PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

CERIA INDAH GELAK

Assalamu'alaikum semua... Moga anda "ceria" hari ini... Lupakan sega...la kisah silam yang menyemakkan pemikiran dan menyesakkan otak. Hidup ini jadi mudah andainya anda buatkan ia menjadi mudah.

Siang tadi, saya menghantar Tepung cheezy cheese sauce dan Tepung Magic Serbaguna kepada pelanggan-pelanggan saya di sekitar Ampang, Pandan, Klang Cheras dan Hulu Klang. Sebelum itu saya berjumpa dengan seseorang yang membuatkan saya ingin sangat berkongsi dengan anda betapa hidup ini sebenarnya, indah namun tak semestinya yang indah itu benar-benar indah.


Jom baca dulu dialog ini

"Kan sekarang Allah dah beri lebih lagi dari tu? Tahniah...." Bila ku ceritakan apa yang ku dapat baru2 ni. 


"So, jangan banyak merungut. Saya tau saya pun banyak merungut masa tu... Memang penat kerja tu. Tapi, tengok, Allah dah beri balasannya"

Aku tersengih je pandang dia. haha...

"Then, jangan percaya dengan satu-satu orang sahaja... Belajar perlu dengan ramai orang. Ada sorang kawan saya ni, dia terlampau ikut sangat (taksub) sangat dengan seorang kawan dia ni, 1 hari, dia dianiaya. Terus dia down. Dah down, bukan senang nak bangkit balik tau... Kadang-kadang orang ni, pandai ambil kesempatan je di atas apa yang kita ada... "

Saya "Biarlah... saya nak belajar. Andai dia ikhlas, Allah tunjukkan. Andai tidak, pun Allah akan tunjukkan".

Lagi katanya "Hebat tak hebat tu perkara ke dua (2)... Rebut je peluang yang ada... " 

Terima kasih kepada beliau, walaupun beliau muda... sesangat dari saya, saya sa...ngat2 #appreciate nasihatnya itu.

Baiklah berbalik kepada tujuan asal saya ingin berkongsi dengan anda, sebenarnya pada semester yang lalu, saya telah mendapat anugerah dekan. Bangga ke? Langsung tak bangga. Sebab Anugerah tu tak boleh bawa ke mati pun... Cuma boleh dapat kurangkan yuran belajar je. Alhamdulillah... Itupun dah cukup bagus dah bagi saya.

Kemudian, apa lagi? Ada kawan, minta idea untuk siapkan modul programnya. Bukan satu, tapi tiga (3). Sebenarnya, saya macam tak percaya je sebab saya rasa entah hape-hape je lah saya ni... Nak nangis dan terharu pun ada sebab, ada gak yang sudi kongsi perkara mencabar macamni. Mungkin bagi orang lain, perkara ni biasa-biasa je. Tapi bagi saya, ia satu yang luarbiasa. Sebab tak pernah dibuat lagi dek orang kat saya macamni. Apapun, Mudah-mudahan dipermudahkan urusan kami untuk membentuk generasi rabbani. Aamiin.. 

Habistu, heran ke? Taklah heran... Cuma musykil je....


Kemudian? Rezeki Allah beri sentiasa. Dah tu kenapanya? Sedih la sebab banyak buat dosa tapi Allah tetap gak beri rezeki kat saya ni.

Lagi? Ada kawan, cakap camni "Nak tak saya kenalkan kat magazine?" 
Saya kata "eh, mengarutlah! Blog saya tu bukannya hebat mana sangatpun... malulah". 
Kawan saya "eh, betul ni... kalau nak, saya boleh rekmen kan" Dalam hati saya "betul ke menmain kawan aku ni?" Akhirnya, saya terkedu dan sembang hal lain.

Bangga ke? (sila klik untuk baca) Tak langsung pun... Sebab bukan boleh bawa ke mati pun...

Dah tu lagi? Siang tadi... saya balik ke rumah abah saya... Rindu arwah emak... (Saat ini, airmataku laju menderu... tak tertahannya hatiku...sayu dan pilunya Ya Allah...)

Cumanya nak berkongsi... Yang happy dan indah itu, tak semestinya berakhir dengan kegembiraan dan ketenangan... Usah gelak banyak sangat... Arwah emak pernah pesan "Gelak la banyak-banyak... kang nangis kang" Hah, memang dah nangis dah pun.


Pengalaman Blogger, Kisah blogger, Pengalaman hidup, ceria, indah, Tahniah, tersengih, pandai ambil kesempatan, Rezeki Allah, Bangga ke?, Yang baik ambil, Yang buruk jangan, Best ke gelakkan orang?, down
Kelakar laka laka ke aku?

Best ke gelakkan orang? Apapun terima kasih semua yang menjadi inspirasi untuk saya menulis entri ini. Maaf jika terkasar bahasa atau terguris rasa... Maaf juga, saya sekadar berkongsi... Yang baik ambil, Yang buruk jangan... Terima kasih sudi baca....
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 orang yang sudi komen:

  1. semoga semuanya baik-baik saja ieta, memang orang tua-tua selalu pesan, jangan gelak lebih-lebih, nanti nangis..maksudnya bersederhana ajelah ye tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu, apa pun, mesti selalu bersederhana dlm segala hal

      Delete
  2. rezeki tu datangnya tak dapat disangka
    bila tepat masanya, inshaAllah kita dapat merasa
    apapun, tahniah dapat anugerah dekan, keept it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, hidup ini amat penuh dgn pancaroba sebenarnya... bukan senang nak senang... Nak dapat tu... Allah sahaja yang tahu pahit getirnya. Apa pun, Alhamdulillah... Terimakasih PB

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *