BANGGA DIRI

As salam. Pernahkah anda merasa bangga diriTeringat tazkirah seorang ustaz yang mengajar saya di sekolah pondok dahulu. Saya tidak ingat samaada ianya hadis ataupun pepatah arab. Katanya "Riak menghapuskan amalan, seumpama api memakan dedaun yang kering".


Apakah dia bangga diri? Bangga diri atau dalam bahasa arab disebut Riak. Sikap dan perbuatannya ialah membangga diri atau suka menunjuk-nunjuk segala yang ada pada diri kepada orang ramai. Samaada empunya diri berbangga dengan kecantikan, kebijaksanaan, kebaikan diri, kehebatan diri ataupun harta benda yang ada termasuklah kebijaksanaan anak-anak dan wang ringgit yang ada. 

Tercetus idea untuk menaip kata-kata di bawah ini ke dalam facebook saya yang pada satu hari yang lalu, saya membawanya ke sini sekadar perkongsian bersama.

Kita bukan manusia yang sempurna mana 

Usah berbangga dengan apa yang ada 

Riak menghapuskan amalan yang ada

Sombong pun tak menjamin apa-apa

Berlagak, buat orang tak suka 

Mati nanti semua tu tak dibawa

Walau apa yang ada secanggih yang disangka

Rasa lucu dengan sikap sesetengah manusia

Yang berbangga dengan segala pinjaman yang sementara 

~ieta~

Bangga diri  kadangkala tidak disukai dan dibenci. Jadi, elakkanlah sikap suka berbangga diri... Kelak, kita yang rugi. Namun demikian, jika apa yang dibanggakan itu menjadi motivasi... Teruskan.

Renung-renungkanlah... Moga menjadi panduan untuk diri saya dan rakan-rakan semua. Selamat beramal :)


SUMBER


Comments

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.