PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging

As salam. Saya terpanggil untuk menyertai Mini Contest : Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging anjuran blogger Sabree Hussin bukan kerana hadiahnya yang lumayan walaupun mata saya terbeliak gak la bila lihat hadiah-hadiahnya tu... (Ish, mata duitan juga rupanya saya ni ek...?) Kadangkala jadi mata duitan gak sebab segalanya memerlukan wang walaupun berblogging bukan kerana wang. Kerana terbaca betapa gigih dan susah payahnya buat duit dengan blogging dalam entri Encik Titan yang boleh saya contohi maka terhasillah entri Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging.

belajar tentang buat duit dengan blogging, berblogging bukan kerana wang, CONTEST, PANDUAN BLOGGING, PANDUAN HIDUP, PENGALAMAN, PENGALAMAN BLOGGING, susah payahnya buat duit dengan blogging,
KLIK UNTUK JOIN
Ini cerita saya tentang Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging.


Mula berblogging, memang saya tidak tahu langsung bahawa dari blogging boleh buat duit. Mula menepek iklan Nuffnang sebab nampak ianya sangat cantik, bergerak-gerak dan berwarna-warni. Saja suka menepekkannya dalam blog ini. Kemudian, saya jumpa ChurpChurp, Says, 8share, Weeclicks, JomNiaga, Buat Job Di Rumah dan ba...nyak lagi... Blogwalking ke blog blogger yang lain, tanpa sengaja saya terterjah blog blogger +HASRUL HASSAN. Dari beliau saya kenal Jomniaga dan Buat Job Di rumah dan pelbagai peluang buat duit dengan blogging. Dari blogger +Nurmujahidah Ismail  saya kenal ChurpChurp, Says dan 8share.

Melalui laman facebook, twitter dan blog saya Dunia Niaga ieta, saya terus mempromosikan pelbagai perniagaan dan apa sahaja yang menghasilkan duit. Nampak kan di situ... blog dan laman sosial memainkan peranan dalam proses buat duit dengan blogging. Segalanya mudah, hanya dihujung jari.
Rupanya dalam diam, gabungan Teknik Facebook Fanpage + Blogging adalah cara mudah untuk seorang blogger mendapat income yang tinggi. Ramai sungguh blogger menjana wang dari menggunakan kaedah ini. 

Ini antara income seciput yang saya dapat dari hasil berblogging yang sempat saya print screen...

duit Nuffnang.jpg, CONTEST, PENGALAMAN BLOGGING, PENGALAMAN, PANDUAN BLOGGING, PANDUAN HIDUP, Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging, berblogging bukan kerana wang
Bermula dari RM0.25 sahaja...


duit JomNiaga.jpg,CONTEST, PENGALAMAN BLOGGING, PENGALAMAN, PANDUAN BLOGGING, PANDUAN HIDUP, Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging, berblogging bukan kerana wang

CONTEST, PENGALAMAN BLOGGING, PENGALAMAN, PANDUAN BLOGGING, PANDUAN HIDUP, Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging, berblogging bukan kerana wang

Semuanya seciput ja... sebab belum pandai lagi nak promote... Saya memang tak pandai nak buat GA atau segmen arah klik-klik... Biarlah orang lain buat, janji saya tak buat sebab, duit blogging ni, jika dah cashout, bakal jadi duit untuk beri makan anak-anak dan suami... Pasti jadi darah daging... Tak mengapalah seciput pun, asalkan bukan duit Haram


Hasil dari pembacaan dan pengalaman saya sendiri, inilah apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging
  1. Tak mengapalah seciput pun hasil blogging, asalkan bukan duit Haram kerana dari seciput akan menjadi bergantang jika buat dengan cara yang betul kerana, Jujur itu penting dalam hidup.
  2. Tak perlu minta orang klik-klik, samada buat GA, Segmen atau apa sahaja yang bersyarat klik-klik. Duit mengalir sendiri dari penulisan yang bersifat ilmiah dan pengalaman sendiri. Yakin dengan ketentuan Allah. Andai itu rezqi, pasti dapat juga. (Dulu tak tahu klik-klik ni tak boleh, ada blogger invite join froup fb klik-klik, saya pun join...gila gak buat kerja gila dan buang masa ni).
  3. Nak buat duit dengan blogging perlu bersabar dan terus bersabar. Bukan hari ni buat entri atau papar iklan, terus dapat beribu-ribu RM...
  4. Belajar dan amalkan Teknik SEO yang menambat hati dari Kitab Teknik SEO Merah Jambu untuk buat duit dengan blogging. (Saya dalam proses membelinya DAH BELI).
  5. Rajin-rajin Blogwalking dan tak perlu beritahu "done klik". Kalau rasa entri blogger tu best, klik je tanpa ragu-ragu... (Walhalnya, saya dulu pun suka beritahu... hehe)
  6. Teknik dan taktik dalam mempromosikan produk juga penting
  7. Kesilapan banyak mengajar supaya lebih berhati-hati... Jadi, usah jemu try n error...

Ish... Banyak dah ni... Tak hebat, tapi belajar dari pengalaman dan kesusahan yang ada...

Saya tak pasti adakah anda akan menangis atau ketawa membaca CORETAN KISAH BENAR yang saya entrikan sewaktu mula berblogging dahulu sebab seriously, dulu saya tidak tahu dengan blogging boleh dapat duit.

“Mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu TitanJuan dan Suri.”

Update 1 : Harap maklum, semua jemputan di ruang komen berkaitan segmen, GA atau contest yang bersyarat klik iklan akan saya remove. Sila baca dan dalami entri ini dengan hati bukan sekadar meninggalkan URL link entri di ruang komen sesuka hati.

Update 2 : O ya, jom ke blog owner Mini Contest : Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging, encik Sabree Hussin dan blog sponsor iaitu TitanJuan dan Suri . Tak rugi intai-intai tulisan mereka. Banyak ilmu bermanfaat terutama tentang hal ehwal buat duit dengan blogging. Jom...

SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 orang yang sudi komen:

  1. 47 komen pada entry ini telah berpindah ke ruang notification g+ komen setelah saya gunakan ruang komen blogspot semula. Harap maklum

    ReplyDelete
  2. Blogging is all about 3 things from my perspective:- 1. Share your passion. 2. Attract traffic. 3. Monetize your blog.:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks on your opinion. Thanks support my blog :)

      Delete
  3. Thanks utk info berguna ni.

    ReplyDelete
  4. cuba try jd agent affiliate walaupun hasil xmcm "bergambar depan kereta mewah" tp boleh la untuk menampung perbelanjaan seharian http://agenaffiliate.net/ahmadzulkhairi

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *