PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

5 SEBAB KENAPA PERLU BERNIKAH

Agama, Bah Nikah, Pengalaman, Perkahwinan, PANDUAN HIDUP, Panduan rumahtangga, Nikah itu halal, couple itu haram. Orang yang bernikah pahala solat berjemaahnya lebih, sebab kenapa perlu bernikah, Nikah, sebab nikah, sebab bernikah, kahwin, sebab berkahwin, sebab kahwin, kenapa kahwin, 5 sebab nikah, nikah, Blog ieta, Kisah Cikgu ieta
Cincin dijari tidak bermaksud menghalalkan segalanya jika belum bernikah secara halal.

As salam. "5 sebab kenapa perlu bernikah"Payah juga saya nak ulas bab ini. Tapi, berdasarkan pengalaman saya yang telah berumahtangga hampir baru 12 tahun, bolehlah saya kongsikan kenapa perlunya bernikah. Bernikah ya, bukan bercouple. Jom baca...

5 sebab kenapa perlu bernikah. Kenapa 5 je sebabnya? Sebab itu aje yang berlegar diminda tika ini. Walaupun dah lewat petang... Boleh lah kan. Dari takde langsung bahan untuk dibaca...

Teringat dialog saya dengan seorang kawan saya yang merupakan seorang motivator, konsultan dan pegawai agama yang sangat hebat. Saya kagum dengan cara dan semangatnya ketika mengendalikan sebarang program yang dibuat. Baru-baru ini saya berjumpa beliau atas urusan bisnes dan berbual tentang pelbagai perkara yang melibatkan motivasi pelajar juga pengalaman mengendalikan kem motivasi. Antara dialognya begini :

Dia : Saya ni uruskan kawan saya tadi, dia tak tahu jadi, saya kena uruskan borang pernikahannya. Saya uruskan orang nikah, tapi saya sendiri tak bernikah (sambil ketawa).

Saya : Kenapa awak tak bernikah lagi? Kan ramai yang bujang di tempat kem yang awak pernah handle baru ini?

Dia : Saya perlu ke sana dan ke mari untuk pembentangan modul, uruskan kem dan kadangkala masuk hutan. Saya lebih senang begini. Sebab tu saya tak nikah lagi... 

Saya : Tulah sebabnya awak kena bernikah... Awakkan tahu, orang yang bernikah pahala solat berjemaahnya lebih...

Dia terdiam seketika dan saya pun tergelak memandangnya. Okay, cukup setakat itu sahaja perbualan saya dan kawan saya yang perlu dikongsikan di sini.

Berbalik kepada tajuk entri, yang berkebetulan saya pernah ditanya tentang tajuk ini maka, saya menjawabnya di sini. Berikut adalah 5 sebab kenapa perlu bernikah :

1. Ada insan untuk berkongsi segala perasaan dan keinginan. 

  • Pernikahan adalah perkongsian segalanya. Sebagai contoh, jika anda sedih anda balik ke rumah, ada suami atau isteri yang sudi mendengar atau menasihati anda. Pernikahan yang sah tidak membataskan anda untuk melentokkan bahu anda kepada pasangan masing-masing. Halal dah kan...
2. Suami melindungi isteri, isteri penyejuk hati suami. 
  • Ini jelas kerana suami mana yang rela jika isterinya diganggu? Takde kan... Begitu jugalah, suami mana yang suka jika isterinya ditatap dan menjadi igauan ramai? Jadi, sebagai suami yang soleh, pasti suami sentiasa melindungi isterinya dengan pelbagai cara. Begitulah sebaliknya, isteri menjadi penyejuk hati suami. Tatkala suami dilanda sebarang masalah, isterilah pada kebiasaannya yang menjadi pereda keadaan dan hati suami. Dah halalkan... Adam dan Hawa, saling memerlukan. 
3. Nikah itu Halal, couple itu haram.
  • Saya pasti, ramai yang sudah tahu bahawa Nikah itu halal, couple itu haram. Kenapa haram couple? Sebab... couple  itu membawa kepada fitnah. Bagaimana terjadinya fitnah? Bila bercouple sudah pasti sering bertemu. Betul tak? Jadi bila dah sering bertemu, berbual dicorong telefon, tipulah jika tiada sebarang perasaan yang timbul dalam hati memasing. Pepatah orang tua berkata "dari mata, turunnya ke hati". Bila turun ke hati, itulah namanya cinta, keinginan dan nafsu.... Hah, inilah yang dinamakan fitnah. Fitnah inilah yang membawa kepada maksiat dan terlangsungnya zina. Sebab itulah Nikah itu halal. Nikah itu telah menghalalkan segala-gala yang haram. Jelas dah ayat di bawah ini menerangkannya.
  • Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk ayat 32 :
Ÿوَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً   
32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).

Agama, Bah Nikah, Pengalaman, Perkahwinan, PANDUAN HIDUP, Panduan rumahtangga, Nikah itu halal, couple itu haram. Orang yang bernikah pahala solat berjemaahnya lebih, sebab kenapa perlu bernikah, Nikah, sebab nikah, sebab bernikah, kahwin, sebab berkahwin, sebab kahwin, kenapa kahwin, 5 sebab nikah, nikah, Blog ieta, Kisah Cikgu ieta
Sumber Whatsapp group ig bisnis
4. Elakkan maksiat mata dan hati.
  • Bila dah bernikah, tak de hal dah untuk anda melihat pasangan anda sesuka hati anda. Kenapa maksiat mata? Kerana dari mata turun ke hati. Dari hati akan timbulnya pelbagai perasaan yang macam-macam.
  • Anda keluar rumah, macam-macam manusia yang anda lihat dengan pelbagai ragam dan corak pemakaian. Jika anda ada suami atau isteri, anda selaku suami isteri yang soleh dan solehah akan ingat "oh aku ada suami" atau "isteriku lebih cantik dari mereka". Suami isteri yang soleh akan cuba menjaga mata mereka dari melihat perkara-perkara yang menimbulkan pelbagai perasaan. 
  • Bernikah mendidik mata dan hati dari melakukan perkara tidak diingini. Betul... Tak percaya? Cubalah. Kan nikah itu halal...
5. Anak meramaikan ummat nabi Muhammad saw.
  • Bila telah menikah, pasti inginkan zuriat atau anak. Zuriat yang lahir dari perhubungan suami isteri yang soleh dan solehah. Zuriat inilah yang menjadikan anda bahagia dunia dan akhirat kelak. Zuriat ini sudah pastilah meramaikan ummat nabi Muhammad saw. Melalui pernikahan yang halal sahaja mampu melahirkan manusia yang berbudaya tinggi dan dihormati masyarakat. Halal itu kan dituntut oleh Allah...
  • 3 perkara yang akan membantu di akhirat nanti :
    • Ilmu yang bermanfaat.
    • Sedekah jariah.
    • Doa dari anak-anak yang soleh dan solehah.
Agama, Bah Nikah, Pengalaman, Perkahwinan, PANDUAN HIDUP, Panduan rumahtangga, Nikah itu halal, couple itu haram. Orang yang bernikah pahala solat berjemaahnya lebih, sebab kenapa perlu bernikah, Nikah, sebab nikah, sebab bernikah, kahwin, sebab berkahwin, sebab kahwin, kenapa kahwin, 5 sebab nikah, nikah, Blog ieta, Kisah Cikgu ieta

Kenapa saya sebut bernikah tidak berkahwin? Kerana dalam Al-Quran disebut اَلنِّكَاحُ yang bermaksud bernikah. Jadi, 5 sebab kenapa perlu bernikah adalah penyebab kenapa seseorang yang telah mampu, perlu bernikah. Selalu juga saya dengar manusia-manusia yang tidak kisahkan halal haram sambil bergurau bercakap "aku kahwin dah... nikah je belum...". Banggakah berkata sedemikian andai yang bertutur itu orang Islam? Anda ada pendapat lain selain dari 5 sebab kenapa perlu bernikah ini? Nyatakan pendapat anda...
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

15 orang yang sudi komen:

  1. InsyaAllah... memang fitrahnya kita lelaki perlukan perempuan,perlehwinan itu telah menyempurnakan sebahgian dripada agama..Abak doakan agar cpat datngnya jodoh..Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sy dah lama bertemu jodoh saya. Cuma doakan rakan sy ini dipertemukan jodohnya yang solehah. Amin. Terima kasih sudi berkunjung :)

      Delete
  2. Nak share dekat blog saye jugak ye sis , I wont forget put credit to you :) Semoga diberkati di atas perkongsian ini ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh... Moga bermanfaat. Silakan :) Terima kasih sudi berkunjung

      Delete
  3. Alhamdulillah! nasib baik saya dah bernikah!, dapat semua 5 perkara yang disebutkan di atas tu...Insyaallah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Tahniah Tuan Shubhi

      Delete
  4. takde lain sebab utama saya bernikah adalah ingin mendptkn keredhaan Allah dan meningkatkn ketaqwaan kepadaNya...sbb klu pmpuan ni mmbujang byk cabaran dan godaannya.., bernikah salah satu perlindung diri juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... terlalu banyak dugaan dan godaan utk yang bujang. Alhamdulillah...

      Delete
  5. Alhamdulillah kehidupan sy lebih bahagia dan tenang selepas berkahwin..ada arah tuju dan matmalat. Ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

    ReplyDelete
  6. macam suruh gua nikah empat cepat-cepat aje nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifu nih, ade ker... saje je sharing... huhu... tp terbaikkan entri nih? hehe

      Delete
  7. Adat melayu selagi tak kaya, jgn nikah syariat Islam plak nak kaya, nikahlah.. nampak beza kat situ.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah susahnya jika ikut adat...
      biar hidup berlandaskan syariat...
      barulah dapat bermuafakat
      dan hidup bertambah berkat :)

      Delete
  8. Hai kak ieta. Ni yod. Nice entry kak. Perkongsian yg bagus. Kenapa ku rasa nak kawen ek? Hahhahahaha
    Good job kak 👍

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *