PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

KISAH SEBELUM HARI RAYA 'IDUL ADHA

As salam. Selalu orang buat cerita tentang kisah sebelum Hari Raya 'Idul Fitri kan? Harini, saya nak cerita tentang KISAH SEBELUM HARI RAYA 'IDUL ADHA. Tak special manapun... Tapi cukuplah untuk dibuat se entri... kan...?

Begini kisah sebelum Hari Raya 'Idul Adha saya... Pagi semalam baby saya yang berusia 9 bulan bangun awal sangat. Jam 3 pagi. Setelah selesai urusan menidurkannya semula, tup tap dah subuh... Biasalah kan, bila dah subuh tu, solatlah macam biasa... Than selepas suami hantar baby dan anak ke 4 ke rumah pengasuh, saya pun hantar suami ke putra LRT. Anak-anak yang 3 orang lagi tu nak makan roti canai dan roti telur lah pula... Jadi, saya pun bawalah makan di kedai je... Memang mereka suka sangat dengan roti canai dan roti terlur. Saya pun sama juga. Hari cuti, bolehla... Sesekali bawa anak makan di luar syok juga. Tak perlu basuh pinggan mangkuk dan banyak kerja lain boleh buat di rumah. Dah kenyang makan, balik rumah...

Perkara pertama saya lakukan ialah, rebus ketupat. Sambil tu, saya belek dalam blog entri deraf apa yang ingin saya paparkan dalam blog saya. Akhirnya, siap juga entri PANDUAN HIDUP BERMASYARAKAT DAN BEKELUARGA. Dalam sedang menyiapkan entri tu, saya terima private message dari seorang kenalan di facebook saya "nak minta design ucapan hari raya boleh?".  Mulanya saya tolak sebab takut tak sempat nak siapkan memandangkan saya sedang edit iklan untuk ditampalkan ke dalam blog saya ni. Tapi fikir punya fikir... boleh jugalah, apa salahnya mencuba...

Nak tahu? senang sahaja rupanya... Saya hanya gunakan microsoft power point, copy paste dan crop gambar-gambar yang dah sedia ada. Just simple ucapan raya. Tara...


KAD UCAPAN ONLINE KEDAH MUSLIM SHOP, KEDAH MUSLIM SHOP , bisnes online, IKLAN JANA WANG ONLINE, KISAH RAYA, PANDUAN BLOGGING, PANDUAN HIDUP, microsoft power point
simple kan? setengah jam buatnya sebab ni first time
Okayh, kad dah siap, entri pun dah publish. Belek facebook dan blogwalking sikit yang mana sempat. Rebus ketupat disiapkan sambil melayan 3 orang anak makan tengahari. Suami balik je dari kerja, buat air hidang (eh,eh, detaillah pula...) dan terus siapkan bahan-bahan untuk rendang daging. Time solat, solat lah kan... Sebelum maghrib, siap rendang daging sempoi saya... dibantu pada saat akhir oleh suami memandangkan saya dah tak larat berdiri... Penat weyh... dari pagi non stop berblogging sambil wat kerja editing dan kerja-kerja rumah. Tapi, happy what... 

Selepas solat maghrib, sambung pula rebus ketupat palas Adabi je... Jadilah kan... dari takde langsung... Cukuplah ya.... lainkali saya update entri rendang sempoi saya na...


KAD UCAPAN ONLINE KEDAH MUSLIM SHOP, KEDAH MUSLIM SHOP , bisnes online, IKLAN JANA WANG ONLINE, KISAH RAYA, PANDUAN BLOGGING, PANDUAN HIDUP, microsoft power point

SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

12 orang yang sudi komen:

  1. selamat hari raya juga kepada ieta sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  2. salam aidiladha 1434h....

    ReplyDelete
  3. Kenapa idul adha kenapa tak Aidiladha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sebutan sebenar dlm bhs Arabnya عِيْدُ الاءَضْحَى

      Delete
  4. selamat hari raya aidiladha :) btw, follow sini :)

    ReplyDelete
  5. sehari sebelum raya...kmas rumah..malamnya g jenjalan... esoknya lepak je kt rumah.. xde sgt feelingrya sbb x blik kg... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun... dah dewasa mmg kurang feel nak beraya lebih2 lagi arwah emak dah takde... always je pura2 happy... huhu...

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *