PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Menyemarak Sunnah Memanah


Baru-baru ini, program "Menyemarak Sunnah Memanah" telah berlangsung di Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah (PRIDH) melalui aktiviti Bengkel Asas Memanah (Siri-1) yang dilaksanakan di bawah Unit Darul Hijamah Sport & Culture di Taman Padang Indah, Ampang. 
archery, Berita Dalam Negeri, Review Sukan, Sukan, Sukan Memanah, Menyemarak Sunnah Memanah, Unit Darul Hijamah Sport & Culture, Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah, Memanah sukan terbaik selain berkuda dan berenang, http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/12/menyemarak-sunnah-memanah.html


Menyemarak Sunnah Memanah merupakan sunnah dalam bersukan yang digalakkan oleh Rasulullah SAW. Ia mampu membina masyarakat sihat sejahtera. Menurut pengasas  Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah iaitu Ustaz Mohd Hafiz Bin Abdul Razak Al-Hafiz wal Hijamah, kaedah pembelajaran dalam bengkel melibatkan teori dan praktikal. Manakala, asas sembilan dalam sukan memanah merupakan teknik yang perlu dipelajari sebelum seseorang itu memanah. 



Saat wawancara oleh Crew Team Hijamah bersama saudara Asyraf Al-fandani selaku Ketua Unit Darul Hijamah Sport & Culture, beliau menyatakan "Peralatan memanah yang digunakan oleh peserta ketika ini adalah busur moden, In Shaa Allah pada tahun hadapan PRIDH akan menambahkan lagi kuantiti peralatan memanah yang berkonsepkan busur tradisional pula. Oleh itu, peserta yang telah mendaftar menjadi ahli berpeluang merasai perbezaan di antara alat memanah moden dan tradisional, selain mengadakan kelas latihan bagi ahli pada setiap bulan dengan bayaran yang amat berpatutan" ujarnya.


archery, Berita Dalam Negeri, Review Sukan, Sukan, Sukan Memanah, Menyemarak Sunnah Memanah, Unit Darul Hijamah Sport & Culture, Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah, Memanah sukan terbaik selain berkuda dan berenang, http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/12/menyemarak-sunnah-memanah.html

Salah seorang Crew Team Hijamah, Ustaz Salahuddin pula menjelaskan bahawa, Nabi Muhammad SAW bersabda "Sukan memanah adalah sukan terbaik bagi umat selain menunggang kuda dan berenang". Oleh itu, wajar kita melibatkan diri dengan sukan ini kerana ianya mempunyai rahsia tersendiri dalam membentuk jati diri dan keperibadian seseorang itu ke arah yang positif. Akal yang sihat juga dijana melalui semangat kesukanan yang tinggi. Umat Islam perlu merangsang minda bagi mewujudkan pemikiran kreatif seperti Sultan Muhammad Al Fateh. Sukan memanah sedikit sebanyak mengajar erti kesabaran, keyakinan serta menajamkan akal fikiran seseorang itu," ujar beliau.


archery, Berita Dalam Negeri, Review Sukan, Sukan, Sukan Memanah, Menyemarak Sunnah Memanah, Unit Darul Hijamah Sport & Culture, Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah, Memanah sukan terbaik selain berkuda dan berenang, http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/12/menyemarak-sunnah-memanah.html


archery, Berita Dalam Negeri, Review Sukan, Sukan, Sukan Memanah, Menyemarak Sunnah Memanah, Unit Darul Hijamah Sport & Culture, Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah, Memanah sukan terbaik selain berkuda dan berenang, http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/12/menyemarak-sunnah-memanah.html

Memetik berita sukan oleh salah seorang Crew Team Hijamah, iaitu Ustaz Salahuddin "Sukan memanah ini terbuka kepada semua peringkat umur. Kepada yang bukan ahli, anda hanya perlu hadir daftarkan diri pada hari tersebut untuk mendapatkan kad keahlian sebelum mengikuti kelas latihan bersama ahli-ahli yang lain. Peserta yang telah berdaftar, secara automatik mereka telah menjadi ahli dan mendapat pelbagai keistimewaan dari segi yuran, baju ahli, aktiviti sampingan dan lain-lain lagi" tambah beliau lagi. 


archery, Berita Dalam Negeri, Review Sukan, Sukan, Sukan Memanah, Menyemarak Sunnah Memanah, Unit Darul Hijamah Sport & Culture, Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah, Memanah sukan terbaik selain berkuda dan berenang, http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/12/menyemarak-sunnah-memanah.html

archery, Berita Dalam Negeri, Review Sukan, Sukan, Sukan Memanah, Menyemarak Sunnah Memanah, Unit Darul Hijamah Sport & Culture, Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah, Memanah sukan terbaik selain berkuda dan berenang, http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/12/menyemarak-sunnah-memanah.html

Jadi, Apa lagi? Mari luangkan masa anda Menyemarak Sunnah Memanah dengan aktiviti sunnah sukan memanah yang santai bersama Cikgu Asyraf Al-fandani, selaku Ketua Unit Darul Hijamah Sport & Culture dan Crew Team Hijamah pada hari Ahad ini (29/12/2013). Jam 9.00 pagi di Padang Taman Permainan Pandan Indah (berhadapan Masjid Al Azim). Moga Menyemarak Sunnah Memanah membantu kekuatan ummah.

Sabda Rasulullah SAW :

"Lemparkanlah (lepaskan anak panah) dan tunggangilah kuda". 

Hadis Riwayat Riwayat Muslim.

SUMBER :
  1. Fanpage PRIDH
  2. Ketua Unit Darul Hijamah Sport & Culture
  3. Crew Team Hijamah 
  4. Entri PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL HIJAMAH
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 orang yang sudi komen:

  1. Teringin juga nak mencuba sukan memanah ni. Menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom semarakkan sunnah memanah! Memang menarik BM :)

      Delete
  2. bes!
    MG pon nak join archery clas tp ble free nya pon tatau ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, memang pun best sukan nih. Saya teruja gila2 bila lihat gambar2 aktiviti memanah nih. Pown taktau bila free utk attend aktiviti ni. Teruja sesangat :)

      Delete
  3. Bagusnya didik anak-anak dari kecil untuk ikut cara hidup Rasulullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ainim. Jika tidak kita hidupkan sunnah siapa lagi kan? Thanks Ainim :)

      Delete
  4. kecik2 dulu suka memanah... buat sendiri aje.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh... hebat tu wat panah sendiri...

      Delete
  5. Terima kasih kongsikan...seronok baca artikel-artikel macam ni..hehe..saya bab memanah ni memang tak ada pengalaman..tak pernah nak cuba langsung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mencari pengalaman juga encik Hafizul...
      Seronok ya... nanti sy cari artikel2 sebegini lagi wat tatapan ramai. Terima kasih sudi berkunjung :)

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *