Kem Rakan Al-Quran Part 2

As salam. Kali ini saya ingin bercerita tentang "Kem Rakan Al-Quran Part 2". Alhamdulillah, selesai juga Kem Rakan Al-Quran yang saya handle selama 3 minggu bermula 11/11/2013 sehingga 7/12/2013. Sesungguhnya, kem ini menuntut sepenuh jiwa, tenaga dan masa saya dan memang banyak yang telah saya pelajari dari kem ini.

Dalam Kem Rakan Al-Quran Part 2 ini, saya ingin ceritakan apa yang dilakukan oleh peserta bersama fasilitator setiap pagi selepas menunaikan solat dhuha secara berjemaah. 




Setiap hari, selepas membaca zikir pagi Al-Mathurat, lagu-lagu tema akan dinyanyikan bersama-sama oleh para peserta kem. Semua dari youtube dan dimuat turun ke dalam laptop penganjur program.




Diikuti dengan nyanyian beramai-ramai Asma ul Husna. Lagu Tema pertama, Menuju Wawasan memberi semangat buat peserta. Memang bersemangat lagu ni... Jika anda hayati liriknya, anda tak akan berputus asa atas setiap dugaan yang menimpa diri anda.



Lagu Tema ke 2, Khalifah-Khalifah Dunia Islam yang agak rancak menghiburkan hati kami semua. Secara tidak langsung, peserta telah hafal lagu ini.



Seterusnya Senaman Ruhul Jadid membentuk jatidiri pejuang-pejuang Islam. Memang best! Sebab yang saya handle ni peserta lelaki (banin) dan saya ni perempuan, jadi saya mendengar dan merakam je la... video para peserta bersenam... huhu... 

Setelah selesai ke semua di atas, program Kem Rakan Al-Quran diteruskan dengan acara kuiz iaitu Cetusan minda. Kemudian Hafazan Al-Quran Wa Qiraati. Tiba-tiba rasa rindu suasana Kem Rakan Al-Quran mencuit-cuit kalbu... 

Entri berkaitan :

Kem Rakan Al-Quran Part 1



Comments

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.