As salam. Ada blogger tanya saya bagaimana saya tahu peserta Mini Giveaway Birthday ieta (sila klik) add google+ saya selaku pengendali dan salah seorang Mini GA tersebut?
Senang sangat sebenarnya... Meh sini nak cerita bagaimana?
Sebenarnya, ada 2 cara. Cara pertama, semua aktiviti dalam blog saya samada diruang komuniti, chatting dan sebarang komen pembaca termasuk yang add saya atau tidak semuanya masuk ke dalam e-mel saya. Ha... dari situlah saya dapat kesan semuanya.
Cara ke dua, lihat gambar di bawah ini.
1. Bila saya letakkan kursor pada nama peserta, terus keluar gambar nombor 2 dan secara automatik akan terpapar dalam tulisan berwarna hijau peserta tersebut telah add google+ saya atau belum mengikut kategori yang telah saya tetapkan.
Sebaliknya jika peserta tidak add google+ sponsor, akan berlaku seperti gambar di bawah
3. Letak kursor di nama peserta. 4. Ruang yang ada perkataan Add berwarna putih |
Memang mudah segalanya dengan google+. Hah, siap sudah entri Tutorial MENGETAHUI ADD GOOGLE+ ATAU TIDAK
Update 12.38 pm : Buat entri mudah tapi nak blogwalking, perlu ambil masa yang sesuai... Maklumla... banyak tanggungjawab perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum blogwalking.
Update 12.38 pm : Buat entri mudah tapi nak blogwalking, perlu ambil masa yang sesuai... Maklumla... banyak tanggungjawab perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum blogwalking.
No comments:
Post a Comment
1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.
2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁
Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^