29 November 2013

10 PUNCA PAGEVIEW BLOG MERUDUM

As salam. Terdapat beberapa 10 punca pageview blog merudum. Namun itu bukanlah penyebab seorang blogger hilang semangat untuk terus menulis, melahirkan idea, pendapat dan bercerita apa sahaja yang berada dalam kotak pemikirannya.

27 November 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

As salam. Memenuhi jemputan blogger hebat abad ini, +Mia Liana , saya menyertai Giveaway hebat yang bertajuk Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda. Secara tidak langsung juga, ini merupakan ilmu tentang kesihatan yang ingin diketahui oleh ramai wanita.

26 November 2013

BANGGA DIRI

As salam. Pernahkah anda merasa bangga diriTeringat tazkirah seorang ustaz yang mengajar saya di sekolah pondok dahulu. Saya tidak ingat samaada ianya hadis ataupun pepatah arab. Katanya "Riak menghapuskan amalan, seumpama api memakan dedaun yang kering".

19 November 2013

KOMEN ANONYMOUS

As salam. Banyak betul komen anonymous yang masuk ke ruang Spam. Bagusnya blog berhosting blogspot ni, semua komen yang ada ditapis dahulu.

14 November 2013

MENEGUR BIAR BERHIKMAH

MENEGUR BIAR BERHIKMAH

Berfikirlah sebelum publish, mini Giveaway, Menegur biar berhikmah, adab menegur, Cara menegur, contoh perkara mengaibkan
Menegur biar berhikmah tajuk yang ingin saya sentuh hari ini. Walaupun ini kisah lama semasa saya baru² belajar blogging namun ia tetap saya jadikan pengajaran.

Baiklah untuk hari ini, saya ingin berkongsi satu perkara iaitu menegur biar berhikmah

Bagaimana tu ya? Okay, saya ambil satu CONTOH. Saya pernah buat satu mini Giveaway pada beberapa bulan dahulu dan mini Giveaway itu telah ditaja oleh beberapa orang blogger. Salah seorang adalah pemilik Restoran Arab yang terkenal. Seorang pemilik sebuah syarikat, seorang pekerja syarikat swasta, seorang pelajar dan seorang lagi suri rumah sepenuh masa. Kesemua mereka bukanlah blogger full time dan ada yang tidak pernah menaja mana-mana segmen ataupun Giveaway termasuklah saya... Kami semua naif dalam bab-bab menjadi penaja yang diminati dan disukai ramai. Saya buat mini Giveaway tu pun, sekadar suka-suka sahaja... sempena birthday saya. So dah ada yang sudi menaja, pada saya, itu pun dah amat saya rasa bersyukur sangat-sangat. Saya tak ada masalah pun samada mereka nak promote atau tidak di dalam blog mereka mini Giveaway saya tu. Sebab saya tahu antara mereka, ada yang kurang mahir dalam berblogging mahupun menjadi penaja. Hampir ke semua penaja saya tu blogger part time. Termasuklah saya. Saya tak kisah pun.

Al-kisahnya, ada seorang blogger yang tak pernah saya kenali telah membuat sebuah entri yang kononnya menegur penaja mini Giveaway saya melalui blognya yang mengkritik penaja-penaja mini Giveaway saya. Untuk mengelakkan salah faham dan sebarang tanggapan buruk, kesemua komen beliau di dalam entri mini Giveaway saya tu. Blogger ini tidak pernah sekalipun menyatakan beliau mahu sponsor blog saya. Tetapi yang maha peliknya, beliau telah mempromosi di dalam entri blognya dan mengkritik penaja-penaja mini Giveaway saya tanpa memaklumkan atau menghubungi saya terlebih dahulu, di mana semua orang boleh baca dan dalam entrinya itu, beliau telah linkkan terus ke entri mini Giveaway saya.

Kali pertama beliau mengkritik telah saya ingatkan dalam entri beliau, apa-apa hal, maklumkan dahulu atau private message saya dahulu. Malangnya beliau tidak berbuat sedemikian. Saya tertunggu-tunggu juga private message dari beliau. Semalam, saya baru terjumpa private messagenya di dalam facebook saya dalam bahagian lain-lain. Itupun entri ke dua beliau mengkritik saya dan penaja-penaja mini Giveaway saya telahpun dipaparkan dan terdapat 5 komen di dalam entri tersebut. Saya cuba untuk komen di dalam entri itu tetapi ruang komen telah diblock. Dalam entrinya yang ke dua itu juga mempertikaikan kenapa saya tidak memilih salah sorang peserta yang tidak mengikut syarat meletakkan coding seperti yang saya arahkan untuk memudahkan peserta agar tidak perlu bersusah payah memikirkan ayat. Beliau tidak bertanya kepada saya direct tetapi sebaliknya publish terus dalam entri beliau. 

Inilah sejenis perkara negatif dan toksid di kalangan Blogger. Gemar memburukkan saya. Perkara boleh selesai cara baik hendak diperbesar-besarkan. Gila isim Blogger sengal ni rupanya.

Saya ada alasan tersendiri kenapa saya tidak memilih mereka yang menyertai giveaway saya sebagai peserta. Ramai yang tidak ikut syarat-syarat mini Giveaway tu. Sungguh tidak adil jika saya meluluskan peserta-peserta yang tidak mematuhi arahan atau syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sedangkan ramai lagi yang telah tersenarai mampu dan sanggup akur pada arahan saya yang simple, hanya tepek coding. Tak susah manapun... Even dipautkan kepada entri mini Giveaway saya sekalipun, tetapi tidak ikut syarat... kan tak adil jika terpilih sebagai peserta sedangkan seramai 35 orang peserta lain boleh pun buat. Saya juga pernah memyertai pelbagai segmen dan Giveaway masa baru-baru berblogging dulu. Tak jadi masalah pun untuk tepek coding dan ikut arahan. Kalau tidak mahu sertai, tidak perlu buat. Mudah sahaja. Tidaklah susah payah nak add atau follow blog saya selaku penganjur dan penaja mini Giveaway saya tu.

Sejujurnya, saya tidak suka sikap masuk campur, kritik tanpa bertanya dan publish dalam laman sosial atau laman web / blog perkara yang menginggung perasaan ramai pihak yang lain dengan menyebut terang-terangan apatah lagi, linkkan terus ke blog saya. Saya tidak perlukan publisiti murahan, saya tidak perlukan sebarang entri memburuk-burukkan sesiapa untuk dilinkkan ke dalam blog saya. Saya guru agama, saya cuba ikut hukum dan yang dibenarkan oleh agama Islam. Walaupun saya guru agama, saya pun manusia biasa. Tidak lepas dari salah dan silap. Saya bukannya malaikat. Saya tidak kisah orang nak kata saya apapun, nak keji saya apa pun sebab saya tahu saya tak hebat mana. Tapi, bila orang kritik oranglain yang berkaitan dengan saya, memang saya TIDAK SUKA! Tapi baguslah tu. Fikir positif sebenarnya beliau menegur.

Berfikirlah sebelum publish, mini Giveaway, Menegur biar berhikmah, adab menegur, Cara menegur, contoh perkara mengaibkan
Begitulah sepatutnya.


Saya memang pernah beberapa kali berkunjung ke blog blogger ni, tapi semata-mata membalas kunjungan beliau ke blog naif saya ni dan mengintai jawapan kenapa beliau berbuat sedemikian. Tetapi tak jumpa pun. Sehinggalah semalam 12/11/2013 baru saya terjumpa. Itupun mengkritik penaja-penaja mini Giveaway saya dan cara saya membuat pemilihan peserta. Saya tidak pasti apa tujuan beliau berbuat demikian? Adakah berniat memburuk-burukkan saya ataupun memburuk-burukkan penaja-penaja mini Giveaway saya? 

Memang benar beliau kata menegur... Tetapi wajarkah beliau masuk campur urusan saya dan memprovokasi orang lain melalui entrinya? Nak menegur, biarlah secara privacy. Bukankah lebih baik menegur secara berhikmah? Tanyalah dahulu, selidiklah dahulu. Baru nak buat apa-apapun. Kan? Bayangkan jika anda dibuat sebegini, apa perasaan anda?



ENTRI BERKAITAN : BERFIKIRLAH SEBELUM PUBLISH

12 November 2013

BUKU PROGRAM, IKLAN DAN BLOG

As salam. Sebenarnya saya sedang menyiapkan buku program, iklan dan blog. Sebenarnya juga saya jadi tak keruan, yang mana satukah harus saya siapkan dahulu....

11 November 2013

SEGMEN BLOGLIST MA'AL HIJRAH 1435H

Sticky post, sila scroll ke bawah untuk entri selanjutnya atau tekan perkataan HOME di page tab blog ieta. As salam. Sempena bulan Ma'al Hijrah ini, saya buat SEGMEN BLOGLIST MA'AL HIJRAH 1435H untuk mencari blogger yang rajin bertandang ke Blog ieta dan sudi tersenarai ke dalam bloglist Blog ieta bagi memudahkan saya menjalankan blogwalking di kala kelapangan.

10 November 2013

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Segmen ini dianjurkan oleh blogger hebat +HASRUL HASSAN. Segmen Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com adalah satu usaha bagi blogger Malaysia dalam membantah pelancaran laman web yang mempromosikan budaya hidup berzina. Laman web AshleyMadison ini dilaporkan akan dilancarkan di Singapura. Walaupun ia mendapat bantahan menteri Singapura dan orang ramai, belum nampak lagi sebarang petanda ia akan dibatalkan. Malah, pengasas laman web ini yang berpangkalan di Kanada, diberitakan akan merasmikan laman web versi Singapura ini pada 17 November 2013.


Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com kerana blogger wajar menyatakan pendapat melalui kebebasan dan hak bersuara. Seperti diketahui umum, blog merupakan medium ramai blogger menyuarakan pendapat dan apa sahaja yang bermanfaat. Pada pendapat saya, wajarlah pihak berwajib memantau dan menghapus laman web mahupun sebarang laman sosial yang menjadi dalang ke arah kehidupan sosial yang melampau dan mencemar budaya Islam khususnya dan budaya Melayu amnya.  

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com supaya generasi yang bakal memerintah Malaysia dan bumi tercinta adalah generasi yang lahir dari jiwa yang murni, suci dan bersih dari gejala zina. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : "Janganlah kamu menghampiri zina". Ayat ini jelas melarang menghampiri zina dan jelas terbukti jika anda ke laman web AshleyMadison.com, amat jelas bahawa laman web AshleyMadison.com adalah salah satu penyumbang ke arah kehancuran yang menyeru manusia ke arah kehidupan zina yang memang dilaknat oleh Allah SWT dan dibenci oleh semua Blogger Malaysia yang beragama Islam khususnya.

04 November 2013

Penat taip entri terpadam

As salam. Penat taip entri terpadam. Inilah yang terjadi kepada saya. Baru sahaja saya siapkan entri review blog pemenang segmen Exam Bahasa Kelate. Tup-tup, saya terpadam entri tu. hadoihla............

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?