PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Sang pujangga marhaen

Sang pujangga marhaen lidah terkelu...
Terkadang melayani perasaan diqalbu
Indahnya hidup tak tentu waktu
Seperti susahnya kala datang bertamu

Gurindam jiwa itu meladi dijiwaku. 
Serpihan luka itu mencalar dihatiku. 
Apakah tanda ma'rifat tersurat dek hakikat terkudrat? 
Kelamnya malam melabuh terkesumat tanpa kelibat... 

Kelamnya malam bagai kelamnya hati, 
yang tak hiraukan bisikan sang pujangga marhaen
Sinisnya mentari dicerahi sang pawarna, 
mendukung hari membungkam irama. 

Teman berteman ungkapan sandiwara
Melayari kehidupan penuh fatamorgana
Igauan sembilu menusuk kalbu
Tertusuk sembilu menawan qalbu...

Gemersiknya syahdu memukau qalbu...
Menanti igauan menjadi kenyataan
Andai kau pasrah pada qalbumu
Tak kan kau cuba melupakan perasaan

Bicara Sang pujangga marhaen 
Menutup bicara melodi nan indah
Bergema hati dikesumat sanubari
Merintih pilu menghiris hati...


Update 11.18 am 31/12/2013 : 
Entri ini original dari kepala otak saya. 
Datangnya idea tak menentu masa. 
Rasa rugi jika saya tak simpan atau paparkan dalam blog saya. 
Terpulanglah anda untuk nak menilainya :)
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 orang yang sudi komen:

  1. ni reka sendiri ke ni??hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abihtu... ni kan blog saya... takkanla... nak ciplak org pnye... idea milik Allah ni, bila ada, kena la tempek kat blog. Tak gitu? hehe

      Delete
    2. O ya, Mekasih sudi komen. haha.. ingatkan takde org nak baca entri nih

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *