PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

10 Perkara Tentang Rokok Tak Sah di Malaysia

As salam. Saya pasti ada yang sudah tahu mengenai 10 Perkara Tentang Rokok Tak Sah di Malaysia. Tetapi saya pasti juga ramai yang tidak tahu ataupun tidak ingin ambil tahu. Tahukah anda mengenai fakta-fakta berkenaan rokok seludup atau kontraband di Malaysia? 

Anda mungkin akan pelajari beberapa perkara yang baru di sini... Tak salah rasanya saya kongsikan kepada anda tentang 10 Perkara Tentang Rokok Tak Sah di Malaysia ini. 10 perkara tersebut ialah :
1. Malaysia pengguna rokok tak sah ke-3 tertinggi di antara 11 negara Asia (ITIC & Oxford Economics 2013)
rokok, msays, politics, money, cigarettes,ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, KESIHATAN

  • - Pedagang rokok haram menjadikan Malaysia sebagai sasaran berikutan keluasan pasaran dan mempunyai permintaan tinggi berbanding dua negara yang memiliki harga penjualan rokok termahal di Asia Tenggara

  • 2. 34.5% jumlah rokok yang terjual di Malaysia adalah tak sah (ITIC 2013)
rokok, msays, politics, money, cigarettes,ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, KESIHATAN

3. Aktiviti penjualan rokok tak sah di Malaysia terbahagi kepada dua:

  1. "Rokok tak sah" atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini.
  2. "Rokok kontraband" adalah produk yang diimport untuk jualan komersil tetapi tidak dibayar cukai kepada negara.

4. Di Malaysia, 'rokok tak sah' BUKAN bermaksud jenama rokok seperti Marlboro, Dunhill

rokok, msays, politics, money, cigarettes,ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, KESIHATAN

    • rokok, msays, politics, money, cigarettes,ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, KESIHATAN

5. Apa yang dimaksudkan adalah rokok yang dihasilkan secara murah seperti jenama John, Luffman, Gudang Garam, Canyon, Era, League etc...

  • Kata Timbalan Ketua Pengarah KDRM, melalui kajian dilakukan mendapati sejak 2002 hingga 2011, penjualan rokok sah menurun sebanyak 32 peratus manakala dalam tempoh sama penjualan rokok tidak sah meningkat sebanyak 62 peratus terutama rokok Gudang Garam, John, Canyon, Era dan League.

7. Rokok seludup kebanyakannya dijual oleh pendatang asing dari Indonesia dan Filipina

  • Kata Penolong Pengarah Kastam, Mohd Fadzly Abdullah, rokok seludup biasanya dijual pendatang tanpa izin dari Filipina di sekitar Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan, Tawau, Inanam, Menggatal dan Ranau
  • Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Abdul Manaf Othman, "Kesemua rokok ini juga dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran di kawasan Lahad Datu."

8. Rokok tak sah adalah cara paling lumayan untuk mendanakan jenayah terancang dan aktiviti pengganas. Permintaannya tinggi, untung tinggi dan penaltinya rendah

  • IPOH: Sekumpulan penjenayah yang menaiki kereta jenis Toyota Alphard dan Proton Perdana bertindak mengepung sebuah van yang membawa rokok sebelum melarikan van berkenaan.
Big thumb bd7d
  • Persekutuan Pengeluar-pengeluar Tembakau Malaysia (CMTM) merasakan saranan untuk menaikkan cukai rokok sehingga sebanyak empat kali ganda merupakan cadangan eksais tembakau yang ekstrem yang menguntungkan sindiket jenayah. 
  • Berjuta-juta daripada pendapatan dagangan haram tembakau telah disalurkan kepada al-Qaeda, organisasi Taliban dan pertubuhan pengganas yang lain, dan kini turut membiayai pemberontak Congo bagi tujuan pengambilan anggota tentera yang terdiri daripada kanak-kanak, perlakuan merogol dan membunuh secara berleluasa.
  • Terdapat bukti jelas dan menyakinkan bahawa sebahagian besar dana daripada pendapatan berbilion dollar daripada dagangan menyeludup masuk rokok dunia, disalurkan kepada rangkaian pengganas serta jenayah terancang antarabangsa.

9. Rokok tak sah dijual pada separuh harga rokok asli dengan harga RM3.50 sepaket. Ini bermakna, ia lebih mudah dibeli oleh remaja bawa umur

rokok, msays, politics, money, cigarettes,ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, KESIHATAN
Orang tua hisap rokok mananya anak muda tak ikut...
  • Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengakui penjualan secara berleluasa rokok haram akan membantutkan usaha kerajaan untuk mengekang keupayaan membeli rokok, terutama remaja dan pelajar berumur 18 tahun ke bawah. 

10. Rokok tak sah mungkin ada satu atau lebih dari ciri-ciri berikut 

SHARE

Cikgu ieta Sales Person Kelas Instagram Advance Online & Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 4)

Hai. Saya Cikgu ieta. Full Time Blogger, Internet Marketer dan Motivator Nasihat Niaga. Saya merupakan Sales Person Kelas Online Instagram Advance & Ebook Saka 4.0 milik Sifu Ajim Aura. Saya mengajar Kelas Blog dan Teknik Penulisan secara Personal Coaching One to One dan Group Coaching secara Online. Saya Leader kepada beberapa Group Laman Sosial dan Admin beberapa Group Di Telegram dan WhatsApp. Mempunyai 5 orang anak. Suami Pembantu Tadbir di Syarikat Semi Government. Saya Phrolapse Intervetebral Disc (Slipped Disc) bermula 17/4/2017. Kini Suri Rumah dan Blogger Full Time Online.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 orang yang sudi komen:

  1. sah ke tak sah..org ttp suka isap rokok... bdk2 sekolah pun dh rmai jadi perkok tegar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Maria. Nak buat macamana... undang2 tak kuat...

      Delete
  2. Nasib baik suami saya tak suka merokok...Arwah bapa mentua dulu suka merokok, Alhamdulillah anak2 dia tak ada yg merokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Suami saya pun tak merokok :)

      Delete
  3. Yang sah pun dah tak baik untuk kesihatan, lagikan yang seludup...ramai anak kecik2 skang awal sekolah rendah lagi merokok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merokok memang membahayakan kesihatan tapi ramai yang suka dan tak kisah pun merokok. Murid-murid sekolah rendah pun dah pandai merokok cikgu...

      Delete
  4. Hmmm..macam-macam..Benda tak berfaedah elok dihentikan saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak berfaedah rokok ni tapi ramai yang ambil mudah dan tak kisah. Sedihkan?

      Delete
  5. Tanpa sedar dia orang dah menyumbang kepada kegiatan jenayah...hmmmm

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *