PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Kem Rakan Al-Quran Part 1

As salam. Kem Rakan Al-Quran Part 1 bebelan pagi-pagi sefi'ie saya hari ini. Walaupun dah berhari saya tak update entri, tapi bila sekali update, mau 2 entri sekaligus saya paparkan. Jaranglah dapat buat 3 entri sekaligus.... Maklumla, blogger part time je... Jadi, bilakala berkelapangan barulah ada entri. Sebentar tadi saya siap berkongsi di pelbagai ruang tentang Sirah Nabawiyyah Part 1 yang telah saya pelajari pada pagi Ahad 1/12/2013.

Dah menjadi habit saya juga, suka membebel dalam blog pada waktu sebegini...Tidak mahu terlalu berat, jadi sekadar bercerita tentang apa yang telah saya buat sepanjang tempoh bercuti cuti sekolah 2 minggu sudah. Dalam entri yang Mama baru saya dan 10 Punca Pageview Blog Merudum telah saya beritahu saya sedang handle program Kem Rakan Al-Quran (KRQ) sehingga 7/12/2013. Maaf, entri ni terlalu panjang untuk dibaca...

Dalam Kem Rakan Al-Quran ni, saya diamanahkan membimbing ahli kumpulan saya, peserta lelaki yang berumur 8 hingga 9 tahun. Juga mengawal lain-lain peserta sewaktu pelbagai aktiviti dijalankan. Peserta berumur dari 9 hingga 16 tahun. Itu semua peserta lelaki. Peserta lelaki tau... Memang payah gila... Nak handle 112 orang peserta lelaki... Alhamdulillah fasilitator ramai... Semuanya berkebolehan dan berkeyakinan. Best... Dah lama saya tak handle Kem sebegini. Dulu masa bujang, pernahlah mengetuai Jambori Pasukan beruniform peringkat Negeri. Tapi handle student Universiti mudah sebab mereka sejenis dengan saya dan sudah dewasa.... Ini, nak handle budak-budak... Setakat 18 orang no hal... tapi kalau dah ramai-ramai... Wallaweh... Memang penat gilossss... Tapi, best... Pengalaman tu yang penting. Takde pengalaman, memang hancusss... So, di dalam KRQ ni, kiranya saya belajar jugalah. Belajar ba...nyak perkara. Best, best, best...

Dalam KRQ ni, dari jam 9.30 pagi, saya handle satu kumpulan murid-murid perempuan berumur antara 9 hingga 16 tahun seramai 13 orang untuk slot Al-Quran Wa Qiraati. Apa yang saya buat dalam slot ini ialah, mendengar hafazan surah-surah lazim mereka semua dan berikan hafazan terbaru buat mereka. Disamping itu juga, saya sering mengaitkan pelbagai perkara lain sebagai selingan sementara jam 10.30 pagi untuk breakfast. Minggu lalu pada hari Isnin, pagi-pagi aktiviti berkuda. 

Satu lagi slot yang saya handle ialah slot HIWAR iaitu perbualan dalam bahasa Arab. Memula tu, gabra jugalah sebab dah lama tak speaking bahasa Arab. Nak kena buat gaya lagi... Memang gabra... Tapi setelah 2 kali mengendalikannya, dah biasa dan hiwar ini menjadi mudah. Berkebetulan pula di sekolah lama dahulu, saya memang mengajar subjek Bahasa Arab. Maka slot Hiwar ni menjadi sangat menarik buat peserta. 

Hari Isnin 25/11/2013, pertama kali saya menunggang kuda. Kandang kuda dimiliki oleh seorang Jutawan Melayu. Bertempat di Greenwood, Gombak. Aktiviti ini dinamakan Sunnah Berkuda. Wallaweh... Memang best... Dapatlah buat 3 round je... Banyak ilmu tentang berkuda diajar oleh pemilik ladang kuda kepada kami fasilitator dan peserta. O ya, sebenarnya, hari itu, saya tidak sihat. Tapi mengenangkan amanah, pergi jugalah saya ke program KRQ ni. Semasa naik kuda tu kan, terus saya sihat sekejap. Than bila balik ke Kem tempat kem, saya tak sihat balik. Teruk saya sakit perut dan muntah-muntah. Dari minggu lalu, perut dah memang sedia sakit, pada hari ini menjadi semakin teruk sampai berguling-guling saya dibuatnya. Ingatkan keesokan harinya tak boleh bangun. Tapi Alhamdulillah, boleh bangun. Maka pergilah saya ke program KRQ lagi... Bukan senang kan nak berjihad? Kiranya macam berjihad jugalah saya menjadi sebahagian urusetia dan fasilitator untuk program KRQ ni. Tak mudah juga buat saya untuk sampai ke penghujung program. Pelbagai rintangan dan dugaan terpaksa saya tempuhi. Berbalik pada Sunnah Berkuda, gambar saya menaiki kuda berada dalam handphone anak saudara saya yang turut serta menjadi fasilitator di KRQ. So, entri ini tanpa gambar... Memang tak best... 16/12/2013 update gambar. Tapi 2 gambar di bawah je lah. Malu nak appear gambar sendiri lagipun, encik asben tak izin :) 

Kem Rakan Al-Quran, PENGALAMAN, berblogging bukan kerana wang, PENGALAMAN BLOGGING, KISAH GURU, Pembelajaran Jarak Jauh, Kem Rakan Al-Quran, hiwar, Sunnah Berkuda, belajar tentang buat duit dengan blogging
Nilah kandang kudanya...
Kem Rakan Al-Quran, PENGALAMAN, berblogging bukan kerana wang, PENGALAMAN BLOGGING, KISAH GURU, Pembelajaran Jarak Jauh, Kem Rakan Al-Quran, hiwar, Sunnah Berkuda, belajar tentang buat duit dengan blogging
Yang di tengah-tengah tu, pemilik kandang kuda ni
Aktiviti di KRQ ni memang padat. Oleh kerana itu, aktiviti blogwalking memang tak dapat saya buat. Dah memang saya malas nak blogwalking... Alasanlah tu kan... hehe.... Okaylah, sebenarnya... jadual program KRQ yang amat padat dari seawal jam 8 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari selama 5 hari memang amat meletihkan. Keluar rumah pagi-pagi sefi'ie... Sampai rumah je dah nak azan maghrib. Lepas maghrib je terus aktiviti ngan anak-anak dan baby pula... Hari-hari tau... Bukan 1 atau 2 hari... Memang menguji stamina kakak dik... Namun demikian, untuk 2 minggu yang telah berlalu, amat memuaskan hati saya. Nak tau kenapa? Sebab utamanya, pada hari Sabtu 30/11/2013 baru-baru ini, saya diamanahkan menjaga checkpoint dalam aktiviti explorace. Semua peserta lelaki yang datang ke checkpoint saya mesti menjawab hiwar yang saya ajukan. Amat memeranjatkan saya, ke semua mereka telah menghafaz hiwar tu. Ada beberapa kumpulan, siap buat hiwar dengan gaya lagi. Alhamdulillah... Kemudian, mereka saya arahkan untuk menjawab secara berkumpulan soalan di dalam sekeping kertas yang telah saya sediakan pada jam 4 pagi, sebelum program bermula pada jam 7.00 pagi. Semua dalam bahasa Arab termasuklah teka silangkata hiwar. 


Skrip Pukau Pelanggan - Strategi sebenar tingkatkan jualan anda di Facebook

Setelah selesai aktiviti explorace, saya balik rumah dan rehat sebentar untuk ke kuliah Bahasa Arab 111 pula bagi semester ke 8 ni. Hari Ahad 1/12/2013, pagi ke kuliah Sirah Nabawiyyah. Maka bermulalah episod Pembelajaran Jarak Jauh setiap hari Sabtu dan Ahad. Sebentar lagi, saya akan kembali handle program KRQ. Doakan saya moga sihat selalu ya. Ada masa lagi, saya akan sambung kisah Kem Rakan Al-Quran Part 2 pula. Wassalam.

Entri berkaitan : KEM RAKAN AL-QURAN PART 2


Sedikit perkongsian. Sila klik gambar atau perkataan di bawah.


PENGALAMAN, berblogging bukan kerana wang, PENGALAMAN BLOGGING, KISAH GURU, Pembelajaran Jarak Jauh, Kem Rakan Al-Quran, hiwar, Sunnah Berkuda, belajar tentang buat duit dengan blogging
APA YANG SAYA BELAJAR TENTANG BUAT DUIT DENGAN BERBLOGGING

SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 orang yang sudi komen:

  1. Seronoknya dapat hadir kem macam ini :) Semoga sentiasa sihat ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yun Sing sudi berkunjung dan doakan kesihatan sy :)

      Delete
  2. Wahhh..bestnya...lagi best bila dapat berbahasa arab...Tahniah Cik Ieta....

    x0x0 ^___^

    ReplyDelete
  3. from Indonesia visited here, greetings bloggers

    ReplyDelete
  4. terbaik akak..mcm ni baru segar..blog ceria selalu..tahniah2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ustaz. Kan ustaz yang cadangkan. Terima kasih Tuan Penasihat :)

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *