CARI DI SINI

15 September 2013

PANDUAN BLOGGING 6 : JANGAN TAKUT LABURKAN WANG UNTUK JANA WANG JANGKA PANJANG

As salam. Saya bukanlah pakar dalam dunia blogging. Tetapi dari pengalaman saya, ingin berkongsi sedikit Panduan Blogging yang ada.


PANDUAN BLOGGING, SEO TIPS, jangan takut laburkan wang untuk jana wang jangka panjang, DENAIHATI, BEN ASHAARI, BLOGGER SEBAGAI KERJAYA, Page Ranking, beli domain sendiri, hosting sendiri, beli E-books berkaitan blogging, ubahsuai blog, servis blog, kepakaran blogger, pakar dengan hal ehwal coding, HASRUL HASSAN, MIALIANA , try and error

Panduan Blogging ke 6 : Jangan takut laburkan wang untuk jana wang jangka panjang. 

Kenapa saya kata jangan takut laburkan wang untuk jana wang jangka panjang? 

Sebabnya : 


1. Jika blog dihias dengan cantik melalui try and error mendekorasi sendiri ataupun menggunakan kepakaran blogger yang pakar dengan hal ehwal coding seperti blogger HASRUL HASSAN ataupun blogger MIALIANA yang bijak mendekorasikan blog mereka, pasti pengunjung pun suka dan tidak jemu berkunjung ke blog anda.  Zaman sekarang, bukan ada yang percuma kan? Jadi, apa salahnya  jika laburkan sedikit wang untuk ubahsuai blog sekaligus servis blog anda. Jadi, jangan takut laburkan wang untuk jana wang jangka panjang.


2. Jangan takut laburkan wang untuk jana wang jangka panjang kerana blog yang penuh informasi bermanfaat walaupun hanya dengan beberapa baris ayat pasti menarik ribuan pengunjung untuk terus berkunjung ke blognya jika blogger bijak menggunakan wang untuk menjana wang jangka panjang. Contohnya, beli E-book berkaitan blogging. Saya belum mencubanya lagi. Tetapi dari pelbagai blog yang saya sempat berkunjung, pembelian E-book itu, amat berbaloi jika ilmu yang ada di dalamnya dipraktikkan secara berterusan diikuti dengan kesabaran. Bukan sehari dua entri blog akan meletop 


3. Jangan takut laburkan wang untuk jana wang jangka panjang. Untuk blog ber PR (Page Ranking) kelas 1 dan 2, baik beli domain sendiri. Ada hosting sendiri lagi bagus. Hasil kajian saya mendapati, blogger-blogger yang ber 'page rank' tinggi memiliki domain malahan ada yang berhosting sendiri. Boleh lihat contoh blogger DENAIHATI dan blogger BEN ASHAARI yang menjadikan BLOGGER SEBAGAI KERJAYA


Blog naif ni>> www.ieta-myblog.blogspot.com domain dan hostingnya percuma sahaja. Malahan biasa-biasa sahaja entrinya. Tanpa gossip dan cerita-cerita panas. Sesekali, menyelitkan entri berkaitan agama yang dicedok dan berbacklink kepada sumber tertentu atau dari pembacaan dan pembelajaran yang didapati. Sebab itu tidak ramai yang komen dalam sesebuah entri yang diterbitkan. Lagipun, ramai silent reader. 1 hari ada dlm 300 sahaja Page Viewers (PV)... Kadangkala, menjunam  ke seratus lebih ataupun puluhan juga PV tu. Tak hebat mana pun... Itu perkara biasa dan lumrah dalam berblogging. Tetapi, tidak mustahil entri yang biasa-biasa 1 hari nanti bakal menjadi entri yang luar biasa jika bijak mengatur strategi dan yang pasti, jangan takut laburkan wang untuk jana wang jangka panjang. (Sedang mengatur langkah memperbaiki blog ieta)



Ihsan google = senyum walaupun apa yang berlaku dalam kehidupan anda
Sifu +HASRUL HASSAN , +Mia Liana +Denaihati Ilhamku  & +Ben Ashaari terima kasih sentiasa membimbing saya, new blogger. Anda semua adalah penyumbang semangat saya untuk terus berblogging walaupun secara part time. Terima kasih

4 comments:

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan gang paranoid akhir zaman dan teori konspirasi yang gila isim keturunan atau isim makrifat.

Sila sabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, syirik, sesat dan khurafat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak dan bangkang sepenuhnya.

Saya benci perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya reject terus.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Jika mesej atau email saya sila nyatakan,
1) Nama.
2) Dari mana kenal saya.
3) Tujuan mesej
Sebab saya ada banyak laman sosial, sila nyatakan nama channel atau laman sosial anda kenal saya.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapan borang diberi.

Terima kasih 😊
Nama pena,
Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta
Suri Rumah Sepenuh Masa,
Freelance Blogger, Social Media Expert Coach. Pembekal Pemborong Biskut Homemade dan Kudapan.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA





AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM






TULIS CADANGAN ATAU PERTANYAAN DI SINI

Name

Email *

Message *