As salam.
Sebenarnya ini adalah assignment saya bertajuk "APLIKASI TERKINI
YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN" untuk
subjek Aplikasi Teknolog Maklumat dan Komunikasi pada semester yang ke 5. Saya
gembira untuk kongsikan kerana ini merupakan teknik penulisan tugasan sebenar
yang diajar oleh pensyarah-pensyarah saya.
Tugasan
bertajuk APLIKASI TERKINI YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN ni mungkin bermanfaat untuk pelajar-pelajar yang
ingin membuat rujukan di blog
ieta ni.
Selamat
membaca. Moga tugasan bertajuk APLIKASI
TERKINI YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN bermanfaat untuk semua.
1.
PENGENALAN
Pengertian Teknologi Pendidikan (Suruhanjaya Teknologi
Pengajaran, USA, Olden Times, no. 102.078), ialah cara yang sistematik bagi
mereka bentuk, melaksana dan menilai keseluruhan proses pembelajaran dan
pengajaran dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan tentang
pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan cantuman sumber manusia
dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran yang lebih berkesan.
Teknologi pendidikan merupakan satu keperluan pada masa
kini. Jika zaman dahulu, seseorang yang mempunyai peralatan teknologi dikatakan
sebagai orang kaya, namun ianya telah berubah pada masa kini yang mana setiap
seorang sememangnya mempunyai peralatan teknologi seperti komputer, laptop,
ipad dan sebagainya di rumah masing-masing. Kegunaan peralatan teknologi ini
sememangnya memberikan banyak faedah kepada pengguna terutamanya para pelajar
untuk memudahkan proses mencari maklumat dan lain lain.
Menurut kajian Fify Farisa Mohamad Firdaus, Norhayati Osman
dan Siti Zamriah Mohd. Hussin di dalam artikel mereka yang bertajuk
Aplikasi Terkini dalam Pengajaran dan Pengajaran Pendidikan Islam tahun
2009. Pada asasnya, kemantapan dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi
pendidikan bergantung kepada keupayaan dan kebolehan untuk mengaplikasikannya
sesuai dengan objektif pembelajaran.
Di dalam laporan ini, saya ingin merujuk kepada tablet pendidikan yang
telah dikaji oleh Syafik Bakri tentang Artikel Mobil, Majalah PC, September
2012. Moga laporan ini memberi manfaat terhadap warga pendidik.
2.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KOMPUTER TABLET
Tablet merupakan
aplikasi terkini yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh kebanyakan
guru dan pelajar. Ianya sesuai dengan perkembangan teknologi semasa yang
semakin canggih.
Berikut adalah sejarah ringkas dan perkembangan komputer tablet:
Tablet telah mula diperkenalkan pada
tahun 1915 lagi. Kemudian pada tahun 1950, komputer tablet
telah di rekacipta oleh Tom Dimond. Beliau telah
merekacipta Tablet Styalator elektronik dengan pena untuk input komputer dan
perisian untuk pengenalan tulisan tangan teks secara real-time.
 |
SUMBER GOOGLE |
Seterusnya pada tahun 1985, Wang Laboratories
memperkenalkan Freestyle. Freestyle kemudian dicatat sebagai aplikasi untuk
sistem seperti PC Tablet. Sistem operasinya adalah MS-DOS. Dalam perkongsian dengan Fujitsu, Poqet
Computer Corporation telah mengumumkan penggunaan PC Pocket. Tahun 1993,
Fujitsu mengeluarkan PC tablet Poqet pena pertama yang menggunakan LAN wayarles
bersepadu.
Seterusnya, pada tahun
2001 pula, Bill Gates dari Microsoft menunjukkan prototaip umum pertama
dari sebuah PC Tablet.
Tahun 2003, PaceBlade menerima penghargaan
"Innovation des Jahres 2002/2003" untuk PC Tablet PaceBook dari PC
Magazine Professionell di Cebit Fingerworks mengembangkan teknologi sentuhan
dan gerakan sentuhan yang kemudian digunakan di iPhone Apple.
Berikutnya, pada tahun 2006, Samsung telah memperkenalkan
Samsung Q1 UMPC.
Windows Vista dikeluarkan untuk kegunaan umum.
Vista termasuk fungsi Tablet PC edisi khusus dari Windows XP. Di Disney Channel
Original Movie, Read It and Weep, Jamie menggunakan Tablet PC untuk jurnalnya.
Tahun 2007, Axiotron memperkenalkan Modbook, komputer (dan
hanya) tablet pertama berdasarkan perkakasan Mac dan Mac OS X di Macworld.
2008, HP mengeluarkan tablet Multi-Touch
kedua: HP TouchSmart seri tx2. 2009, Asus mengeluarkan sebuah netbook tablet,
EEE PC T91 dan T91MT, yang terakhir yang dilengkapi dengan skrin pelbagai sentuh.
Tahun ini juga, Always Innovating mengeluarkan netbook tablet baru dengan CPU
ARM. Motion Computing melancarkan J3400.
Tahun 2010, MobileDemand melancarkan T7000
xTablet Rugged Tablet PC yang menjalankan OS Windows dan ciri yang lengkap
meliputi papan kekunci bernombor bersepadu, barcode scanner, credit card
reader, Apple telah memperkenalkan iPad dan melancarkan Apple iOS.
Sistem Quaduro memperkenalkan 10 "QuadPad
3G Plus, 900 gram Microsoft Windows berasaskan 3G tablet PC dengan 8 jam kuasa
bateri. Samsung memperkenalkan Galaxy Tab, menjalankan Google Android. bModo melancarkan
bModo12 yang menggunakan fungsi Windows
7 OS dan ciri-ciri termasuk TFT-LCD 11,6", 3G, Wi-Fi, GPS, Bluetooth ®
2.1, USB 2.0, slot SDHC, slot kad SIM yang tidak terkunci, penyambung miniHDMI,
OMTP Jack, webcam, mic, dan lain-lain. Manakala Neofonie menjalankan WeTab,
tablet PC untuk menulis berasaskan MeeGo, menampilkan skrin pelbagai sentuh
11,6 inci pada resolusi 1366 × 768 piksel. Dixons Retail plc memperkenalkan
Vega Advent, tablet PC 10" yang menjalankan Android 2.2, memiliki chipset
Tegra NVIDIA 1 GHz, RAM dan ROM 512 Mb, kamera 1,3 MP, WiFi dengan sambungan
b/g, Bluetooth 2.1, slot kad micro SD , USB port dan daya tahan bateri hingga
16 jam untuk main balik audio dan 6,5 jam untuk video 1080p. Dell Inspiron
mengumumkan Netbook flip Duo Layar dan Tablet PC hibrida HP mengeluarkan Slate
500, yang menjalankan versi penuh Windows 7.
Seterusnya pada tahun 2011, Motorola telah mengumumkan
Xoom Tablet, tablet 10 inci dengan versi Android 3.0 yang akan datang, yaitu
Honeycomb. Asus EEE mengumumkan memo pad (tablet 7 inci), EEE Slate EP121
(tablet Windows 7), EEE Pad Transformer (tablet 10 inch dengan Android) dan EEE
Pad Slider (tablet 10 inch dengan skrin gelangsar atas, keyboard QWERTY). Semua
tablet menggunakan paparan IPS. Dell memaparkan tablet Streak 7 yang beroperasi
pada Streak 10 inci 10. Tahun ini juga, Apple telah melancarkan iPad2.
3.
BAGAIMANA TABLET DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kini
muncul tablet pendidikan sebagai aplikasi terkini. Industri tablet semakin
berkembang dan atas kejayaan ini, kita boleh melihat pelbagai jenis tablet
dikeluarkan serta tablet dengan ciri khusus seakan menjadi trend hari ini. Selain bertujuan
mengecilkan skop sasaran pembeli, tablet dengan pengkhususan mendidik telah
dibina untuk mencapai matlamat dan tujuan ciptaannya (Syafiq Bakri:2012:24).
Di dalam kajian oleh Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim dan Rohaya
Abu Hassan yang bertajuk Tahap Amalan dan Pengintegrasian ICT Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains tahun 2012, pelajar boleh mengakses
buku pelajaran melalui pangkalan data atas talian atau laman web, atau
mendengar pembelajaran dalam bentuk fail audio pada pemain MP3. Sebagai contoh,
Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang di Singapura telah menggantikan buku dengan
komputer tablet iPad yang bertujuan membuat perubahan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas (NTD Televisyen, tahun 2012).
 |
SUMBER GOOLE |
4.
SPESIFIKASI DAN APLIKASI TABLET STUDYBOOK YANG MENARIK PERHATIAN
PENGGUNA
Tablet
terkini keluaran Intel 7 inci ini berkonsepkan reka bentuk mesra pengguna, ia
beroperasi dengan Android atau Windows dan dilengkapi pemprosesan Intel Atom
Z650 single core
1,2GHz dengan memori DDR 1GB. Resolusinya 1024×600 pixel dan terdapat kamera 2
MP di belakang serta kamera VGA di bahagian hadapan. Ciri-ciri lain meliputi
perhubungan Wi-Fi, port USB, slot microSD, kelajuan, serta speaker dan mikrofon.
