21 May 2022

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?

Assalamu'alaikum. Salam perkenalan yang baru kenal. Semoga bermanfaat.

Artikel (entri) ini sebenarnya sudah lama saya tulis. Baru dapat kemaskini pada 17 April 2022 jam 10:51 pagi. Asalnya ringkas sahaja entri auto publish ni tapi jadi panjang pula. Boleh scroll ke bawah ataupun klik Laman Utama untuk baca entri saya yang lain ya. Sebelum itu boleh baca juga entri ghibah dan fitnah amat lazat. Usah baca jika tidak kisahkan adab dan aqidah ya.

Mangsa aniaya, mangsa jenayah cyberbully, mangsa jenayah body shaming,gang psikik scammer penunggang agama, gila isim keturunan, gila isim alam ghaib, gila isim akhir zaman teori konspirasi, gila isim makrifat
Banner buat sendiri sahaja ni. Jadi sebab bukan designer begitulah rupanya. 😁


Mangsa aniaya, jenayah cyberbully, jenayah body shaming, gang psikik scammer penunggang agama, gila isim keturunan, gila isim alam ghaib, gila isim akhir zaman teori konspirasi, gila isim makrifat
Buat sendiri sahajalah. Makanya ikut suka mata sesedap mata saya memandang sahajalah. Sudah memang bukan designer

Buang semua gambar letak logo sahaja di semua laman sosial Ayang". Pesan Suami. Baiklah. Saya patuh. ❤️

Isteri wajib patuh dan ikut cakap Suami, suami Raja di hati saya. Mestilah cinta hati saya. Yang sudah lama kenal saya sudah pernah jumpa saya InShaaAllah akan terus ikuti saya. Terima kasih ya. 🌹❤️

Sebenarnya, dari mula berada di muka buku personal saya ahun 2009 lagi saya memang tidak meletakkan gambar saya. Berguru dengan guru di Instagram beliau cakap personal branding kena letak gambar. Suami saya kata,

Ajaran sesat tu. Lelaki tak apalah tayang muka. Dah letak logo sahaja." Saya ketawa. 😂

Alhamdulillah saya kembali berniqab dan letak logo sahajalah. Selesa begini.

Ketahuilah

Doa orang teraniaya itu maqbul,
Dengan Ehsan Allah jua doa itu maqbul.

Kening saya tidak pernah dicukur,
Semulajadi Anugerah Ilahi Rabbii;
Mata merah tercucuk niqab,
Ada pula yang bermasalah mesej

Kenapa tengok mata Puan rasa takut? 🤦😩

الاهاي....
Garu kepala tepuk dahi saya nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta ni. Hendak ketawa pun ada. Senyum sahajalah. 😊

Yang melihat mataku
Katanya seperti ada sesuatu
Yang lain tokok tambah cerita palsu
Keluar api dari mataku
Ada tu takutnya melihat mataku

Mata dia keluar api!
Kata si halusinasi

Hangpa tak tau ka mataku
Tercucuk-cucuk niqabku?
Pedih tau mataku itu

Si isim berhalusinasi pula berkata
Lebih kurang begini ayatnya
kepada isim yang lainnya,

Oh yang Jin dekat sis masa sis life tu dia inikah yang punya?"

Uiiii hang tabur fitnah sebab hang dengkikah?
Hang tak tau orang screenshot kah?
Bukti PDRM hang halusinasi kuatnyalah.

Kelakarlah! Kah kah kah kah! 

Apa pun, Alhamdulillah.  Terima kasihlah.

Ada juga yang pernah berkata,

Hahaha... Bgtau dia, takut itu juga makhluk, knp nk takut pd takut...? Apa lg takut pd perkara yg menakutkan" Rupanya dia pun gila isim juga.

Sehingga ke saat ini beliau mereng merepek merapu sahaja di muka buku orang mengadu. Biarlah. Tiada kaitan pun dengan saya.

Saya memang suka ulang sebab entri saya panjang. Semuanya ada perkaitannya. Lagipun ada lagi yang belum baca setiap apa saya tuliskan. Jadi memang perlu selalu saya ulang. Alah, biasa di sekolah pun Cikgu kan sentiasa ulang. Jadi sebagai mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) saya ulang sahajalah. Apa salahnya. Kongsi pengalaman saya sahaja. Takut? Takut Allahkah takut makhluk? 


SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?

  1. NAMA PENA, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Saya menggunakan nama pena untuk semua program penulisan dan laman sosial saya.
  2. Tuan Guru saya kata, pengalaman saya lalui itulah menjadi guru saya. Namun demikian saya ada Tuan Guru yang membimbing saya setelah puas saya dikhianati GURU-GURU GILA ISIM dan sakit hati saya tegur mereka dan dengki atas apa yang saya ada. Batangkali iblis telah merasuk hati mereka hingga sanggup buat khianat  biadapnya ke atas saya. Moga kembalikan taufiq dan hidayah dan Allah ampunkan mereka.
  3. Jadi untuk itu, rasa hendak kenalkan diri kepada dunia antarabangsalah pula. Macam famous de amous sahaja kan? Entri ini bukan hendak kejar glamour tau. Tetapi memang pun jadi Blogger ni sudah glamour. 😁
  4. Senghaja menulis entri ni pada 08/08/2013 jam 23:37 sebab sudah tidak tahu hendak tulis tentang apa. Tapi tidak publish. Maaflah jika ada yang menyampah rasa baca entri ni. Redho sahajalah ya. Usah bacalah jika menyampah. Senghaja suruh baca. Suka stalk sahaja? Silakan. 
  5. Masa saya menulis ni, saya masih lagi seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sebuah sekolah Rendah Agama. Isteri, suri rumah, ibu kepada lima orang anak yang masih kecil-kecil. Yang sulung, perempuan darjah 3. Nombor 2 lelaki, Pra Sekolah. Ke 3 perempuan, Tabika. Nombor 4, perempuan 3 tahun dan nombor 5 BABY lelaki, 8 bulan. Masa ni saya masih lagi bekerja sambil belajar BELAJAR DI UTM Space
  6. Tahun 2022 ini, anak saya yang sulung baru tamat SPM sedang tunggu keputusan bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Anak yang kedua masih di Tahfiz tingkatan tiga. Anak yang ketiga tingkatan dua. Ke empat darjah enam dan yang ke lima sudah darjah tiga. Alhamdulillah. ❤️🥰
  7. Kini saya Suri rumah sepenuh masa. Multitasking. Freelancer. Blogger. Content Creator. Marketer. Reseller Buku Tersesat Kebatilan Gerakan New Age New Age dan pembekal empat jenis kerepek produk Muslim. Suami saya minta saya KIV Coaching, seminar dan kursus untuk saya fokus hantar ambil anak-anak bersekolah dan hantar ambil beliau ke pejabatnya. 
  8. Saya seorang blogger (penulis Blog) sambilan bermula tahun 2006. Antara Blog saya, BlogiEta.com dan Wujudnya Allah Zahir Pada Manusia.
  9. Bila ada waktu terluang, saya ambil masa yang ada untuk blogwalking menimba ilmu, belajar tentang blog dan menulis sesuatu untuk dikongsi walaupun saya tahu pada masa saya menulis ini tidak ramai yang kenal saya. 
  10. Selepas meletakkan jawatan akibat sakit kronik slipped disc pada tahun 2017, saya suri rumah sepenuh masa isi masa lapang sambilan sebagai Freelancer, Blogger, Social Media Expert Coach, Marketer. 
  11. Saya minat berpuisi dan bersajak. 
  12. Pengalaman saya bekerja, boleh baca artikel sebelum ini DI SINI siapa saya? 
  13. Memiliki lesen Google (G) dari Paris untuk perniagaan online dijalankan. 
  14. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Meletakkan jawatan untuk sambung belajar di bidang Komputer dan Pengurusan.
  15. Mantan Penolong Guru Besar SRI Pintar. (Kontrak).
  16. Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
  17. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dari Ketua SetiaUsaha (KSU) Negara.
  18. Meletakkan jawatan di JAWI dengan Izin Allah akibat sakit kronik Slipped Disc (Back pain). Alhamdulillah Dengan izin Allah sembuh tanpa suntikan steroid dan tanpa pembedahan.
  19. Saya juga pemilik silibus Advance Blogging & Business via SocMed dan Pengamal Zero Cost Online Marketing.
  20. Saya penulis Ebook. Antara ebook saya sudah siapkan,

    1. Rahsia Social Media.
    2. Rahsia Likes Free Tanpa Ads.
    3. Rahsia Carian Google.
    4. Masalah dan Penyelesaian Bisnes Online


KEMAHIRAN :

  1. Buat duit dengan Blog dan dapat sales dari laman sosial.
  2. Pengurusan WeBlog
  3. Pengurusan Media Sosial.
  4. Penulisan & Pengiklanan.
  5. Penyelesaian masalah dengan izin Allah.


KELULUSAN :

  1. Pondok, 4 Thanawi.
  2. Sijil Trengkas Malaysia (Menaip 100word p/m).
  3. Institute Of information Technology  Cosmopoint, Computer & Management.
  4. UTMSpace,  Sains serta Pendidikan (Pengajian) Islam.


PAGE RASMI :

Antaranya,  

  1. puteri.nurcahaya
  2. Wujudnya Allah Zahir Pada Manusia.
  3. Kisah Cikgu iEta (Page lama).


PERIBADI :

  1. Sudah berumahtangga. Anak lima.
  2. Almarhumah Bonda saya mengajar kami adik-beradik Al-Quran. Oleh itu InShaaAllah saya mahir membaca Al-Quran bertajwid. 
  3. Almarhum Ayahanda saya ahli silat seni Gayong Malaysia. Saya peminat seni bela diri silat, memanah dan berkuda. Tiada ilmu silat. Bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru ilmu kebatinan dan bukan guru ilmu kerohanian. Hanya Allah menggerakkan semuanya. 
  4. Berniqab semula pada 1/7/2021. Ya benar tidak semua berniqab baik tetapi sekurang-kurangnya saya tegar mempertahankan aqidah saya dari didakyah ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) si gila isim yang fitnah saya.
  5. Alhamdulillah saya diselamatkan oleh Tuan Guru saya. Beliau ambil saya berguru dengannya bermula 8/9/2021 sewaktu saya dihina, difitnah, dimaki-hamun, diumpat cela pelbagai kata nista dan tuduhan adu-domba pulau saya. 
  6. Dengan Tuan Guru, saya mengulangaji ilmu Tauhid Sifat 20. Syukur Alhamdulillah semua kekeliruan perkhabaran dan cerita saya terima, terungkai satu-persatu. Terlalu banyak ilmu di luar jangkaan saya perolehi lagi selepas ulangaji Tauhid dengan Tuan Guru. Tuan Guru banyak bantu saya buangkan semua sihir yang melekap hasil perbuatan syirik, khurafat Doktor Perawat, Motivator aliran sesat dan sihir-sihir yang dihantar kepada saya. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah.
  7. Saya pantang dipaksa. Tidak suka memaksa. Sekali saya cakap tidak mahu dengar saya tinggal. Saya pantang diprovokasi. Saya tidak suka didakyah apa sahaja fahaman. Pegangan saya hanyalah ISLAM. Tidak berpihak kepada sesiapa.
  8. Saya pernah TERjebak dengan kumpulan ajaran sesat dan gang gila isim pada tahun 2017 selepas saya ambil keputusan berhenti kerja akibat kronik slipped disc.
  9. Jadi saya sangat anti ajaran sesat, anti psikik scammer penunggang agama, anti pengamal amalan ritual sesat (sihir, syirik dan khurafat) bermula tahun 2020. Saya difitnah mereka itu gang gila isim keturunan, gila isim alam ghaib, gila isim akhir zaman teori konspirasi pelampau dan gila isim alam makrifat pengamal amalan kebatinan dan kerohanian Gerakan New Age akibat menolak dakyah mereka mahu menyesatkan saya dan menjadikan saya seperti mereka pemberontak negara.
  10. Saya anti pendakyah amalan syirik khurafat yang telah menganiaya saya, mereka Guru Silat Seni Gayong Makrifat, orang silat Selempang Merah, Guru ajar kurang ajar Silat Seni Gayong Malaysia dan Harimau, Guru ajar kurang ajar Silat Seni Gayong Fatani Putrajaya dan Guru ajar kurang ajar Silat 7 Langkah. PDRM sifatkan mereka semua ini sebagai psikik scammer penunggang agama.
  11. Saya anti penganiaya jenayah cyberbully dan jenayah body shaming gang paranoid akhir zaman teori konspirasi mainstream, gila isim keturunan, gila isim alam ghaib dan alam makrifat PDRM juga sifatkan mereka semua ini sebagai scammer mempergunakan agama. 
  12. Saya manusia. Bukan jin bukan juga kembar Cleopatra seperti si gila isim ramai followers tohmahkan demi meraih crowd di facebooknya bermula 5/8/2021 sehingga ke saat ini bulan Ramadhan tahun 2022 fitnah cyberbully criminal dan jenayah body shamingnya terhadap saya akibat sakit hatinya kepada saya tidak melayan kehendak ketaksubannya terhadap alam ghaib, keturunan, akhir zaman teori konspirasi. Akibat tidak dipenuhi kehendaknya maka walaupun saya telah beri amaran kepadanya akibat gila isim, fitnah mereka ke atas saya masih tular lagi. 
  13. Fitnah dipercayai oleh si dungu dan disebarkan oleh sijahil. Inilah antara toksid di laman sosial sudah saya buang semuanya. Maaflah ya.
  14. Saya ini manusia biasa sahaja, tidaklah sempurna mana. Tiada yang istimewa hanya saya suka berkongsi pengalaman saya sahaja. Laporan polis rujuk pautan artikel di penghujung perkongsian saya ini.
Sama-samalah kita jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut. InShaaAllah kehidupan dan perniagaan dilakukan penuh keberkatan dan aman bahagia. ❤️


KENAPA BERBLOGGING?

  1. Menjadi seorang blogger sambilan merupakan satu perkara yang amat saya minati kerana saya memang gemar menulis cuma seringkali tidak punya banyak ruang dan peluang untuk menulis dan seringkali sifat malas nak update blog bertandang dalam jiwa ni. Blog adalah dunia penulisan saya untuk berkongsi rasa, cerita, ilmu dan pengalaman. 
  2. Saya juga sering bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan blogger bila terdapat sebarang permasalahan atau yang berkaitan dengan assignment saya. Blog juga merupakan salah satu cara untuk saya memperbaiki bahasa dan memperbaiki cara meringkaskan jurnal dalam assignment yang diberi pensyarah. 
  3. Blog juga saya gunakan untuk mendidik dan memberi nasihat bila ada rakan blogger yang berkongsi masalahnya ke dalam ruang komuniti, e-mel, facebook dan fan page lama saya. Dah nak buat macam manakan? Blog memang best in the world. Tetapi, saya bukan reporter tahu... ada pula yang beranggapan begini pada saya. Saya redho dan sabar sahajalah. Memang awal-awal dahulu Blogger ramai begini. 😄


BILA MULA BERBLOGGING?

  1. Saya mula berblogging pada tahun 2006. Pada 2/6/2007 saya mulakan dengan meluahkan isi hati saya semata-mata. Waktu itu saya tidak tahu bahawa orang akan membaca tulisan saya. Hanya bermula dengan suka-suka hati sahaja menulis dan terus menulis. 
  2. Biasanya keluhan perasaan dan ketidakpuasan hati saya terhadap apa sahaja yang sering saya tulis. Ada juga lah tulisan berbentuk ilmiah. Tetapi tidak tersusun. Hanya copy paste semata-mata. Kaedah berblogging pun memang ZERO. Entri pertama saya hanya dengan ayat s.m.s dan tanpa sesiapa pun pengomen. Hanya bermula dengan 11 orang kenalan blog. Masa itu, saya memang tidak tahu langsung bahawa dengan menulis blog juga boleh menghasilkan wang. 
  3. Blog ieta pernah berkubur tanpa sebarang maklumat ataupun apa-apa perkembangan. Agak lama juga Blog ieta ini menyepi.  
  4. Penghujung tahun 2012, saya kembali menulis dengan pelbagai entri yang juga merapu dicampur dengan sikit-sikit bahan ilmiah yang saya ambil dari pelbagai sumber dan saya backlink kepada pemilik blognya. Waktu inilah baru saya tahu apa itu PLAGIAT dan pelbagai ilmu blog lagi dari sifu-Sifu Blogger. Pelbagai kajian telah saya lakukan untuk meningkatkan mutu penulisan saya dan penambahbaikan blog ini. Ada beberapa TUTORIAL juga telah saya buat hasil dari kajian dan pengalaman saya berblogging.
UPDATE BLOG, PANDUAN BLOGGING, PENGALAMAN BLOGGING, PENGALAMAN, Kisah benar, Kisah Cikgu iEta, Puteri Nur Cahaya, Cikgu iEta, Blogger, Freelancer, Multitasking
Tetiba lak kan? he.... 😄


BAGAIMANA MERAMAIKAN KENALAN BLOG?

UPDATE BLOG, PANDUAN BLOGGING, PENGALAMAN BLOGGING, PENGALAMAN, Kisah benar, Kisah Cikgu iEta, Puteri Nur Cahaya, Cikgu iEta, Blogger, Freelancer, Multitasking
Blog dari kenalan selalunya menjana pendapatan dan menambahkan silaturrahmi. 🥰

  1. Walaupun saya tidak hebat mana, hanya Allah yang melindungi saya. Tetapi saya berpuashati kerana kenalan blog saya semakin hari semakin bertambah hasil dari usaha saya join segmen atau GiveAway (GA) pada masa mula-mula minat berblogging timbul. Setelah penat join segmen dan GA, saya mula mengorak langkah menjadi penyumbang kepada GA dua orang blogger terkenal sekadar untuk memperkenalkan Produk niaga pelbagai buatan Muslim yang menjadi salah satu sumber rezqi saya dan saja-saja hendak sponsor. Alhamdulillah, ramai kenalan blog saya perolehi dari ke dua-dua GA yang saya sponsor itu.
  2. Selepas itu, saya hanya membiarkan terus tanpa menyertai mana-mana GA ataupun segmen. Nak bertambah, bertambahlah. Saya sudah tidak kisah. Kerana saya berbalik kepada niat asal saya, blog adalah dunia penulisan saya, berkongsi rasa, cerita, ilmu dan pengalaman. Berblogging bukan untuk glamour ataupun wang walaupun hidup memerlukan wang. 
  3. Lebih bersyukur jika yang mengikuti Blog ieta disebabkan minat mereka terhadap tulisan saya. Bukan kerana terpaksa arahan dari GA ataupun segmen. Hari demi hari, semakin bertambah kenalan Blog ieta.
  4. Harus diingat, join segmen ataupun GA merupakan salah satu tanda seseorang blogger itu menyokong blognullger yang lain. Tetapi, segmen dan GA yang terlalu banyak syarat memang menyukarkan blogger tambahan pula blogger seperti saya ini, tidak punya banyak masa hendak mengadap PC dan perlu menunaikan tanggungjawab kerja dan keluarga yang lebih utama daripada membuang masa menunggu loading Blog yang ada iklan tersembunyi dan widget yang membuatkan hendak membuka blog nya pun mengambil masa berjam-jam. 
  5. Ramai juga blogger yang jemput saya untuk menyertai segmen atau GA mereka tetapi bila melihat syarat-syarat yang agak memenatkan, hilang minat untuk turut serta. Maaf ya kepada sesiapa yang terasa. 



BAGAIMANA UPDATE BLOG?

Kebetulan pula ada blogger yang bertanya cara saya update blog. Jadi, saya suka nak berkongsi di sini.Ada beberapa cara saya update blog antaranya :

  1. Kongsikan ke dalam facebook dahulu apa sahaja yang berada diminda.
  2. Savekan apa sahaja yang berada dalam minda ke dalam ruang nota dalam handphone kemudian e-melkan ke dalam e-mel gmail saya kemudian, copy paste ke dalam blog dan update hingga sempurna entri itu.
  3. Teruskan menaip di PC tanpa buat apa-apa deraf untuk buat entri terkini..
  4. Buat pelbagai entri seminggu sekali dan setkan tarikh untuk dipublish secara auto publish.
  5. Update blog waktu tengah malam waktu anak-anak sudah tidur. Ataupun waktu balik tengahari sebelum kembali ke sekolah di sesi petang.

PENJELASAN FITNAH DIVIRALKAN,

  1. Ramai yang masih mesej saya bertanya lagi, jadi saya kongsikan sahajalah di sini.
  2. Punca fitnah saya diviralkan datang dari perbuatan manipulasi perbualan dua makhluk Allah mencuri rahsia berpura-pura berbuat baik dengan saya. Itulah yang menjadi bahan fitnah.
  3. Permulaannya akibat perbuatan empat guru silat yang sesat berbuat amalan ritual puja dan taksubkan leluhur jin menjadikan saya perantara berkomunikasi dengan jin. Maka termasuklah saya ke alam separanormal tidak disangka itulah detik permulaan mereka menjadikan saya ini perantara mereka berkomunikasi dengan jin. Gila isim gila babi semua mereka sudah seperti pawang Queen Elizabeth dahulukala buat projek astral paranormal terhadap saya.
  4. Hanya sebab saya tolak dakyah, ajaran dan amalan sesat (syirik dan khurafat) mereka ke atas saya, mereka marah saya bongkar sebarkan kebatilan mereka buat, mereka fitnah saya. Manipulasi perbualan soal-jawab sewaktu saya keliru kepada awam. DIKHABARKAN, DICERITAKAN dan MEREKA CERITA dianggap saya mengaku yang bukan-bukan tidak masuk dek akal Mukmin Muslim tulen.
  5. Jenaka kelakar lucu lawak sungguh mereka itu semakin gila isim akibat lemah pemahaman akan soalan saya tanya kepada mereka. Point mereka bila screenshot saya terima buat saya semakin ketawa. Mereka jahil tidak mengerti segala apa dibicara. Hanya berlagak bijak namun haqiqatnya ilmu tin kosong belaka. Saya maafkanlah. Saman? InShaaAllah selepas selesai urusan keluarga yang lebih penting daripada hal mereka yang gila. 😂
  6. PDRM maklumkan mereka itu adalah psikik dan scammer penunggang agama. Hasil bacaan dan pengamatan saya, mereka itu  beramal amalan kebatinan dan kerohanian Gerakan New Age (New Age Movement) beraqidah sesat.
  7. Laporan polis telah dibuat. Nasihat cara baik sudah, cara kasar pun sudah. Kelak mereka berjawablah dengan Allah SWT di akhirat sana. Saman sahaja belum lagi. Tunggu selepas selesai urusan anak sulung saya masuk Universiti saya akan saman mereka yang mendakyah saya ajaran amalan sesat dan menjadi dalang batu api tersebarnya fitnah ke atas saya semuanya.
  8. Saya kongsikan semua ini kepada awam supaya dijadikan iktibar. Dan saya cabar mereka semua jika mereka berani (jika beranilah 🤭🙄) bersihkan nama saya secara terbuka di semua laman sosial yang ada, majalah, akhbar dan media massa sebagaimana mereka sebar fitnah, tohmah aqidah saya dan ajak orang ramai pulau dan sebarkan beramai-ramai kepada awam seperti apa mereka telah lakukan JENAYAH CYBERBULLY DAN JENAYAH BODY SHAMING AQIDAH DAN NIQAB SAYA.


CUBAAN MEMESONGKAN AQIDAH SAYA

Pengkhianat tabur fitnah tahun 2020.

1) PENDAKYAH : Amir Shahmi Md. Ali, Doktor Perawat, Guru silat Seni Gayong Makrifat, pemilik Akademi Nur Sufi dan Poliklinik Zainee di Selayang, Batu Caves, Gombak. Psikik dan scammer penunggang agama. Gila isim keturunan, alam ghaib, akhir zaman teori konspirasi dan alam makrifat. Sambung baca DI SINI.


MENDAKYAH :

  1. Taksubkan leluhur jin.
  2. Taksubkan kayangan.
  3. Taksubkan Majapajit.
  4. Taksubkan Nusantara.
  5. Taksubkan Hang Tuah.
  6. Taksubkan Puteri Gunung Ledang.
  7. Taksubkan Gadjah Madha.
  8. Taksubkan Hayyam Wuruk.
  9. Taksubkan Jambatan Emas Gunung Ledang.
  10. Taksubkan alam ghaib dan perkara akhir zaman.
  11. Taksubkan Imam Mahdi.
  12. Recruitment tentera Imam Mahdi.
  13. Ritual bertemu leluhur (jin), iaitu ilmu Karuuhun.
  14. Mencuri rahsia alam ghaib alam Nusantara. (Gila sungguh).
  15. Silibus ESQ 165 yang telah diharamkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2010.
  16. Puja menyeru ruh di Gunung Ledang.
  17. Silibus Hypnosis NLP (Ilmu sihir Gerakan New Age).
  18. Memuja maqam di Pulau Besar.
  19. Menyatakan ada bentuk kota di pokok yang ada di maqam di Pulau Besar. Memang ada. Saya nampak. Semuanya tempat jin belaka. Ramai ke sana memuja jin.
  20. Menghidupkan pemimpin akhir zaman kepercayaan Al-Arqam Fata At-Tamimi Arqam, melalui ebook akhir zaman tulisan Khalid Yahya (Nurani Maarif) bersandarkan hadith dhoif menghampiri syadz Panji Hitam dalam group. Bab aqidah semua barai.


2) PENDAKYAH : Muhd Nuur Fahmy Nuur Masailan (Fahmy Adam), bekas pegawai zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), sekutu Amir Shahmi. Coach Networking, Branding, Neuromarketing sesat-menyesatkan awam. Silat Selempang Merah. Psikik dan scammer penunggang agama. Gila isim keturunan, alam ghaib, akhir zaman teori konspirasi dan alam makrifat. Sambung baca DI SINI.


MENDAKYAH :

  1. Metafizik penomboran.
  2. Garam Shiffa mesin quantum Syiah.
  3. Ramalan horoskop tarikh lahir.
  4. Hipnosis NLP.
  5. Ganja Cannabis, jual dalam group.
  6. Anti keRAJAan.
  7. Mencuri rahsia alam ghaib alam Nusantara.
  8. Taksubkan Nusantara (misteri dan mistik).
  9. Taksubkan saya beliau wujudkan Group Rahsia  Nusantara untuk perangkap saya.
  10. Taksub keris.
  11. Taksubkan alam ghaib dan akhir zaman.
  12. Taksubkan Imam Mahdi.
  13. Recruitment tentera Imam Mahdi.
  14. Bersyubahat dengan Amir Shahmi Md. Ali menghidupkan pemimpin akhir zaman kepercayaan Al-Arqam Fata At-Tamimi Arqam, melalui ebook akhir zaman tulisan Khalid Yahya (Nurani Maarif) bersandarkan hadith dhoif menghampiri syadz Panji Hitam dalam group.

Empat (4) ekor syaithon bertopengkan manusia termasuklah Amir Shahmi Md. Ali dan Muhd Nuur Fahmy Nuur Masailan (Fahmy Adam) inilah permulaan saya dijadikan sebagai perantara mereka berkomunikasi dengan jin. 

Saya hanya ajak dan seru (dakwah) ahli kumpulan jangan taksub, jauhi syirik dan jangan menipu. Untuk menutup kebatilan mereka lakukan, mereka fitnah saya penyebar tauhid 3, sesat, wahabi, jin, bipolar disorder mood, sakit jiwa, mental problem, ajak ahli dan orang ramai pulau saya. Muhd Nuur Fahmy Nuur Masailan (Fahmy Adam) siap ugut PDRM dan Jabatan Agama akan angkut saya dalam group dan personal. Amir Syahmi Md. Ali lebih gila dan kurang ajar. Fitnah saya minta ditabalkan sebagai Puteri Gunung Ledang dan bawa perkakasan untuk pertabalan. Gila isim gila babi 🐷 sungguh mereka ni!


3) PENDAKYAH : Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad (DTA), Pengerusi TAMRIN, Penceramah bebas, Motivator tersohor Malaysia. Orang kuat BN. Scammer marketing online dan scammer aqidah. 

MENDAKYAH :

Bisnes MLM Atomy Gerakan Missionary Kristian. Boleh baca selanjutnya DI SINI.

  1. Saya ada masuk sekejap group Lariba selepas peserta seminar saya kongsikan perkongsian Lariba berkaitan Gerakan Missionary dalam Malaysia ni kepada saya. Ustaz Hafiz Hiew bekas pastor, dari gang Lariba menyatakan Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad (DTA) adalah PASTOR MALAYSIA. 
  2. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad (DTA) fitnah saya tidak pandai marketing walhal beliau menipu (scam) aqidah ramai dari mula lagi dan ugut hendak saman saya. Sehingga ke saat ini sekeping surat saman seperti diugut pun tidak kunjung tiba.  
  3. Sebelum itu Haji Ahmad Fadzli Yusoff, Presiden TAMRIN ugut saya supaya diamkan penipuan online marketing DTA. Sebab saya diugut saya buat laporan polis. (Selanjutnya boleh baca DI SINI).


4) PENDAKYAH : Abdul Malek Abdul Halim (Cikgu Malek Wirajaya), pemilik Kem Motivasi Wirajaya, Hulu Langat. Scammer (Penipu) besar ni. Motivator Konsultan dahulunya Tok Batin, Guru ajar Silat Harimau dan Silat Seni Gayong Malaysia. Kawan-kawannya dan dua orang bekas staffnya mengakui kerja syirik dan khurafat beliau di kemnya. (Sambung baca DI SINI).


KEBIADABAN DILAKUKAN :

  1. Dakyah amalan meditasi.
  2. Dakyah bersuluk.
  3. Dakyah watikah perjanjian alam nyata dengan alam ghaib.
  4. Mengaku berkawan dengan hantu syaithon.
  5. Dakyah taksubkan maqam di Pulau Besar.
  6. Jadikan saya perantara berkomunikasi dengan jin.
  7. Guna ilmu pukau dan minyak senyonyong untuk scam duit saya RM14,000. Sudah dilangsaikan selepas saya guna taktik gangster menuntut hutang.

Memang babi sungguhlah Amir Shahmi Md. Ali, Muhd Nuur Fahmy Nuur Masailan (Fahmy Adam) dan Abdul Malek Abdul Halim (Cikgu Malek Wirajaya) tu buat saya ni jadi perantara komunikasi dengan jin! Sudahlah mereka ni tongong, bangang, gila isim keturunan dan gila isim alam ghaib. Ilmu alam ghaib semuanya tin kosong! Sakit pula hati saya dengan mereka dan hasil perbuatan mereka bila baca semula perbualan personal dengan mereka semua. Kurang ajar sungguh! Ya saya pernah kenal dan terjebak dengan mereka. Saya tolak semuanya mereka fitnah saya.

 

PENDAKYAH AMALAN SESAT 

Mereka ini pengkhianat penabur fitnah saya tahun 2021

1) PENDAKYAH : Muhd Arifin Rizkin (Adysclar)Followers ramai hasil daripada menipu berbohong kepada awam cerita berita palsunya. 4 horseman di header facebook diletakkannya gambar syaithon. Faham sendirilah kan jika di atas kepala facebook pun sudah gambar syaithon dengan taglinenya 'Just follow the flow'. Pengikut dan penyembah iblis laknatullah 'alaih. Sebab itu tidak kisah fitnah siapa sahaja tidak sependapat dengannta. Gila dan sakit jiwa belaka. Display picture pula membelakangkan pembaca. Beliau inilah macai penyebar perbualan soal jawab saya yang dimanipulasikan seperti saya mengaku hingga ke saat ini. (Sambung baca DI SINI).


MENDAKYAH,

  1. Amalan perang menipu sanad cuba scam duit saya. Beri amalan perang secara online.
  2. Amalan bersuluk kaedah meditasi kepada awam (online).
  3. Maqam-maqam waliyullah itu semua keramat dan pasak-pasak ghaib yang melindungi pasak-pasak jahat. (Dinyatakan pada posting di fbnya).
  4. Bersekutu dengan Juliyana (Lyana Bajana) rekrut ahli group preppers, Pendakyah selawat untuk cuci ruh. Di sanjung oleh penipu Muhd Arifin sebagai wanita pemilik naga emas untuk daulah Nusantara. 😂🤣
  5. Sama sahaja modus operandinya seperti group akhir zaman kelolaan Amir Shahmi Md. Ali dan Muhd Nuur Fahmy Nuur Masailan (Fahmy Adam), ada recruitment tentera Imam Mahdi.

2) PENDAKYAH : Muhammad Anis Hassan (Haniz Zerstoren), Ketua gang akhir zaman teori konspirasi pelampau. Bekas client personal life coaching. Mendurhaka. (Sambung baca DI SINI).


MENGHASUT DAN PROVOKASI SAYA

  1. Menghasut supaya saya anti individu dan persatuan saya tidak kenali.
  2. Provokasi supaya saya anti vaksin, anti Raja dan menjadi pemberontak kerajaan. Sungguhpun vaksin itu begitu, tidak perlu provokasi saya. 
  3. Minta saya scan (tilik) kawan-kawannya. Gila jahil murokkab dia ni minta scan free. Menelek itu haram pun tidak diketahuinya.
  4. Mengaku kepada saya sebagai X-Men, jin Dewataraya, Jin ifrit Ratu Tinta Sakti, Fata At-Tamimi, keturunan naga, memiliki keris dari kayangan, the choosen one, pewaris Raja Zulqarnain. Terkini, isterinya dicari puak darkside untuk mengubah jalan cerita akhir zaman. 🤦


3) PENDAKYAH : Tengku Azrul Hamdi Tuan Zolkapeli (Jalak Lenteng)

  1. Guru ajar kurang ajar Silat seni gayong Fatani Putrajaya. Saya tolak dakyahnya, berterusan umpat keji dan fitnah saya macam-macam. Memang kena makilah selalu. 
  2. Bukit Aman telah panggil. Tiada keinsafan. Masih meneruskan kesengalan dan perasannya BERBOHONG KEPADA AWAM. Tolollwersnya yang taksub ikut sahaja apa katanya. 
  3. Adab dan aqidah semua barau. Admin group whatsapp tidak cakna aqidah saya sudah beritahu menipu pula saya kononnya sudah keluar dari whatsapp group. Yang sebenar ada dua nombor dan sehingga saat ini masih menyebar silat itu lagi. Semua penipu. (Sambung baca DI SINI).


MENDAKYAH :

Amalan zikir sirr guna kaedah meditasi (ritual gerakan new age fahaman sesat) yang ditambahnya untuk syok sendiri. 

  1. Jual buku silat, saya ni minat silat jadi saya beli. Akhlak dan adabnya si gila isim Tengku Azrul Hamdi Tuan Zolkapeli (Jalak Lenteng) ni barai adab aqidah sudah terpesong terus dah. Saya tolak dakyah sesatnya. Tidak mengaku apa dilakukannya berterusan meroyan tidak tahu malu lagi PERASAN! Bangang mengaku saya ni pengikut tegar dan awek dia. Sudahlah perasan berterusan pula keji dan fitnah saya. Mangkaq sungguh perangai.
  2. Macamlah hebat sangat walhalnya lembik dan lemah! Sudah kena marah sudah bersalah, menafikan pula. Buat perangai bangang pada saya. Berterusan sebar fitnah. 
  3. Tuan guru saya cakap ilmu tin kosong sahaja dia ni. Ilmu tauhid dan tasawufnya pun tunggang-langgang serupa tin kosong. Ada hati nak menyesatkan saya.
  4. Tidak guna bertanjak, bersongkok, berbaju silat tetapi biadap gila isim mendakyah amalan meditasi yang sesat. Lembik longlai serupa sotong nak kena belai. Serius rasa hendak muntah lah hai! 🤢🤮

Terima kasih yang screenshot semua perbuatan mereka pada saya. Semua yang menjadi pengadu-domba saya sudah block. Malas melayan.

Sesungguhnya dari Allah mereka semua datang kepada Allah mereka kembali. Saya pulangkan semua fitnah ke atas aqidah, minda, jiwa dan niqab saya, kembali kepada mereka semua semula. Aamiin Ya Robbal 'Aalamiin".

ILMU SIHIR DIJENAMAKAN BARU.

Ini semua ilmu sihir yang ramai orang telah tertipu. Tidak salah kita ambil tahu kenapa amalan kebatinan dan kerohanian Gerakan New Age ini memesongkan aqidah ramai ummat Islam bangsa Melayu. Klik sini dapatkan sekarang bit.ly/37U8C7S

Alhamdulillah, dengan izin Allah AQIDAH saya terselamat. Alhamdulillah saya bahagia dengan Suami dan anak-anak saya. Cukuplah saya sudah ada Tuan Guru Tauhid saya yang menyelamatkan saya dari sihir (ajaran sesat, syirik dan khurafat) gang gila isim.


Rasanya sudah panjang lebar ni. Sudahlah  ya. Jadi di kesempatan ini, saya menyusun jari jemari memohon ribuan kemaafan seandainya sepanjang saya menulis, berblogging ni, ada blogger atau pembaca yang terasa hati dengan saya, terguris perasaan dan tersentap tanpa bicara. Maklumlahkan tulisan saya telus tanpa selindung. 
Semoga berpuas-hati ya dengan penjelasan SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta ini. Terima kasih sudi membaca. 🥰🌹


Penulis Nama pena
  • Pemilik Dunia Niaga iEta Enterprise.
  • Suri Rumah Sepenuh Masa multi tasking person, isi masa lapang sambilan sebagai Freelancer, Lifestyle Blogger, Marketer dan Social Media Coach 
  • Lulusan Pondok 4 Thanawi, Institute of Information Technology Cosmopoint (KLMU) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Space.
  • Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
  • Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di tahun 2016.
  • Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc. Alhamdulillah sembuh dengan izin Allah tanpa suntikan steroid tanpa pembedahan.
  • Anti ajaran sesat (sihir, syirik, khurafat) doktor perawat Guru Silat Seni Gayong Makrifat, Guru Silat Seni Gayong Malaysia dan Harimau, Coach pengamal silat selimpang merah, tenaga pengajar Silat Seni Gayong Fatani Putrajaya kurang ajar, tenaga pengajar Silat 7 Langkah kurang ajar dan gang gila isim paranoid akhir zaman teori konspirasi mainstream (PDRM maklumkan mereka ini psikik dan scammer penunggang agama).


MAKLUMAN.

Review produk atau syarikat anda sila email kisahcikguieta@gmail.com. Jemputan perkongsian hal-ehwal social media atau zero cost online marketing tekan sini. InShaaAllah marketing bidang saya sudah 33 tahun. Terima kasih. Harap maklum. 😊

ARTIKEL BERKAITAN : 

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?