PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

RUMAH TIDAK SIAP, PERLU BAYAR CUKAI TANAH DAN CUKAI PINTU?

As salam. Isu hangat kini memperkatakan tentang kenaikan harga minyak. Saya tidak suka memanjang-manjangkan lagi isu ini di dalam blog saya. Sebentar tadi, saya membuka e-mel yahoo saya, terdapat Malaysia Insider yang mengupas lanjut tentang isu itu. Anda boleh membacanya di SINI atau DI SINI


Sebentar tadi juga, seorang rakan saya menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang rumah yang dibelinya pada tahun 2002 melalui pemaju Talam Corporation Sdn. Bhd. (Kini IntelBest Corporation / Damai Bistari Sdn. Bhd.) di Ukay Bistari. Katanya, pemaju menjanjikan rumah yang dibeli akan siap pada tahun 2004. Malangnya, sehingga tahun 2013, rumah itu masih tidak juga siap. Pelbagai demonstrasi telah dilakukan oleh kumpulan penduduk. TV3 juga pernah menyiarkan kes perumahan di kawasan itu. Gugusan kunci juga pernah dirampas oleh sekumpulan penduduk. Beliau tidak turut serta dengan pelbagai demonstrasi dan rampasan kunci dek kekangan masa dan sering out-station.

Baru-baru ini, pada bulan 7, 2013 beliau telah menerima sepucuk surat dari pemaju yang meminta beliau mengambil kunci rumah tetapi dengan syarat beliau perlu membuat bayaran deposit penyelenggaraan dua bulan sebanyak RM264.00. Bayaran telah dibuat. Tetapi apabila beliau pergi untuk mengambil kunci di Blok F yang masih terbengkalai, pihak yang memegang kunci memaklumkan beliau perlu membuat bayaran lagi untuk deposit bil api dan air, kos bank lewat bayar, CUKAI PINTU DAN CUKAI TANAH yang kesemuanya berjumlah sebanyak RM1,200.00. Dahulu di Blok F, pemaju menjanjikan kolam renang disediakan di situ, tetapi kini yang ada hanyalah besi berceracak dan paku-paku dan besi tajam yang bergelimpangan. 
Cara nak dapatkan panggilan PERCUMA dan lebih masa online di Facebook. #TIMETOTAKECHARGE


Talam Corporation Sdn. Bhd., IntelBest Corporation, Damai Bistari Sdn. Bhd., Ukay Bistari, RUMAH TIDAK SIAP, PERLU BAYAR CUKAI TANAH DAN CUKAI PINTU?, AKTA, UNDANG-UNDANG,
SUMBER
Talam Corporation Sdn. Bhd., IntelBest Corporation, Damai Bistari Sdn. Bhd., Ukay Bistari, RUMAH TIDAK SIAP, PERLU BAYAR CUKAI TANAH DAN CUKAI PINTU?, AKTA, UNDANG-UNDANG,
SUMBER
Talam Corporation Sdn. Bhd., IntelBest Corporation, Damai Bistari Sdn. Bhd., Ukay Bistari, RUMAH TIDAK SIAP, PERLU BAYAR CUKAI TANAH DAN CUKAI PINTU?, AKTA, UNDANG-UNDANG,
SUMBER
Beliau yang datang sekeluarga dan anak-anak yang masih kecil, berasa hampa, terkejut dan marah. Kenapa pula RUMAH TIDAK SIAP, PERLU BAYAR CUKAI TANAH DAN CUKAI PINTU? Beliau lantas menghubungi pemaju dan meminta penjelasan. Kata pihak pemaju, cukai pintu dan cukai tanah itu adalah bermula dari tahun 2003. ??????? Beliau bertanya kepada saya : Wajarkah RUMAH TIDAK SIAP, PERLU BAYAR CUKAI TANAH DAN CUKAI PINTU? Ada akta atau undang-undang barukah? Kenapa dan mengapa pembeli dibebankan sebegini? Sudahlah perlu membayar pinjaman bank setiap bulan, ditambah lagi dengan bayaran untuk RUMAH TIDAK SIAP, PERLU BAYAR CUKAI TANAH DAN CUKAI PINTU? Bagi yang kaya-raya, wang sebanyak RM1,200.00 memang tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana dengan mereka yang wang gaji hanyalah cukup-cukup makan sahaja?

Saya kurang bijak dan arif tentang hal ini bagi membantu rakan saya ni. Oleh itu, saya mohon pendapat dari rakan-rakan blogger untuk memberi sebarang pendapat tentang perkara ini.
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 orang yang sudi komen:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *