CARA MENGETAHUI SEBAB DAN PUNCA BERLAKU SESUATU

As salam. Beberapa minggu yang lalu, saya telah diuji dengan ujian kecil yang tidak perlu saya kongsikan kepada umum. Bukan semua perkara perlu kita cerita ke serata alam... Ujian kecil itu telah sedikit sebanyak menjadi tandatanya di dalam diri saya. 

PANDUAN HIDUP, MUSYKILNYA..., CARA MENGETAHUI SEBAB DAN PUNCA BERLAKU SESUATU, DOA, TAZKIRAH, berdoalah kepada Allah

Semalam, seseorang telah memberitahu saya CARA MENGETAHUI SEBAB DAN PUNCA BERLAKU SESUATU. Saya suka untuk berkongsi dengan rakan-rakan blog dan fb perkara ini. Moga bermanfaat.
Begini caranya :

  1. Sebelum tidur, solat sunat 2 rakaat.
  2. Baca bacaan selepas solat seperti biasa
  3. Baca Ayatul Kursi sehingga ولايئود berhenti seketika dan nyatakan apa yang ingin diketahui dan berdoalah kepada Allah mohon petunjuk. Contoh : Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku kenapa aku jadi begini”
  4. Sambung kembali ولايئوده sehingga habis Ayatul Kursi
  5. Ayat terakhir Ayatul Kursi, ulang 7 kali.
  6. Semasa hendak tidur, baca surah Al-Fatihah sekali
  7. Baca 3 Qul sekali
  8. Terus tidur
In Shaa Allah, Allah akan berikan gambaran dan punca berlaku sesuatu terhadap diri kita. Apa pun, usah kita berburuk sangka dan percaya kepada perkara-perkara yang khurafat lagi tahyul. Usah menipu, khianat dan hasad dengki sesama kita.

Ingatlah, yang baik semuanya datang dari Allah S.W.T dan yang buruk adalah berpunca dari diri kita sendiri. Dengar dan terimalah segalanya dengan penuh berlapang dada kerana, pasti setiap yang berlaku, ada hikmah (kebaikan) yang tersembunyi.

Comments

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.