PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

FUNGSI, PRINSIP KERJA DAN KONSEP SAINS YANG DIAPLIKASIKAN DALAM MAGNET


As salam. Rasanya baru 2 hari saya tidak membuat sebarang entri. Nak tahu sebabnya? Meh baca snipping screen saya di bawah.



FIKIRAN MENERAWANG, BIMBINGAN & KAUNSELING, KAEDAH P&P PENDIDIKAN ISLAM, MANTIQ, STRATEGI BISNES, BEREHAT DAHULU
Tidak berblogging tapi otak menerawang fikirkan pelbagai perkara...
Baiklah, disebabkan Ujian dan presentation untuk subjek Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam dan subjek Ulum Hadith telah selesai, maka bolehlah saya memulakan berblogging semula sambil-sambilan menyiapkan assignment 3 subjek yang saya nyatakan dalam snipping screen di atas. Tak tahanla lama-lama sangat tak buat entri...

Ini merupakan tugasan individu saya semasa semester ke dua untuk subjek Sains Fizikal Dalam Kehidupan. Masa ni, masih blur lagi... tak pandai sangat nak buat assignment... Main copy paste je ko... Even copy paste, saya alter jugala ayat-ayatnya... Taklah tiru bulat-bulat... Alhamdulillah subjek ni lulus dengan jayanya.

Soalan yang pensyarah saya berikan ialah, Pilih 3 barangan pengguna, perihalkan perkara berikut :- 

1. Fungsinya.
2. Prinsip kerjanya.
3. Konsep / prinsip sains yang diaplikasikan dalam barangan tersebut.

Untuk tugasan ini, saya memilih Magnet, Termometer Air Raksa dan Minyak Kelapa Sawit sebagai bahan kajian saya. Jenuh juga saya buat research 3 benda ni. Maklumla... saya budak baru belajar... Pulak tu, pelajar part time dewasa... Alhamdulillah siap juga akhirnya. 

Di sini, saya ingin paparkan salah satunya sahaja iaitu Magnet. Dilain entri nanti, saya akan paparkan yang 2 lagi.

Jom baca. Sila jangan ketawa ha...

ASSIGNMENT INDIVIDU, ASSIGNMENT, SAINS FIZIKAL, SAINS FIZIKAL DALAM KEHIDUPAN, MAGNET, FUNGSI MAGNET, KONSEP SAINS MAGNET

PENGENALAN

Magnet ialah sejenis logam yang juga dikenali dengan nama besi berani. Magnet mempunyai medan magnet dan dapat menarik butir-butir besi lain ke arahnya. Perkataan magnet berasal dari bahasa Greek "magnítis líthos" yang bererti “batu magnesia”. Ini adalah kerana magnet mula-mula dijumpai di suatu daerah Asia kecil bernama Magnesia. Suatu keunikan yang ada pada magnet ini ialah apabila magnet itu digantung, arah yang ditunjukkannya ialah utara-selatan.

Selain magnet asli (yang dilombong), terdapat juga magnet yang dibuat manusia. Magnet asli ialah magnet yang kekal keadaannya, manakala magnet yang dibuat manusia ada yang kekal dan ada yang sementara (dipanggil elektromagnet). Kebanyakan magnet yang digunakan hari ini adalah dibuat oleh manusia.

Setiap magnet mempunyai satu 'kutub selatan' dan satu 'kutub utara'. Apabila satu hujung magnet didekati suatu hujung magnet yang lain, kedua-dua hujung akan menarik di antara satu dengan yang lain sekiranya hujung-hujung magnet itu mempunyai kutub yang berlainan. Sebaliknya akan berlaku sekiranya kedua-dua hujung mempunyai kutub yang sama.

FUNGSI MAGNET

1.     Mengambil Benda-Benda dari Logam
Contohnya gunting. Dihujung-hujung gunting dibuat bermagnet agar mudah mengambil dan mencari jarum. Hujung pemutar skru dibuat bermagnet agar skru yang akan dipasangkan melekat pada hujung pemutar skru sehingga mudah memasangnya.

2.     Penunjuk Arah
Magnet dapat digunakan untuk menunjukkan arah karena kutub-kutub magnet selalu menunjukkan arah utara dan selatan. Alat yang memanfaatkan sifat magnet tersebut adalah kompas. Kompas adalah alat penunjuk arah mata angin. Di dalam kompas terdapat magnet berbentuk jarum yang selalu menunjukkan arah utara dan selatan. Sehingga dapat digunakan untuk menunjukkan arah mata angin. Kompas digunakan oleh pelaut, pendaki gunung, dan pilot untuk membantu menunjukkan jalan.

3.     Membantu dalam Perubahan Tenaga
Beberapa peralatan elektrik seperti televisyen dan radio. Meskipun magnet pada peralatan tersebut tidak dapat dilihat, beberapa peralatan tersebut menggunakan magnet pada bahagian pembesar suara (speaker). Fungsi magnet pada speaker adalah mengubah kuasa elektrik menjadi tenaga bunyi.

4.     Menghasilkan Elektrik
Magnet dapat menghasilkan elektrik dalam jumlah besar dan kecil. Salah satu alat yang menggunakan magnet untuk menghasilkan elektrik adalah dinamo basikalPada dinamo basikal, magnet menghasilkan tenaga elektrik dalam jumlah kecil yang digunakan untuk menyalakan lampu basikal.

5.     Merapatkan Dua Benda
Pintu peti ais mempunyai magnet kekal disekeliling pintu supaya ia sentiasa tertutup. Ia disebabkan di sekeliling sisi pintu  peti ais itu terdapat magnet. Sebuah magnet yang panjang diletakkan di dalam getah di  sepanjang pintu peti ais. Peti ais terbuat dari besi, jadi magnet akan membuat pintu peti sejuk menutup dengan rapat ketika kamu menutupnya. Pintu peti ais yang tertutup rapat dapat menjaga suhu di dalamnya agar tetap sejuk sehingga makanan dan minuman di dalamnya tetap segar.

Beberapa benda lain yang menggunakan magnet adalah kotak pensil dan tas. Magnet dapat menjaga kotak pensil dan beg tangan supaya tertutup dengan rapat sehingga berbagai benda di dalamnya tidak mudah jatuh. Beberapa pintu menggunakan magnet agar pintu tidak mudah tertutup jika tertiup angin. Magnet tersebut diletakkan di sebalik pintu dengan besi yang dilekatkan di belakang pintu.

6.   Menggantikan Roda pada Kereta Api Maglev
Kereta api jenis maglev adalah kereta api moden yang bergerak tidak menggunakan roda tetapi menggunakan magnet. Kereta api maglev bergerak melayang di atas rel yang terbuat dari magnet. Oleh karena itu kereta api ini disebut maglev, singkatan dari magnetic levitation yang artinya mengapung di atas magnet.
                                                           

KONSEP / PRINSIP SAINS YANG DIAPLIKASIKAN OLEH MAGNET

Magnet dapat menarik benda-benda tertentu, tetapi pada setiap magnet ada tempat atau bahagian yang memiliki kekuatan paling tinggi yang melahirkan konsep kutub magnet.

RUJUKAN

  1. Prof.  Madya Dr. Mohd Nor Bin Md Yusof PhD  (2012),  SAINS FIZIKAL DALAM KEHIDUPAN, Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.
  2. Lisa Burke (2010), Mini Scientist In the Kitchen, London : Dorling Kindersley Limited.
  3. Lim Eng Wah, Choo Yan Tong, Choong Choe Hin & Poh Liong Yong (1980), SPM Siri Pelangi FOKUS SAINS, Kuala Lumpur : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Sebagaimana entri JEREBU dan beberapa entri lain yang telah dirujuk oleh pelajar-pelajar, jika ada adik-adik yang bersekolah ataupun pelajar-pelajar IPTA yang ingin mengambil entri ini sebagai rujukan, silakan. Usah malu-malu ya. Tapi beritahu tau pada ruang komen di bawah entri ini. 
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 orang yang sudi komen:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *