RESEPI RENDANG DAGING SEMPOI ieta

RESEPI RENDANG DAGING SEMPOI ieta
RESEPI, Masakan tradisional, RENDANG DAGING, MASAKAN, RENDANG DAGING SEMPOI ieta, Rendang daging sempoi
Rendang daging memang sedap dimakan terutama bersama keluarga tersayang :)
As salam. Setiap kali menjelang raya, mesti saya google bahan untuk buat rendang. Akhirnya, saya putuskan, buat resepi sendirilah... Muatkan dalam blog ni. Mudah nak mencari di tahun-tahun akan datang... kan...? Resepi RENDANG DAGING SEMPOI ieta ni lebih kurang sama sahaja bahannya. Cuma ada tambahan sedikit je.

Jom tengok, apa bahan-bahan RENDANG DAGING SEMPOI ieta. Rendang ni, waktu teringin, bila-bila pun boleh masak. Janji ada bahan... Dahtukan... tepek dalam roti pun sedap... Maaaaavvvvelessss...


Bahan-bahan RENDANG DAGING SEMPOI ieta
  1. Bawang merah / bawang besar
  2. Bawang putih
  3. Halia
  4. Serai
  5. Kunyit
  6. Lengkuas
  7. Cili padi
  8. Cili merah
  9. Cili kering
  10. Daun Kunyit 
  11. Daun Limau Purut 
  12. Santan 1/2 kilo
  13. Kerisik (2 peket)
  14. Gula merah / gula kabung
  15. Daging 1 kilogram (dibasuh dan dipotong ikut citarasa sendiri.)
  16. Garam
  17. Minyak untuk menumis (of course le kena ada...)
Cara-cara memasak
  1. Bahan 1 hingga 9 dikisar. Ikut sukahati, nak kisar betul-betul hancur atau kasar, terpulang...
  2. Daun kunyit dan daun limau purut, hiris halus, tak suka tak perlu.
  3. Panaskan minyak.
  4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
  5. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering. Basuh dulu tau, sebelum masuk ke dalam kuali...
  6. Bila dah kering air daging, barulah masukkan santan.
  7. Apa sahaja masakan, perlu masukkan garam secukup rasa.
  8. Akhir sekali, masukkan kerisik dan gula kabung.
  9. Akhir sekali, kacau supaya tidak hangit rendang tu ya. 

RESEPI, Masakan tradisional, RENDANG DAGING, MASAKAN, RENDANG DAGING SEMPOI ieta, Rendang daging sempoi
Haaa... kali ni, dapat juga ambil gambar Rendang daging sempoi ni...Dalam kuali lagi...

RESEPI, RENDANG DAGING, MASAKAN, Rendang daging sempoi, RENDANG DAGING SEMPOI ieta
Rendang daging sempoi ieta ni sedap dimakan dengan nasi impit...

Tak tau la sedap tak... tapi emak mertua kata masa makan raya haji tahun 2013, "makin bertambah maju dah..." hehe...


RESEPI, RENDANG DAGING, MASAKAN, rendang daging sempoi,  RENDANG DAGING SEMPOI ieta

Rakan fb saya, Echah Wanjah sudah mencuba resepi RENDANG DAGING SEMPOI ieta ni.. hehe...

RENDANG DAGING memang wajib dihidangkan pada saban tahun sewaktu Hari Raya. Anda pernah masak atau makan rendang tak? Rendang daging apa tahun ini menjadi pilihan anda ya?

Comments

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.