PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

TIPS KEMBALIKAN MOOD BERBLOGGING

As salam. Ceria hendaknya anda semua hari ini. Pernah tak mood berblogging anda merudum? Saya pernah juga. Okay, hari ni saya nak kongsi Tips kembalikan mood berblogging. Sebenarnya, sehari telah berlalu tanpa sebarang entri dalam blog saya ni. Terdahulu, entri Ceria dan Aplikasi terkini yang sesuai dgunakan untuk Pengajaran dan Pembelajaran tertampal kaku di paparan blog.

Serius! Mood berblogging memang selalu turun naik. Makanya, Tips kembalikan mood berblogging diharap dapat membantu anda semua. Oh ya, saya bukan tak mahu menulis tetapi disebabkan tidak berkesempatan... Disebabkan kesibukan belajar pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu. Walaupun masih dalam mood cuti persekolahan, pembelajaran wajib diteruskan. Markah tu... Jika semester lepas saya mendapat anugerah dekan, tak pastilah sama ada saya dapat teruskan atau tidak dengan kejayaan itu. Namun apa yang pasti, asalkan semua subjek lulus tak perlu repeat sudah cukup bermakna buat saya yang juga bekerja dan memiliki anak-anak seramai 5 orang. Alhamdulillah... suami amat memahami dan sering membantu saya dalam urusan rumahtangga.

Eh, banyaklah pulakkan hal personal nak diceritakan ya? hehe... maafkan saya ya...


http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/12/tips-kembalikan-mood-berblogging.html , SEO TIPS, Tips Blogging, TIPS DAN PANDUAN BLOGGING, belajar tentang buat duit dengan blogging, cara meningkatkan traffik blog, Kitab Teknik SEO Merah Jambu
Kadangkala, bosan melanda jiwa kan?
Berbalik pada tajuk entri Tips kembalikan mood berblogging, sebenarnya ada banyak cara untuk menghilangkan rasa mood berblogging yang sering turun dan naik tu. Antaranya :

1) Kembalikan niat asal anda berblogging.
  • Andainya dari awal lagi niat anda berblogging adalah untuk wang atau untuk perkongsian ilmiah, maka anda perlu teruskan memberi sesuatu yang bermanfaat untuk pembaca anda dapatkan dari blog anda. Usah biarkan pembaca blog anda lari dek kebosanan menerjah blog anda melainkan anda adalah pakar SEO seperti +Encik Titan. Walaupuan beliau mogok berblogging disebabkan pasukan bola yang diminatinya kalah, duit berbloggingnya tetap masyuk.... Sekali buat entri... SUPERB... Bikin saya menangis atau bisa buat saya ketawa besar.
http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/12/tips-kembalikan-mood-berblogging.html , SEO TIPS, Tips Blogging, TIPS DAN PANDUAN BLOGGING, belajar tentang buat duit dengan blogging, cara meningkatkan traffik blog, Kitab Teknik SEO Merah Jambu
Mulakan penulisan dengan mood yang ceria. Senyum...
“Bro..hang bolehlah. Hang banyak duit..hang pandai cari duit..orang kampung nak simpan duit pun susah, orang kampung mana reti main affiliate dan tulis blog!”  
Ini jawapan aku. Kalau korang rasa HIDUP ni susah benar nak cari duit. 


  • Beb, kau pernah kumpul tin kosong dan botol kosong tak? Kau tau satu guni ..." Baca selanjutnya di SINI (saya baca entri ni, saya menangis....)
2) Blogwalking ke blog blogger lain.
  • Dalam hal blogwalking ni, saya juga seorang yang culas untuk melaksanakannya. Apapun alasan diberi, blogwalking merupakan tips terbaik untuk mengembalikan mood untuk berblogging. Kerana apa saya berkata begitu? Sebab blogger jutawan internet Sabree Hussin pernah komen dalam blog saya ni. Katanya "Tulis diblog orang lain". Hah, nampakkan? blogwalkinglah namanya tu...

3) Tulis apa yang anda minat.
  • Cari minat anda dan kembangkan dalam bentuk penulisan. Jadikan ia habbit anda. Pasti berbaloi.
SEO TIPS, Tips Blogging, TIPS DAN PANDUAN BLOGGING, belajar tentang buat duit dengan blogging, cara meningkatkan traffik blog, Kitab Teknik SEO Merah Jambu
Bantuan tiba...
Jom cuba Tips kembalikan mood berblogging ini. Sekian dahulu sedikit  dari saya blogger yang biasa-biasa je ni. Anda ada Tips kembalikan mood berblogging yang lain?

Entri berkaitan :
SHARE

Cikgu ieta Sales Person Kelas Instagram Advance Online & Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 4)

Hai. Saya Cikgu ieta. Full Time Blogger, Internet Marketer dan Motivator Nasihat Niaga. Saya merupakan Sales Person Kelas Online Instagram Advance & Ebook Saka 4.0 milik Sifu Ajim Aura. Saya mengajar Kelas Blog dan Teknik Penulisan secara Personal Coaching One to One dan Group Coaching secara Online. Saya Leader kepada beberapa Group Laman Sosial dan Admin beberapa Group Di Telegram dan WhatsApp. Mempunyai 5 orang anak. Suami Pembantu Tadbir di Syarikat Semi Government. Saya Phrolapse Intervetebral Disc (Slipped Disc) bermula 17/4/2017. Kini Suri Rumah dan Blogger Full Time Online.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

13 orang yang sudi komen:

  1. Mood sentiasa berubah...kita yang kena pastikan ianya maintain.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, nak maintain perlukan sumber inspirasi. thanks MB

      Delete
  2. Nak konsisten menulis blog ni memang payah. Ada masa tu, bila dah surut, nak start balik memang payah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun... lagi2 jika hati sedang terganggu. Thanks :)

      Delete
  3. Mood sy hilang bila bdn penat... Jdi klu x pnt tu mmg mncurah2 idea dtg...

    ReplyDelete
  4. Saya pun dah hampir sebulan xupdate blog..
    sibuk ngan kerja copywriting.. terima kasih tuk entri ini..

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *