PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Bagaimana cara saya update blog?

Bagaimana cara saya update blog?
Bagaimana cara saya update blog?, SIAPA BLOGGER ieta?, cara saya update blog, PANDUAN BLOGGING, SEO TIPS, Tips Blogging,
Bagaimana ya? Ramai yang hairan. Hehe...
Kawan-kawan hairan bila masa saya update blog?

Beberapa orang rakan sering bertanya kepada saya bagaimana cara saya update blog? Sebenarnya, saya pernah kongsikan di dalam entri SIAPA BLOGGER ieta? secara ringkas. Mungkin sebagai panduan buat blogger baru maka, saya kongsikan bagaimana cara saya update blog.

Ada beberapa cara saya update blog. Oleh kerana dahulunya saya tidak memiliki smartphone (jujur gitu... hehe...) dan sekarang ni PC pula rosak, maka inilah kaedah yang sering saya gunakan.

10 cara update blog.
  1. Postkan ke dalam facebook dahulu apa sahaja yang berada diminda.
  2. Savekan apa sahaja yang berada dalam minda ke dalam ruang nota dalam handphone kemudian e-melkan ke dalam mana-mana akaun e-mel saya kemudian, copy paste ke dalam blog dan update hingga sempurna entri tu.
  3. Teruskan menaip di PC tanpa buat apa-apa deraf untuk buat entri terkini..
  4. Buat pelbagai entri seminggu sekali dan setkan tarikh untuk dipublish secara auto publish (schedule entry). Yang ni, memang selalu saya buat lebih-lebih lagi bila saya sibuk dengan baby atau final exam dan bercuti. Entri blog ni boleh schedule tau. Entri kita akan publish pada masa tertentu. 
  5. Saya tidak menaip entri blog semasa bekerja. Nanti ada masa, saya Printscreen yang schedule tu. Jika saya update entri tengah malam, kebiasannya saya akan schedule entri itu publish pada waktu pagi. Cuma yang kurang bagusnya enti scedule ni, g+ lambat kesan.
  6. Update entri waktu anak-anak dah tidur.
  7. Update entri atau derafkan dahulu entri waktu balik tengahari sebelum kembali ke sekolah di sesi petang. Bila free, edit dan publish.
  8. Update bila saja rasa nak update, pastikan dengan niat yang tulus ikhlas.
  9. Update sambil-sambilan menyiapkan assignment dan sambil-sambilan study. Sayakan blogger part time... so, pandai-pandailah nak hidup... he... tapi saya bukan reporter tau...
  10. Terkini, saya gambarkan dan tulis di instagram. Best tau ^__^
Apapun, yang penting ialah berfikirlah sebelum publishkan sesebuah entri yang ingin dipaparkan agar tidak menjadi bahan tohmahan dan menyusahkan diri sendiri. Keep up blogging :) Beginilah cara saya update blog? Anda bagaimana?



SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

30 orang yang sudi komen:

  1. saya... kalau entri formal yg melibatkan fakta tertentu memang kena deraf sikit dulu..tak banyak info mesti kena study/googel lah hihi .dan entri spontan/santai biasanya pendek2..style ni yg lebih sy suka..taip apa yg terlintas utk share tp sebelum publish recheck especially kalau2 ada typo... dan jujur sy suka baca entri ringkas. (sy tiada entri simpanan deraf dan jarang auto publish).

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka dengan entri ringkas tapi dah terbiasa nak taip seringkas mungkin, lastly jadi panjang lebar. hehe

      Delete
  2. Assalam. Terima kasih publishkan info ini ya.

    ReplyDelete
  3. Salam juaat kak eita..sya lbih sukakn blog santai dan spontan.yang kebykkn penulisannya lebih snang sya fahami..sya juga jrg auto publish :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Santai dan spontan itu lebih bagus. In Shaa Allah lepas ni lebih santai dan spontan. Terima kasih adrianna :)

      Delete
  4. Saya pulak nak share ni. Simpan dlm draf. Simpan dlm e-mail pastu baru publish haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pasti, draf dalam blog akak memang tersangatlah banyaknya. haha

      Delete
  5. kalau akak, kekdang taip dalam word dulu..Tp email pun ada gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam draf juga tu kan. Terima kasih ya sudi berkunjung :)

      Delete
  6. SALAM JUMAAT KAK IETA :)
    heee shakira lebih kurang la cam tu jgk tp tak pernah lg auto publish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. auto publish tu schedule kan entry sebenarnya :)

      Delete
  7. sekarang muja banyak buat scheduled post,, sebab time muja tulis adalah time yang tak berapa sesuai untuk dipublish terus,, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak selalu scheduled post, tu yg akak namakan auto publish. hehe

      Delete
  8. No. 7 tu terbaik...nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu cuba yg terbaik utk sampaikan maklumat dan apa sahaja. Terima kasih Elih sudi berkunjung :)

      Delete
  9. Sy plak byk guna mobile blogging... Sbb byk idea spontan... Klu fakta mmg simpn dlm draf..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh... nice sharing. Terima kasih Maria :)

      Delete
  10. Ok noted sis..and tq berkongsi idea ya..

    ReplyDelete
  11. kalau saya main taip je..tak de simpan2..hehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu namanya spontan. Memang best macamtu :)

      Delete
  12. Assalamualaikum...
    Kalau nas, save dlm draft atau microsoft.... klau tak save draft terlupa nk update apa... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.
      hehe, janji ada draft. thanks berkongsi idea :)

      Delete
  13. ohoh..kdg2 idea dtg tnpa dipintaa dan xmncul2 walaupun di pinta..hehehe

    ReplyDelete
  14. thx atas info cara update blognya

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *