12 November 2013

BUKU PROGRAM, IKLAN DAN BLOG

As salam. Sebenarnya saya sedang menyiapkan buku program, iklan dan blog. Sebenarnya juga saya jadi tak keruan, yang mana satukah harus saya siapkan dahulu....



Apakah buku program, iklan dan blog ni? Baiklah, mari saya ceritakan satu persatu...

PENGALAMAN, PENGALAMAN BLOGGING, KISAH GURU, PERKONGSIAN BANTU BLOGGER JANA WANG ONLINE, buku program, iklan dan blog, anugerah cemerlang peringkat sekolah, Jadi guru memang best, Iklan, produk muslim, blog, blogwalking, blogger part time, buat duit dengan blog, http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/11/buku-program-iklan-dan-blog.html
Buat Buku program mudah tapi perlukan kreativiti. Dahla ambe ni tak kreatif... hehe...
Buku program ni perlu saya siapkan segera kerana buku program ni akan diedarkan kepada ibu bapa murid-murid penerima anugerah cemerlang peringkat sekolah saya pada hari Khamis Rabu ini. Buku program ini telah saya siapkan sebenarnya, hanya menanti nama penerima anugerah sahaja untuk dimasukkan ke dalamnya. 

Tetapi, pada mulanya saya gunakan microsoft publisher sahaja untuk melihat susunaturnya sebelum dicetak. Hari Jumaat lalu baru saya terfikir, lebih mudah buatkan buku program ini ke dalam microsoft word secara depan belakang yang akan saya bahagikan kepada 3 column. Jadi sekarang ni, memang saya sibuk juga menyiapkan buku program ni kerana ia tugas utama saya. Ada lagi kerja-kerja lain yang saya dan rakan-rakan sekerja bekerjasama melakukannya. O ya, kami di sekolah ni semuanya bekerjasama dalam apa jua perkara. Seronokkan? Jadi guru memang best...

Iklan

Iklan ini adalah tempahan bos sebuah syarikat produk muslim buat kali ke dua untuk ditepekkan ke dalam blog saya ni. Banyak produk yang beliau niagakan tau... Semuanya dengan harga yang amat berpatutan... Dah siap buku program baru boleh buat iklan ni... Ingat nak buat iklan berslide.  Masih tercari-cari coding yang sesuai...

Blog

Biasalah... dengan pelbagai aktiviti santai dihujung minggu dan kerja yang hakiki pada hari biasa... mana mungkin saya dapat siapkan entri dan blogwalking setiap hari... Jadi, segalanya saya lakukan secara sambil-sambilan... Saya kan hanya part time blogger sahaja....

Inilah kisah buku program, iklan dan blog dari blogger part time. Apapun, saya perlu utamakan yang hakiki... 

Anda bagaimana pula?

Psss... Baguslah google sekarang ni, komen dalam blog dari cik / encik Anonymous terus masuk ke folder spam. Tak terpublish. So, tak perlu risau dah dengan komen dari cik / encik Anonymous a.k.a pengomen pengecut. Selalunya mereka ni tinggalkan URL link bisnes je.. buat-buatlah komen kan... nama pun tak berani nak letak... kan...?

ENTRI BERKAITAN :
  1. AUDIO SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR
  2. 5 PERKARA JANGAN BUAT GURU
  3. APA YANG MURID DARJAH 6 INGIN TAHU
  4. WORDLESS OF WEDNESDAY : SEBAHAGIAN HADIAH BERPINDAH
  5. TERIMA KASIH GURU
  6. SAYA SANGAT SUKA HATI
  7. BERPINDAH SEKOLAH PART 1
  8. BERPINDAH SEKOLAH PART 11
  9. MENGAPA SAYA SUKA JADI GURU?
  10. KENAPA PILIH KERJAYA GURU?
  11. SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME / PJJ?
  12. PBS SANGAT MEMBEBANKAN ATAU MENGUNTUNGKAN?
  13. PETUA JADIKAN KERJAYA GURU MENYERONOKKAN
  14. KEJAYAAN TAHUN 2009

4 comments:

  1. Moga semuanya berjalan lancar. Bila bekerjasama semua jadi menarik. Hehe

    ReplyDelete
  2. Doakan yg terbaik untuk ieta...moga berjaye

    ReplyDelete
  3. Semoga segalanya berjalan dengan lancar...

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan..and komen anonymous tu ada yang terlepas juga leta..tapi memang tak bestkan..kalau ikhlas dan berani bagi pendapat tak perlu sorok identiti..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?