PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

REVIEW ENTRI 3 HATI KOTOR : UBATNYA

As salam. Menerusi Segmen Pencarian Blogger 1, 10 orang peserta telah menyertai segmen ini. Senarai peserta DI SINI.

Seperti yang telah saya janjikan, REVIEW ENTRI 1 dan REVIEW ENTRI KE DUA telah pun saya buat. Untuk hari ini saya akan review entri peserta pertama yang menyertai segmen. Entri bertajuk HATI KOTOR : UBATNYA dari blogger +Nik Muhammad Jameel 

Bila saya baca entri beliau ini, hati saya berkata-kata "Ma Shaa Allah... banyaknya sifat mazmumah (terkeji) yang selalu bersarang dalam jiwa manusia dan diri sendiri...". Terkadang kita tak perasan pun itu adalah sifat mazmumah. Bagus tazkirah (peringatan) beliau untuk kita renung bersama.

Seperti yang disebutkan oleh beliau, antara tanda hati anda kotor dan andalah yg bermasalah seperti berikut :-

1. anda benci bos atau superior anda.


2. anda tidak suka, resah, gelisah melihat org lain berjaya

3. anda cepat boring dan letih bila lakukan kerja, tugasan atau tanggungjawab anda.

4. anda takut jadi miskin bila bersedekah.

5. anda tidak rasa bersalah bila tidak amanah, balik kerja awal datang kerja lambat.

6. anda seronok melihat rakan anda kena hukum atas kesilapannya.

7. anda rasa bangga bila dapat pujian

8. anda berkira tentang ganjaran material atas kerja, tanggungjawab dan amanah yg anda lakykan.

9. anda kecewa bila staff anda tidak perform

10. anda terlupa utk bersyukur bila susah ... sebaliknya ada komen itu dan ini

11. anda salahkan orang atas kesilapan anda ...

12. anda salahkan orang jugak atas kesalahan mereka tanpa anda tahu mereka mungkin dah cuba yg terbaik.

13. anda berprasangka buruk mengatakan orang kedekut, jahat, malas, sombong dan apa saja perkara negatif seolah2 anda ni seorang yg sentiasa bagus pada bila2 masa ...

14. anda tak terasa nak solat walaupun dah sampai waktu dan dah nampak masjid kat depan

15. anda tak terasa nak ziarah saudara atau rakan anda yg ditimpa musibah

16. anda sukar ucap tahniah dgn ikhlas atas jejayaan rakan anda.

17. anda malu bila anak anda gagal pelajaran tp x malu bila dia x solat.

18. anda tidak terlintas nak call suami / isteri / mak ayah dlm satu hari.

19. anda jadi sensitif dan mudah panas baran bila lapar.

20. anda sentiasa resah gelisah ...


Untuk mengatasi masalah hati kotor ini antara yg boleh dilakukan :-


1. Ilmu .. dengan ilmu agama yg mendalam kita akan lebih mendekati maha pencipta seterusnya meningkatkan darjat iman ... termasuk sabar.

2. Solat ... solat boleh tenangkan hati. 

3. Puasa ... puasa bersihkan darah dan hati.

4. Kawan ... surrounded ourselves with positive people.

5. Doa ... doa boleh ubah takdir.

6. Sedekah ... doa org miskin anak yatim amat makbul

7. Makanan ... banyakkan minum air zam zam dan mkn sayur serta buah2han ...

8. Sumber makanan ... pastikan halal dan tiada unsur rasuah dan penipuan

9. Tahajud ... menyucikan jiwa dan menguatkan ketahanan fizikal dan mental.

10. Quran ... dalami ilmunya, baca, hadirkan diri dlm majlisnya, fahami tafsirnya kerana ianya kalamullah ..

11. Mata .. dari mata turun ke hati. Jaga mata ... elakkan melihat benda haram dan lucah serta kotor. Najis dan kemaluan kita sendiripun ulamak tak bagi tengok.

12. Lidah ... kurangkan bercakap benda yg tidak berfaedah dan ketawa berlebihan

13. Telinga ... jauhi majlis mengata orang. Dengar bunyi2 yg indah ..

Jom jengah blog pemilik entri> Nik Muhammad Jameel


Nota : 
Hati kotor : Ubatnya Zikrullah (mengingati Allah).




SHARE

Cikgu ieta Sales Person Kelas Instagram Advance Online & Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 4)

Hai. Saya Cikgu ieta. Full Time Blogger, Internet Marketer dan Motivator Nasihat Niaga. Saya merupakan Sales Person Kelas Online Instagram Advance & Ebook Saka 4.0 milik Sifu Ajim Aura. Saya mengajar Kelas Blog dan Teknik Penulisan secara Personal Coaching One to One dan Group Coaching secara Online. Saya Leader kepada beberapa Group Laman Sosial dan Admin beberapa Group Di Telegram dan WhatsApp. Mempunyai 5 orang anak. Suami Pembantu Tadbir di Syarikat Semi Government. Saya Phrolapse Intervetebral Disc (Slipped Disc) bermula 17/4/2017. Kini Suri Rumah dan Blogger Full Time Online.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 orang yang sudi komen:

  1. as salam,
    Allahuakbar..astaghfirullah...

    terima kasih ieta berkongsi....satu segmen yg baik dan wajar diteruskan...

    sama2 kita tingkatkan zikrullah

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *