi emosi? Pusat membeli belah tahu keadaan ini dan sebab itu juga sering kali muzik digunakan dalam mempengaruhi emosi. Muzik rancak, seronok, dan menarik sering di mainkan dalam memberi mood positif kepada pelawat. Tidak pernah pula terdengar muzik death metal dan punk di mainkan  melainkan di kedai menjual barangan death metal dan punk untuk memberi  mood tersebut kepada pengunjung.

Bulan raya ini juga, ambil masa untuk melihat berbagai-bagai tawaran istemewa yang diwar-warkan. Berbagai diskaun, beli satu dapat satu percuma, jualan penghabisan stok dan bermacam-macam lagi. Tidak lagi rahsia dikalangan usahawan bulan perayaan adalah bulan paling tinggi keuntungan perniagaan yang berkaitan. Beberapa pelajar saya yang menjual tudung dan busana muslimah di atas talian melaporkan keuntungan berganda 2-3 kali ganda apabila tiba musim perayaan. Ini menunjukkan emosi memuncak ketika waktu ini dalam membuat belian.

Bulan perayaan sememangya penuh dengan emosi. Suasana persekitaran membawa emosi kita kearah berbelanja lebih. 
Bagaimana cara untuk menanganinya?

Fahami konsep belian emosi. 90% keputusan belian adalah keputusan emosi dan 10% sahaja keputusan logik. Sebelum membuat belian, tidak kira ketika di pasar Ramadhan, atau membeli pakaian baru, sehingga ke perkakasan rumah, berhenti sebentar dan tanya pada diri anda sendiri sama ada belian anda adalah keperluan atau kemahuan? Adakah emosi dan nafsu sahaja mengusai keputusan belian tersebut?  Sekiranya bukan bulan perayaan, adakah anda tetap akan berbelanja sebegitu?

Bulan Ramadhan datang dengan pelbagai manfaat. Adakalanya juga pelbagai dugaan. Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai satu cabaran untuk diri anda sendiri mengawal emosi perbelanjaan anda. Sekiranya anda berjaya mengawal emosi berbelanja ketika bulan yang penuh mainan emosi ini, maka selepas Ramadhan, pastinya lebih mudah anda mengawal emosi belanja anda di masa hadapan!

1 comment:

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan gang paranoid akhir zaman dan teori konspirasi yang gila isim keturunan atau isim makrifat.

Sila sabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, syirik, sesat dan khurafat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak dan bangkang sepenuhnya.

Saya benci perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya reject terus.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Jika mesej atau email saya sila nyatakan,
1) Nama.
2) Dari mana kenal saya.
3) Tujuan mesej
Sebab saya ada banyak laman sosial, sila nyatakan nama channel atau laman sosial anda kenal saya.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapan borang diberi.

Terima kasih 😊
Nama pena,
Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta
Suri Rumah Sepenuh Masa,
Freelance Blogger, Social Media Expert Coach. Pembekal Pemborong Biskut Homemade dan Kudapan.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA





AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM






TULIS CADANGAN ATAU PERTANYAAN DI SINI

Name

Email *

Message *