Sasaran
penggunanya adalah di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan pertengahan
usia yang inginkan sesi pembelajaran interaktif. Reka bentuk tablet pendidikan
Studybook ini turut memiliki perisian pendidikannya sendiri termasuklah
pengurusan bilik darjah, aplikasi LabCam
yang menyokong pertanyaan saintifik serta aplikasi aplikasi pencatat dan e-reader
yang telah dioptimumkan penggunaannya bagi guru untuk mengendalikan apa yang dapat
diakses oleh muridnya di tablet mereka. Tablet ini merupakan
tablet pendidikan pertama super cerdas ini.
Tablet
Studybook ini turut dibina dengan Siri Pembelajaran Intel Software Suit (Intel
LS) serta disokong oleh ekosistem pendidikan yang luas bagi penyesuaian
penggunaan di dalam bilik darjah dengan keupayaan ciri-ciri unik mobiliti.
Tablet ini boleh dibeli di kedai-kedai yang
menjual telefon bimbit dengan harga antara RM700.00 ke RM1, 000.00.
5.
CONTOH DAN JENAMA TABLET
Tablet Studybook keluaran Intel.
|
Tablet Galaxy Tab keluaran
Samsung.
|
|
6.
KELEBIHAN TABLET DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.
Kelebihan tablet Studybook ini ialah walaupun
ia bersaiz sederhana tetapi ia memiliki ketahanan fizikal yang tahan lasak. Ia
tetap dapat digunakan walau terjatuh dari ketinggian 70 cm. Tablet ini juga
dilengkapi penutup getah yang melindung port sehingga kekal berfungsi meskipun
terkena air dan debu.
2.
Ia turut dibina
dengan Siri Pembelajaran Intel Software Suit (Intel LS) serta disokong oleh
ekosistem pendidikan yang luas bagi penyesuaian penggunaan di dalam bilik
darjah.
3.
Ia bermanfaat
kepada pelajar dan guru yang membantu pembelajaran dalam memberi kefahaman
kandungan secara lebih interaktif, merangsang daya pemikiran dan meningkatkan
kemahiran teras pelajar.
4.
Tablet ini juga
mempunyai ciri-ciri keselamatan kerana tablet ini telah dipasang perisian
Trusted Platform Module (TPM) yang berasaskan perkakasan dan penghalang
kecurian.
5.
Mudah untuk dikendalikan
dalam pelbagai situasi seperti berdiri, atau pengendalian dengan tangan satu.
6.
Lebih ringan, model kuasa
yang lebih rendah boleh berfungsi sama dengan alat-alat bacaan yang khusus
seperti Kindle Amazon.
7. Persekitaran Touch membuat navigasi yang lebih mudah daripada menggunakan
papan kekunci dan tetikus atau pad sentuh dalam konteks tertentu seperti
manipulasi imej, muzik, atau tetikus permainan berorientasikan lukisan digital
dan penyuntingan imej yang lebih tepat dan intuitif daripada lukisan atau
lakaran dengan tetikus.
8. Keupayaan untuk lebih mudah atau cepat kemasukan gambar rajah, catatan
matematik, dan simbol.
7.
KELEMAHAN TABLET DI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
1. Tablet menghadapi masalah privasi. Contohnya, di dalam komuter atau LRT,
jika menggunakan tablet, orang yang berdiri di hadapan kita atau duduk di tepi
kita mudah melihat apa yang kita sedang layari.
2.
Tablet mempunyai port yang sangat terhad dan
hanya bergantung pada perisian yang ada di dalamnya sahaja.
3.
Harga yang lebih tinggi -
komputer tablet jauh lebih mahal daripada PC mudah alih yang bukan tablet
walaupun gadjet ini telah diramalkan akan jatuh pasarannya. Tidak semua murid
mampu memiliki tablet peribadi masing-masing.
4.
Sekolah perlu menyediakan
lebih banyak gadjet berunsurkan tablet studybook sebagai bahan dalam pengajaran
dan pembelajaran yang melibatkan kos yang tinggi.
5.
Berkemungkinan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlaku, murid hilang tumpuan kerana mengakses internet
atau aplikasi lain selain pengajaran guru.
8.
RUMUSAN
Hakikatnya, tablet telah berkembang menjadi tapak
pendidikan yang berkesan dan terkini. Penggunaan komputer di bilik darjah kini
boleh digantikan dengan tablet yang mudah alih serta mudah diselenggarakan.
Dengan adanya tablet pendidikan seperti Studybook ini telah
membuka ruang untuk pendidikan berasaskan teknologi gajet terkini untuk
pengajaran dan pembelajaran, selari dengan keinginan dan keperluan masa kini.
Harapan saya, pendidik hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran
dalam pendidikan yang semakin maju dan menuntut kepada kerjasama dan komitmen
yang begitu tinggi terhadap penggunaan teknologi dan aplikasi terkini supaya
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
9.
RUJUKAN
Baharuddin
Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2001). Sistem
Komputer & Aplikasinya. Kuala
Lumpur : Venton Publishing.
NOTA (2010). Discovering
Computers 2009. Kolej Universiti Islam Selangor.
Shelly &
Vermaat (2010). Discovering Computers 2010 : Living in a Digital Word. United States of America : Course
Technology.
Syafiq Bakri
(2012). Artikel Mobil Majalah PC.
Selangor Darul Ehsan : Grup Majalah Karangkraf Sdn. Bhd.
Abu Safian bin Amir (2009). Perhubungan Antara Alat Bantu Mengajar Dengan Sistem
Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah. Di akses pada 10hb. Disember 2012, jam 10.22 malam. URL : http://images.abusafianamir.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TMmcagooCysAAHR-IU1/
Jurnal%20 ilmiah. pdf? key= abusafianamir :journal:13&nmid=379026446
Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa (2006). Penggunaan
Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah :
Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang. Di akses pada 10hb. Disember 2012, jam 9.21 malam. URL : http://web.usm.my/km/24-06/km%20art%2011.pdf
Fify Farisa Mohamad Firdaus,
Norhayati Osman & Siti Zamriah Mohd. Hussin (2009). Aplikasi IT Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam. Diakses pada 8hb. Disember 2012, 10.00 malam. URL: http://www.slideshare.net/norfariszam/aplikasi-it-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam
Halijah Binti Pakar, Dyg Hjh Yusni Binti Hj Ja’afar, Nourul
Hidayah Binti Hj Ibrahim & Hjh Halina Binti Hj Kassim (2009). Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. Diakses pada 10hb. Disember 2012, jam 9.35 malam. URL : http://www.slideshare.net/adeendra/penggunaan-teknologi-pendidikan-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-1269281
Johari Surif, Nor Hasniza
Ibrahim dan Rohaya Abu Hassan (2012). Tahap Amalan dan Pengintegrasian ICT
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains. Diakses pada 11hb. Disember
2012, jam 11.11 malam. URL : http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/130.pdf
NTD Televisyen (2012). Singapore
School Trials iPad as Textbook Replacement. Diakses pada 11hb. Disember
2012, jam 11.37 malam. URL : http://ntdtv.org/en/news/life/2011-01-14/196332269116.html
Wikipedia
Insiklopedia ( 2012). Komputer
Tablet. Diakses pada 10hb. Disember 2012, jam 10.30 malam. URL : http://id.wikipedia.org/wiki/Komputer_tablet
Intel® Atom™ Processor Z650 (512K Cache, 1.20 GHz). Diakses pada
23hb. Disember 2012, jam 6.33 petang. URL : http://ark.intel.com/products/55664/Intel-Atom-Processor-Z650-512K-Cache-1_20-GHz
Afiq Hanif (2012). Intel perkenal Studybook. Kuala
Lumpur : Harian Metro. Diakses pada 23hb. Disember
2012, jam 10.00 malam. URL:http://www.hmetro.com.my/articles/IntelperkenalStudybook/Article/
Gambar bersumberkan Google web.
gunakan teknologi dlm pendidikan adalah perkara yg sgt menarik dan kaedah yang mampu menarik minat..:D
ReplyDeleteBetul tu :)
Deletebenda yang elok digunakan dengan tujuan dan cara yang elok, elok jugalah hasilnya kan...
ReplyDeleteJuga benar :)
DeleteTeknologi kalau digunakan utk sesuatu yg berfaedah, amat berguna dan memudahkan...
ReplyDeletep/s: G+ di header tu dah di setting theme template...kalau nak buat sendiri xreti le...
Betul tu BM. O gitu... nanti sy cari templatenya yg sesuai :)
DeleteBertuah generasi zaman kini kan kak ieta ada semua ni boleh membantu pembelajaran....masa masa kita dulu hanya buku aje... jadi tiada alasan untuk cari ilmu sebab dengan adanya tablet,smartphone ia lebih memudahkan..
ReplyDelete