Bila mata tak mau lelap...

As salam. Bila mata tak mau lelap... Cuba macam mana pun, tetap tak boleh lelap juga.  Hati berdebar-debar menanti jam 9 pagi untuk program majlis penutup Kem Rakan Al-Quran (KRQ) 2013 nanti.


Bila mata tak mau lelap... Lantas saya buka facebook, dalam banyak-banyak notification dalam facebook, ada satu notification yang buat saya rasa terharu sangat-sangat. Blogger hebat Datin Ku Jie posting tutorialnya khusus buat saya dalam group blogger hebat Denaihati Ilhamku, terharu sangat.............. Salah satu sebab mata saya tak mau lelap, sebentar lagi dalam program majlis penutup KRQ 2013 saya perlu menjadi penyambut tetamu dan time keeper... Gabra weyh... 

TUTORIAL KABURKAN IMAGE DARI BLOGGER KAK KU JIE, cara meningkatkan traffik blog, Adat berkawan, BLOGWALKING, PENGALAMAN, PENGALAMAN BLOGGING
KLIK GAMBAR NI UNTUK BACA TUTORIAL Datin Kak  +Ku Jie 
Ingin kenal insan hebat yang saya panggil Datin kak Ku Jie? Jom Terjah biodata beliau DI SINI (Sila Klik)

Saya suka dengan kata-kata keramat beliau ini "Seperti kata perpatah, kalau ingin dapatkan madu, jadilah seperti lebah yang kemana-mana pergi mencari bunga.  Jangan menjadi seperti lalat,  kat mana² dia pergi, dia akan mencari kekotoran… orang yang hatinya bersih, akan mencari kebaikan pada suasana di sekelilingnya… orang yang hatinya busuk, akan hanya nampak keburukan kat mana² dia berada."

Terima kasih sekali lagi Kak +Ku Jie kerana menceriakan saya pagi ini melalui tutorialnya yang amat saya tidak sangkakan dan terima kasih sudi menjadi rakan blogger saya.

Akhirnya, bila mata tak mau lelap... siap satu entri setelah beberapa hari 3 minggu sibuk dengan program KRQ 2013. Berdebarnya... menantikan program majlis penutup berakhir... Anda bagaimana? Pernah berdebar seperti saya ni? Apa yang anda buat untuk menghilangkan debaran anda? Mari kongsikan ceritanya... Terima kasih sudi membaca :)

Comments

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.