Dalam Kem Rakan Al-Quran ni, saya diamanahkan membimbing ahli kumpulan saya, peserta lelaki yang berumur 8 hingga 9 tahun. Juga mengawal lain-lain peserta sewaktu pelbagai aktiviti dijalankan. Peserta berumur dari 9 hingga 16 tahun. Itu semua peserta lelaki. Peserta lelaki tau... Memang payah gila... Nak handle 112 orang peserta lelaki... Alhamdulillah fasilitator ramai... Semuanya berkebolehan dan berkeyakinan. Best... Dah lama saya tak handle Kem sebegini. Dulu masa bujang, pernahlah mengetuai Jambori Pasukan beruniform peringkat Negeri. Tapi handle student Universiti mudah sebab mereka sejenis dengan saya dan sudah dewasa.... Ini, nak handle budak-budak... Setakat 18 orang no hal... tapi kalau dah ramai-ramai... Wallaweh... Memang penat gilossss... Tapi, best... Pengalaman tu yang penting. Takde pengalaman, memang hancusss... So, di dalam KRQ ni, kiranya saya belajar jugalah. Belajar ba...nyak perkara. Best, best, best...
Satu lagi slot yang saya handle ialah slot HIWAR iaitu perbualan dalam bahasa Arab. Memula tu, gabra jugalah sebab dah lama tak speaking bahasa Arab. Nak kena buat gaya lagi... Memang gabra... Tapi setelah 2 kali mengendalikannya, dah biasa dan hiwar ini menjadi mudah. Berkebetulan pula di sekolah lama dahulu, saya memang mengajar subjek Bahasa Arab. Maka slot Hiwar ni menjadi sangat menarik buat peserta.
Hari Isnin 25/11/2013, pertama kali saya menunggang kuda. Kandang kuda dimiliki oleh seorang Jutawan Melayu. Bertempat di Greenwood, Gombak. Aktiviti ini dinamakan Sunnah Berkuda. Wallaweh... Memang best... Dapatlah buat 3 round je... Banyak ilmu tentang berkuda diajar oleh pemilik ladang kuda kepada kami fasilitator dan peserta. O ya, sebenarnya, hari itu, saya tidak sihat. Tapi mengenangkan amanah, pergi jugalah saya ke program KRQ ni. Semasa naik kuda tu kan, terus saya sihat sekejap. Than bila balik ke Kem tempat kem, saya tak sihat balik. Teruk saya sakit perut dan muntah-muntah. Dari minggu lalu, perut dah memang sedia sakit, pada hari ini menjadi semakin teruk sampai berguling-guling saya dibuatnya. Ingatkan keesokan harinya tak boleh bangun. Tapi Alhamdulillah, boleh bangun. Maka pergilah saya ke program KRQ lagi... Bukan senang kan nak berjihad? Kiranya macam berjihad jugalah saya menjadi sebahagian urusetia dan fasilitator untuk program KRQ ni. Tak mudah juga buat saya untuk sampai ke penghujung program. Pelbagai rintangan dan dugaan terpaksa saya tempuhi. Berbalik pada Sunnah Berkuda, gambar saya menaiki kuda berada dalam handphone anak saudara saya yang turut serta menjadi fasilitator di KRQ.
![]() |
Nilah kandang kudanya... |
![]() |
Yang di tengah-tengah tu, pemilik kandang kuda ni |
Setelah selesai aktiviti explorace, saya balik rumah dan rehat sebentar untuk ke kuliah Bahasa Arab 111 pula bagi semester ke 8 ni. Hari Ahad 1/12/2013, pagi ke kuliah Sirah Nabawiyyah. Maka bermulalah episod Pembelajaran Jarak Jauh setiap hari Sabtu dan Ahad. Sebentar lagi, saya akan kembali handle program KRQ. Doakan saya moga sihat selalu ya. Ada masa lagi, saya akan sambung kisah Kem Rakan Al-Quran Part 2 pula. Wassalam.
Entri berkaitan : KEM RAKAN AL-QURAN PART 2
Sedikit perkongsian. Sila klik gambar atau perkataan di bawah.
APA YANG SAYA BELAJAR TENTANG BUAT DUIT DENGAN BERBLOGGING |
Seronoknya dapat hadir kem macam ini :) Semoga sentiasa sihat ya..
ReplyDeleteTerima kasih Yun Sing sudi berkunjung dan doakan kesihatan sy :)
DeleteWahhh..bestnya...lagi best bila dapat berbahasa arab...Tahniah Cik Ieta....
ReplyDeletex0x0 ^___^
Ilmu Allah beri utk dikongsi :)
Deletefrom Indonesia visited here, greetings bloggers
ReplyDeleteTerima kasih :)
Deleteterbaik akak..mcm ni baru segar..blog ceria selalu..tahniah2..
ReplyDeleteTerima kasih ustaz. Kan ustaz yang cadangkan. Terima kasih Tuan Penasihat :)
Delete