Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah merupakan sebuah pusat yang menjalankan khidmat khusus dalam bidang kesihatan, iaitu rawatan Islam dan alternatif. Pusat Perubatan Islam ini dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Darul Hijamah Enterprise. Ia diasaskan oleh Ustaz Mohd Hafiz Hj Abd Razak Al-Hafiz Al-Hijamah pada tahun 2006 bersama rakan-rakannya ketika sedang menuntut di Darul Quran, Jakim. Sehingga kini Pusat Khidmat telah menjalankan lebih tiga kali kursus Perubatan Islam.
Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah merupakan sebuah Pusat Rawatan Islam tersohor di dunia dan telah dikenali ramai. Salah seorang dari kakitangan Pusat Rawatan ini, merupakan kenalan saya. Dari beliau saya mendapat pelbagai ilmu dan pengetahuan tentang rawatan Islam ini dan pelbagai aktiviti mencabar lagi.

"Di dalam dunia yang serba moden ini, telah lahir pelbagai kaedah rawatan yang serba canggih dan moden mengikut peredaran zaman, sehinggakan kaedah kaedah rawatan tradisional atau sinonimnya dipanggil rawatan kampung sudah tidak mendapat tempat disisi masyarakat. Satu usaha perlu dilakukan agar rawatan sebegini dilakukan pembaharuan agar ianya diterima kembali oleh masyarakat kini. Rawatan berbekam sebagai contoh yang ianya sendiri mendapat anjuran dari junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w tidak disambut oleh umatnya supaya beramal dengannya, mana mungkin apa yang dianjurkan Nabi tiada kebaikan di dalamnya". Pusat Rawatan Islam Al-Hijamah
Antara aktiviti yang dilakukan oleh Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah ialah :
- Memberi khidmat kepada pesakit-pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan.
- Menganjurkan beberapa siri Kursus Bekam Moden dan Urutan Tradisional.
- Memberi Kursus Perubatan Islam disekitar Lembah Kelang, Sabah, Sarawak, dan Terengganu.
- Membentuk jati diri peserta dalam aktiviti sukan Memanah.
Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah diwujudkan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kaedah rawatan berbekam Sunnah Rasulullah disamping menjadikan Al-Quran sebagai amalan kesihatan masyarakat Melayu Islam. Pusat Rawatan Islam ini juga dapat membantu masyarakat terutamanya Ummat Islam dalam penjagaan kesihatan disamping membantu Ummat Islam terutamanya golongan Belia dalam menjana pendapatan tambahan mereka.
Mewujudkan peluang khidmat dan pekerjaan kepada para penganggur juga memberi impak yang besar ke arah mengurangkan kadar pengangguran dalam masyarakat di samping berusaha menyebarkan kelebihan amalan sunnah Nabi Muhammad yang menjadi medium kepada dakwah dan Jihad ekonomi ummah Pusat Rawatan Islam ini.
Kejayaan demi kejayaan telah diperolehi oleh Pusat Rawatan Islam Al-Hijamah untuk menyebar luaskan kaedah rawatan secara berbekam dan rawatan as-Syifa’ ini sehingga mereka berhasil menganjurkan beberapa kali kursus Bekam Moden dan Urutan Tradisional serta berjaya membuka gerai bagi khidmat bekam dan Perubatan Islam di masjid -masjid sekitar Lembah Kelang termasuk Masjid Al-Azim Pandan Indah yang kini menjadi premis Utama Pusat Rawatan Islam Al-Hijamah. Kini, dengan mempunyai hampir 20 orang ahli perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hijamah telah bergerak dan memberi khidmat dari rumah ke rumah disamping membuka dua cawangan Pusat Rawatan Islam Al-Hijamah di Pandan Utama Kg. Pandan Dan Shah Alam.

Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah menjalankan pelbagai khidmat yang disediakan untuk masyarakat antaranya, Urutan Tradisional, Urutan Refleksologi tangan dan kaki, Bekam As-Syifa', Bekam Moden angin dan Bekam darah, rawatan penyakit Buasir, Darah Tinggi, Gout, Kebas, Kencing Manis, Lemah Badan, Demam, Resdung, Lenguh Lenguh, Sakit Dada, Sakit Kepala, Sakit Kaki dan Tangan, Sakit Sendi dan juga Rawatan Gangguan Mahluk Halus melalui kaedah Perubatan Islam Rawatan as-Syifa’ dan ayat-ayat ruqyah. Selain itu, Pusat Rawatan ini juga memberi rawatan kaedah berbekam moden dan menjalankan khidmat kaunseling atau motivasi pelajar disamping menjalankan aktiviti Kelab Memanah yang dikendalikan oleh Kelab Sukan dan Budaya Darul Hijamah.
![]() |
Ustaz Salahuddin B. Saiyadi @ Abd Majid, Pengasas 2 Pusat Rawatan Islam Al-Hijamah sedang melakukan bekam kaedah moden kepada pesakit |
![]() |
Kakitangan Pusat
Rawatan Islam Darul Hijamah sedang merawat pesakit-pesakit melalui
kaedah bacaan ruqyah-ruqyah penyembuh
|
![]() |
Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Hijamah Ust. Mohd Hafiz Bin Abdul Razak Al-Hafiz wal Hijamah sedang merawat pesakit. |
Pusat Rawatan Darul Hijamah beroperasi di alamat No : 4,
Bazaar Rakyat Masjid Al-Azim Pandan Indah. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah boleh dihubungi melalui talian 013-2469027 atau Email
: hafizhuffaz@gmail.com juga boleh layari Blog
: hafizhuffaz.blogspot.com dan Fan Page Pusat Rawatan Islam Al-Hijamah.
![]() |
JOM NGAJI... |
![]() |
LOKASI PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL HIJAMAH |
![]() |
BEKAM AMALAN SUNNAH KENAPA TIDAK ANDA MEMPELAJARINYA? |
![]() |
Anda ingin tahu sejauhmana pengawalan emosi dan melatih sikap ke arah yang positif? Jom sertai Bengkel Asas Memanah ini. Hubungi talian seperti tertera di atas. |
Terkini, Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah sudah membuka cawangan tambahan baru di seksyen 19 Masjid Al-Huda. Penduduk area Shah Alam dan Kang dialu-alukan hadir temujanji dahulu 0132469021/0132469027.
thanks for sharing ;)
ReplyDeleteYou are welcome :)
Deletepandan indah area ampang kan?
ReplyDeleteHa ah. Betul tu Ainim :)
Deletepilihan alternatif
ReplyDeletesilakan :)
Deletealhamdullilah semakin byk pusat rawatan mcm ni...sgt bermanfaat:D
ReplyDeleteAlhamdulillah... moga bermanfaat
DeleteGood...pelbagai perkhidmatan..
ReplyDeleteTerima kasih juga atas panduan dan nasihat diberi
DeleteGood , pelbagai perkhidmatan..
ReplyDeleteTerima kasih ustaz
DeleteTerbaik ni
ReplyDeleteMemang Pusat Rawatan Islam ni terbaik setakat yang pernah saya jumpa. Terima kasih ustaz sudi singgah ke mari :)
DeleteTerbaik pusat ni..mahsyur
ReplyDeleteMemang dah glamour, berkat usaha ustaz dan kakitangan yang amat berkemahiran. Terima kasih ustaz :)
Deletesalam.. berapa harga bekam.angin n urut
ReplyDeleteMaaf saya tidak pasti. Saya hanya kongsikan sahaja pusat bekam ni. Cik/Encik/Tuan/Puan boleh menghubungi talian tertera di dalam artikel ini ya. Terima kasih sudi berkunjung. 😊
Delete