14 PERKARA UTAMA BAJET 2014

As salam. Hari Jumaat lalu 25/10/2013, 14 PERKARA UTAMA BAJET 2014 telah pun dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia selaku pemimpin negara dari parti utama negara iaitu Barisan Nasional.

14 perkara utama Bajet 2014 ini telah dilaporkan oleh akhbar Kosmo pada hari Sabtu, 26 Oktober, 2013 lalu melalui tajuk Sekilas Bajet 2014.

Berikut adalah 14 perkara utama Bajet 2014 yang Perdana Menteri Malaysia telah bentangkan :
  1. BONUS setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.4 juta penjawat awam dan akan dibayar pada awal bulan Januari 2014.
  2. GOLONGAN PESARA terima bantuan khas kewangan RM250.
  3. PELEPASAN CUKAI KHAS RM2,000 untuk pembayar cukai yang pendaptan bulanan sehingga RM8,000.
  4. SUBSIDI GULA 34 sen sekilogram DIMANSUHKAN berkuatkuasa hari ini (hari bajet dibentangkan).
  5. BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 diteruskan untuk pelajar sekolah menengah dan rendah.
  6. BAUCAR BUKU 1 Malaysia sebanyak RM250 kepada pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi.
  7. BR1M kepada SEISI RUMAH berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah ditingkatkan kepada RM650 daripada RM500.
  8. BR1M bagi INDIVIDU bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendaptan tidak melebih RM2,000 sebulan dinaikkan kepada RM300 daripada RM250.
  9. PERUNTUKAN RM1bilion untuk Perumahan RAKYAT 1Malaysia (PR1MA) bagi menyediakan 80,000 unit rumah pada harga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
  10. RM22 Bilion diperuntukkan kepada polis dan tentera.
  11. CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN dimansuh, digantikan dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa 1 April 2015 dengan kadar 6%.
  12. INSENTIF RM500 sekali bayar kepada pencarum SKIM PERSARAAN SWASTA (PRS) yang mempunyai pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dalam tempoh setahun.
  13. PEMBAYAR CUKAI yang membuat potongan cukai bulanan (PCB) tidak perlu kemuka borang cukai pendapatan jika berpuas hati terhadap PCB yang dianggap sebagai cukai muktamad.
  14. Dalam usaha mengekang kenaikan harga rumah, kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) dinaikkan sebanyak 30% bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh tiga tahun.
Saya bukanlah orang yang layak untuk membahaskan secara terperinci Bajet 2014 ini. Jadi, saya hanya menulis kembali apa yang telah saya baca dan telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia supaya mudah menjadi bahan rujukan orang lain juga diri saya kelak.

ashadee.com, mesin komisyen

Comments

  1. ALhamdulillah... syukur aje apa yg ada... hidup smntara aje di dunia kan..

    Nice info kak.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.