PANDUAN HIDUP BERMASYARAKAT DAN BEKELUARGA

As salam. Mungkin apa yang ingin saya tulis di bawah ini tidak menarik untuk dibaca. Namun, sudah saya nyatakan, saya memang suka berkongsi apa sahaja asalkan bermanfaat buat buat sesiapapun yang secara tidak sengaja bertandang ke Blog ieta ataupun yang memang pengunjung setia Blog ieta. Panduan Hidup Bermasyarakat dan Bekeluarga menjadi topik utama saya tengahari ini.


Panduan Hidup Bermasyarakat dan Bekeluarga, hidup bermasyarakat, hidup bekeluarga
Cuba lihat, siapa yang sering bergaduh atau berkelahi?
Setiap perkara perlukan panduan dan kadangkala menjadi bahan rujukan. Panduan Hidup Bermasyarakat dan Bekeluarga bukanlah perkara tidak pernah kita dengar atau tidak pernah kita baca... Tetapi, seringkali sebagai manusia, sering kita terlupakannya. 

Sedikit panduan hidup dari saya. Bila kita hidup bermasyarakat mahupun hidup bekeluarga... sebaiknya... Jaga lidah jagalah tutur dan kata. Pelihara adab budi bahasa. Hormati orang yang lebih tua. Kasihi mereka yang muda belia. Elakkan hati bersangka-sangka. Jauhi gossip sini dan sana. Terima nasihat, berlapang dada. Tak perlulah bermasam muka. Apatahlagi kata mengata, hasut menghasut sini dan sana. Muhasabah diri, tak perlulah menyalahkan sesiapa.

Namun, sesekali yang bernama manusia itu perlu disedarkan. Melalui sindiran ataupun herdikan. Kerana bukankah manusia itu Nisyan... Sering terlupa dan terleka jika tiada sebarang teguran? Ada juga manusia yang punya aqal dan fikiran. Tidak nampak kenapa sindiran dan herdikan ditujukan. Tak kisahlah pun siapa yang memberi teguran... Sepatutnya, kaji dan fikirlah kenapa kata-kata atau tulisan itu dilontar dan dipaparkan... Bukannya kita bersikap keji-mengeji dan hasut menghasut secara berterus-terusan. 

Kasihanilah pada mereka yang juga punya perasaan. Ingat kita sajakah yang ada hati dan perasaan? Hingga perasaan oranglain tak perlu difikirkan? Usahlah terlalu mengikut perasaan... So, fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Usah asyik cari oranglain punya kesalahan. Takkan perkara yang kecilpun nak diperbesar-besarkan... Sempena Hari Raya 'Idul Adha, eloklah kita bermaaf-maafan. Leraikanlah segala kekusutan. Tak luka dan tak calar sedikitpun jika merendah diri untuk meminta maaf ataupun memaafkan...

Wassalam...

Jom Jana Wang Anda
  1. Dapatkan Panduan Asas SEO di sini
  2. Ketahui teknik SEO di sini
  3. Jom buat Duit dengan Jom Niaga
  4. Jom Buat Duit Online dengan 8share
  5. Kerja Di Rumah lagi Best!
  6. Ingin Tahu Bagaimana Anak Pintar Cerdas? Klik jer...?

Comments

  1. Betul tu ieta, akak setuju sangat. Jagalah tutur bahasa kita dalam bermasyarakat ni, jangan melukakan hati saudara mara, kawan-kawan dan jiran dengan kata-kata yang tajam dan bisa

    ReplyDelete
  2. Assalam - bagus entri ini. Membacanya ada pencerahan. Elok sebagai panduan. Semoga memberi inspirasi buat semua pembaca.

    http://perjumpaanmeeting.blogspot.com/2013/10/pengorbanan-fizikal-dan-perasaan_14.html?m=1

    ReplyDelete
  3. hidup bermasyarakat dan hidup berkeluarga ni banyak yang perlu diambil kira kan?

    ReplyDelete
  4. hubungn dgn Allah mdh nk jga..tpi hbgn dgn mnusia wajib diambil kira...

    ReplyDelete
  5. betul tu perasaan orang lain juga kita harus jaga. suka entri ini

    ReplyDelete

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.