31 December 2014

New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ

 Giveaway, Giveaway New Year, New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ, Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall, Eversoft Skinz Youth Recall, blogger Ayue Jean, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta, Kelab Blogger Ben Ashaari, Santai Blogger, rangkaian produk Eversoft Skinz Youth Recall, sentiasa kelihatan muda remaja sepanjang usia, rahsia kelihatan awet muda, kelihatan muda, kelihatan bertambah muda remaja, Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita, Eversoft Skinz menjadi pilihan, Saya ceria, suami dan murid-murid saya pun suka, Eversoft Skinz, mengatasi masalah anti penuaan, RUMPAI LAUT WAKAME
Klik banner ini untuk menyertai New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ

New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ. Giveaway ini dianjurkan oleh blogger Ayue Jean dengan kerjasama dari pihak Eversoft SkinzHadiah lumayan dan menggembirakan... Saya turut menyertai sebagai tanda sokongan.

Sebab saya harus memenangi rangkaian produk Eversoft Skinz Youth Recall :

Mudah sahaja. 

Iaitu kerana saya suka sentiasa kelihatan muda remaja sepanjang usia. Saya ceria, suami dan murid-murid saya pun suka... ^__^ 

Pss... Pagi tadi kan... semasa makan ada kakak tu berusia 56 tahun, beliau cakap saya kelihatan muda... Wow... Andai saya menang rangkaian produk Eversoft Skinz Youth Recall ini pasti saya akan kelihatan bertambah muda remaja kan? ^__^

   


Slogan :

"Eversoft Skinz menjadi pilihan untuk kekal cantik di Tahun Baru 2015 kerana rahsia di sebalik kejelitaan itu datangnya daripada kehebatan penjagaan kulit tradisional yang diperturunkan daripada generasi ke generasi disamping keunikan formula produknya yang berasaskan bahan-bahan semulajadi alam".

3 jenis ramuan tradisional Jepun yang digabungkan ke dalam produk EVERSOFT SKINZ Youth Recall, terkenal dalam mengatasi masalah anti penuaan. Ianya terdiri daripada:


  1. RUMPAI LAUT WAKAME - Kaya dengan Kolagen-Phyto, Rumpai Laut Wakame membantu meningkatkan tahap kolagen dan secara jelas membantu mengurangkan kedutan serta mengembalikan keanjalan kulit untuk kontur wajah yang lebih menawan.
  2. UME - Dikenali sebagai aprikot Jepun, Ume mengandungi bahan antiglisasi yang melindungi kulit dengan menyekat AGE (Advanced Glycation End) yang mengakibatkan kulit menjadi kusam dan kuning hasil daripada penuaan. Ume diguna secara tradisional dalam ubat-ubatan Jepun untuk mencerah dan menghilangkan kulit kuning serta menyamaratakan tona kulit untuk kompleksyen lebih cerah dan berseri.
  3. HIARURON SAN (Asid Hialuronik Luar Biasa ) - Juga dikenali sebagai “Pancuran Keremajaan”, Asid Hialuronik Luar Biasa mengunci kelembapan untuk hidrasi berpanjangan bagi memelihara kelembutan, kelicinan dan kecerahan kulit. (SUMBER)

New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ telah berlangsung dari 26 Disember 2014 sehingga 4 Januari 2015 (11.59 malam). Mari beramai-ramai menyokong dan menyertai New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ ini.

DOA, ISU SEMASA, Banjir, Doa ketika menghadapi banjir besar, bah, banjir besar di negeri Kelantan Darul Naim, banjir besar, banjir besar di Pantai Timur, gambar-gambar banjir di Kuala Krai, Kelantan, Gambar banjir di Kuala Krai Kelantan Darul Naim, Surah Hud, ayat 44, Doa ketika menghadapi banjir besar, Surah Ar-Rum ayat 41, Doa Elak lemas banjir, binatang bisa ular, Doa mustajab Nabi Khidir 'Alaihis Salam, doa untuk mengelakkan lemas, banjir dan binatang berbisa ular, Kronologi Banjir atau Bah Besar, Kronologi Banjir atau Bah Besar di kawasan Pantai Timur tahun 2014, Bah besar, Doa ketika menghadapi banjir besar dan Kronologi, Doa ketika ditimpa musibah, #Pray4PantaiTimur, #Pray4PantaiTimur

#PrayforPantaiTimur
eBanjir Portal V1.01

   

29 December 2014

21 December 2014

Motivasi Diri Buat apa yang kita suka

Motivasi Diri, Buka Minda, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta, Motivasi, Ayat, Ayat Motivasi, Konsisten, Keizinan suami adalah kunci utama, kerja saya sebagai guru, izin suami, belajar ilmu blogging, suka, Buat apa yang kita suka, Motivasi diri buat apa yang kita suka, Kisah Cikgu, Kisah cikgu ieta, Guru, Blog ieta, kelab blogger Ben Ashaari, Santai Blogger, program

Motivasi Diri Buat apa yang kita suka. Usah buat apa yang kita tidak suka. Walaupun bukan semua orang suka dengan apa yang kita suka. Jadi, buatlah sekadar yang kita mampu sahaja ^___^

Saya cuba untuk konsisten‬ dahulu dalam berblogging seperti saranan sifu Melastik Bintang 

Kadangkala saya rasa terlalu banyak yang ingin saya kongsikan. Cuma banyak perkara tidak dapat diceritakan kepada umum dan ini telah membatasi keinginan itu.

Idea mencurah-curah. Semuanya duduk dalam deraf tidak teredit sebaiknya untuk tatapan umum.

Begitu juga keinginan belajar ilmu blogging. Amat membuak-buak. Tanggungjawab terhadap keluarga wajib saya utamakan. Mana mungkin saya tinggalkan anak-anak saya seramai lima orang kepada suami hingga larut malam hanya untuk menuntut ilmu dan kepuasan saya dalam berblogging. Mana mungkin saya sertai mana-mana program yang di luar urusan kerja saya sebagai guru walaupun di waktu cuti sekolah tanpa izin suami.


Mentelah pula, anak yang ke lima masih kecil. Baru berusia dua tahun dan tidur malam pasti dengan saya. Sudah tentu suami tidak izinkan... Keizinan suami adalah kunci utama saya hingga berada ditahap ini.

"Manfaatkan blog yang ada. Macam2 boleh buat duit dengan blog ni... Percayalah saya hanya bermula dengan blogshop main2 yg percuma sahaja diselit2 affiliate sebagai penyeri. Tetapi kini, mcm mimpi! Blogshop itu telah menjadi syarikat. Even kecil tapi cukup menyeronokkan. Yakin pada kebolehan dlm berblogging. Cari dan galilah ilmu. Dari blog, macam2 telah diperolehi. Banyak... Carilah..." Ieta Mat Sa'ad
Motivasi Diri, Buka Minda, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta, Motivasi, Ayat, Ayat Motivasi, Konsisten, Keizinan suami adalah kunci utama, kerja saya sebagai guru, izin suami, belajar ilmu blogging, suka, Buat apa yang kita suka, Motivasi diri buat apa yang kita suka, Kisah Cikgu, Kisah cikgu ieta, Guru, Blog ieta, kelab blogger Ben Ashaari, Santai Blogger, program
Timbunan kain baju di hari ke dua berpindah

Jadi... Saya Motivasi Diri Buat apa yang kita suka tetapi, buatlah sekadar yang termampu. Biar saya tidak hebat di dunia ini. Namun membantah suami pasti buruk natijahnya. Saya buat apa yang saya minat tetapi atas kemampuan dan izin suami saya. Motivasi Diri Buat apa yang kita suka. Anda bagaimana ya?


   

09 December 2014

PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK

Panduan, Tips Keibu bapaan, Panduan memberi nama, Panduan memberi nama anak, panggilan nama anak, baby comel, Anak, Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab, Ebook Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab, memberi dan memilih nama anak, siapakah yang lebih berhak memberi nama anak?, Haram, Berhati-hati, berhati-hati dengan pemilihan nama anak dari buku-buku, panggillah nama anak dengan nama penuhnya, Sewajarnya biarlah nama diberi tidak menyukarkan anak-anak dan orang ramai mahupun guru semasa menulis nama di dalam buku kehadiran kelak, masa yang sesuai menamakan anak, Tips Keibu bapaan

As salam. Bila hamil, antara yang perkara penting untuk difikirkan ialah memberi dan memilih nama anak. Penting nama anak yang sesuai diberikan kerana nama ini menjadi panggilan kepada anak-anak kita sepanjang hayatnya. Nama anak juga melambangkan apakah harapan ibu bapa pada anak-anak mereka. Oleh itu, ada pihak yang telah menyediakan "PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK" melalui pelbagai cara. Anda boleh beli bukunya atau google sahaja. 

08 December 2014

KLIK-KLIK IKLAN

klik-klik iklan, 8SHARE, 8SHARE, IKLAN JANA WANG ONLINE, JANA WANG BLOGGER, JANA WANG ONLINE, PERKONGSIAN BANTU BLOGGER JANA WANG ONLINE, Jom join 8share, perkongsian yang sihat
Join 8share di sini

As salam. Hari ini saya nak cerita tentang klik-klik iklanRamai blogger yang tidak tahu tentang ini. Saya sendiri pun dahulunya tidak tahu juga. Alhamdulillah ada beberapa blogger yang buat entri tentang ini. 

04 December 2014

Rajin Komen Oktober dan November Blog Kisah Cikgu ieta

#ietamatsaad, #KisahCikguieta (#Blogieta) #kelabbloggerbenashaari, #SantaiBlogger, Pengomen Tegar, Rajin komen, Blog ieta, Kisah Cikgu ieta, ENTRI PENGHARGAAN, Top Commenters, Rajin Komen Oktober dan November Blog Kisah Cikgu ieta, Rajin Komen Oktober, Rajin Komen Oktober dan November, Blog Kisah Cikgu ieta, Entri Rajin Komen blog, REVIEW BLOG BLOGGER, blogger pengulas sukan tanah air, TIPS KURANGKAN AMBIL MAKANAN BERGULA, Kurangkan gula dalam minuman adik manis, TIPS KURANGKAN AMBIL MAKANAN BERGULA, Tips Kesihatan

"Rajin Komen Oktober dan November Blog Kisah Cikgu ieta".  Entri ini sudah lama terperap di dalam blog Kisah Cikgu ieta sebenarnya... Hari ini kebetulan ada masa menghadap PC usai menyiapkan kerja wajib, baru dapat menyiapkan entri ini. Selalu saya berblogging menggunakan handphone sahaja. Sudah terbiasa, ianya menjadi mudah. Banyak entri duduk dalam deraf blog Kisah Cikgu ieta ini. hehe.... Mood blogging turun naik beb,..

29 November 2014

Pengalaman mendaftar syarikat perniagaan

Kisah Cikgu ieta, Travel, Kisah Cikgu, lesen niaga online diperlukan, bagaimana daftar niaga online, niaga online, daftar niaga online, PUTRA Ampang Park, PUTRA Masjid Jamek, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM, UTM Jalan Ampang, STAR LRT Pudu Raya, UTC, agensi Kerajaan, usahawan, Bukan senang nak senang, Muaz Textiles, Gedung Muaz, Gambar menarik sekitar Putra Masjid Jamek, SOGO, Pertama Complex, Medan Mara, Maju Junction Mall, Gambar menarik sekitar Putra Masjid Jamek ke Maju Junction, Pengalaman mendaftar syarikat, Mendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pengalaman mendaftar syarikat perniagaan, Tatacara mendaftar SSM, Tatacara mendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Seronok dan bersyukur atas nikmat kurniaan Ilahi 
Pengalaman mendaftar syarikat perniagaan. Pengalaman ini bukanlah kali yang pertama. Sebelum ini saya telah cuba mendaftar secara online tetapi bermasalah setiap kali sampai ke bahagian borang. 

16 November 2014

Peluang Untuk Ikuti Kursus Kemahiran Malaysia Kepada Generasi Belia

Peluang Untuk Ikuti Kursus Kemahiran Malaysia Kepada Generasi Belia, PROMOSI, Gabungan Anak Muda Melayu Bersatu, GAMB, kategori, dibuang sekolah, tidak tamat sekolah menengah, anak-anak asnaf dan juga, bagi yang berminat, kursus kemahiran, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Pinjaman Latihan Kemahiran Disediakan, Elaun Sara Diri, Asrama disediakan, Pelajar Yang Tamat Kursus Akan Ditempatkan Bekerja Dengan Syarikat Yang Bekerjasama Dengan Pusat Bertauliah, GAMB WILAYAH UTARA, GAMB WILAYAH SELATAN, GAMB WILAYAH TENGAH, Peluang, Kursus, Generasi Belia, #SantaiBlogger, #KelabbloggerBenAshaari, #Blogger, Kolej Kemahiran Antarabangsa Malvern Jalan Petaling, Kuala Lumpur, Kolej Kemahiran Antarabangsa Malvern Jalan Petaling, Kolej Kemahiran Antarabangsa Malvern, Kursus Kemahiran Malaysia, Kursus Gabungan Anak Melayu Bersatu
Peluang Untuk Ikuti Kursus Kemahiran Malaysia Kepada Generasi Belia

Peluang Untuk Ikuti Kursus Kemahiran Malaysia Kepada Generasi Belia.

Gabungan Anak Muda Melayu Bersatu (GAMB) sedang mencari anak-anak muda dari kategori yang dibuang sekolah, tidak tamat sekolah menengah, anak-anak asnaf dan juga, bagi yang berminat untuk mengikuti kursus kemahiran yang mereka sediakan.

07 November 2014

Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak

Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com, GIVEAWAY, GIVEAWAY AKU SPONSOR, JiwarOsak.com, Giveaway Cuti Sekolah, Giveaway cuti sekolah by JiwarOsak, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta, santai blogger, kelab blogger ben ashaari, Hadiah Terkumpul Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak, promosi
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Ni nak promosi ni... Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak yang dianjurkan oleh blogger Feroz bersempena cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi sedang berlangsung tau... 

06 November 2014

Pemenang Segmen Jom Rumikan Ayat ini

As salam. Ingat lagi tak bulan September lalu saya telah membuat sempoi segmen "Jom Rumikan Ayat ini"? Hari ini saya baru berkesempatan memilih Pemenang Segmen Jom Rumikan Ayat ini.

31 October 2014

TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM

TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM.

TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM ini sudah terlalu lama berada di dalam senarai entri blog ini. Tidak saya ingat dari mana sumber blog yang asal.

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai  cara diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun. Semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

1. Banyakkan bersedekah

2. Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM ini adalah merupakan petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar. Moga TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM bermanfaat untuk kita semua.


25 October 2014

Kekayaan itu bukan milik kita

Motivasi, Tazkirah, #KisahCikguieta, #Blogieta, #ietamatsaad, #DuniaNiagaieta, #kelabbloggerbenashaari, #santaiblogger b, #TextCutie, kaya, sombong, berlagak, takbur, riak, kaya budi bahasa beradab, berakhlak mulia, Kekayaan itu bukan milik kita


Kekayaan itu bukan milik kita. Kekayaan juga bukanlah terletak kepada berapa banyak yang kita miliki. Kekayaan itu adalah kekayaan dihati. Di mana berapa banyak yang kita sebarkan kepada yang memerlukan.

20 October 2014

Analisa blog Kisah Cikgu ieta

Analisa blog Kisah Cikgu ieta, blog Kisah Cikgu ieta, Analisa blog, Google Analytics, jumlah pengunjung blog, Unique Visitors, laman sosial facebook, Kisah Cikgu ieta, Kisah Cikgu, Blog ieta, #kelabbloggerbenashaari, #SantaiBlogger
Analisa blog Kisah Cikgu ieta

Analisa blog Kisah Cikgu ieta kali ini memaparkan jumlah pengunjung blog Kisah Cikgu ieta pada bulan September lalu adalah 2,039 dengan kadar bounce rate yang amat tinggi iaitu 72%. Diikuti purata 2 jam 11 minit seseorang pengunjung menghabiskan masanya di blog ini yang hanya melihat 2 muka surat sahaja pada setiap kunjungan.

16 October 2014

Tips elak ditipu semasa membeli minyak kereta






































Tips, Minyak, ISU SEMASA, Malas gaduh-gaduh, Petronas menipu, Stesyen minyak Petronas menipu, Stesyen minyak Petronas Setiawangsa penipu, Buruk reputasi, jatuh kredebiliti nanti, kredibiliti, reputasi, bergaduh, argue, Tips beli minyak kereta, cashier, saya nak isi 22 liter, Tips elak ditipu semasa membeli minyak kereta, liter, tipu, Tips elak ditipu,






































Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi Tips elak ditipu semasa membeli minyak kereta hasil dari perbualan di whatsapp group bberapa hari lalu. Mungkin ada yang sudah mengetahuinya... Jadi saya ingin berkongsi dengan yang belum tahu lagi. Boleh kan? :D

14 October 2014

TOP COMMENTERS BULAN SEPTEMBER

ietamatsaad, #KisahCikguieta (#Blogieta) #kelabbloggerbenashaari, #SantaiBlogger, ENTRI PENGHARGAAN, Top Commenters, Top Commenters bulan September, Pengomen Tegar bulan September, Pengomen Tegar, Top Komen, Nadia Johari, Pengomen Tegar bulanan, Kelab Blogger Ben Ashaari, Santai Blogger,

"TOP COMMENTERS BULAN SEPTEMBER". Tara... ha... ini dia... sudah lama saya ingin melakukan perkara ini. Iaitu mengumumkan Top Commenters bagi bulan September. 

12 October 2014

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL

Isu Semasa, Air, Gangguan bekalan Air, Gangguan bekalan Air Tidak berjadual, Gangguan bekalan Air Tidak berjadual menyusahkan rakyat, Konspirasi politik, Selangor dilanda masalah air lagi
Notis dari Syabas berkaitan gangguan bekalan air tidak berjadual.

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL.

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL ini melibatkan lapan (8) wilayah di negeri Selangor dan Wilayah Perselutuan Kuala Lumpur. Menurut Syabas, gangguan ini adalah disebabkan pencemaran sungai Selangor. 

Berikut adalah berita penuh tentang gangguan bekalan air tidak berjadual pagi tadi 12 Oktober 2014. 

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor SdnBhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa gangguan bekalan air telah dialami di lapan (8) wilayah iaitu di Wilayah Gombak, Klang/Shah Alam, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor  sejak pagi ini (12 Oktober 2014).
Untuk makluman Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 dan Fasa 3 yang diurus oleh  Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan  Rantau Panjang yang diurus oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd telah ditutup sementara operasinya pada sekitar jam 8 malam semalam (11 Oktober 2014) ekoran berlakunya  pencemaran air mentah di Sungai Selangor akibat tumpahan cecair hidraulik, kini telah beroperasi semula sejak jam 8 pagi hari ini (12 Oktober 2014) dan pengeluaran air terawat telah disalurkan semula ke kolam imbangan loji rawatan air masing-masing.
Penutupan selama 12 jam di empat loji rawatan air yang membekalkan sekitar 60% keperluan bekalan air terawat Lembah Klang ini telah mengurangkan kuantiti bekalan air terawat ke kawasan pengguna di Wilayah Gombak, Klang/Shah Alam, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Langat, dan Kuala Selangor telah berkurangan sebanyak 1,350 juta liter sekali gus menyebabkan beberapa kawasan di wialyah-wilayah tersebut mengalami terputus bekalan dan tekanan rendah tidak berjadual. Pihak SYABAS menjangkakan bekalan air di kebanyakan kawasan yang terjejas akan mulai pulih sepenuhnya pada jam 8 pagi esok (13 Oktober 2014). 
Walaubagaimanpun, pemulihan di beberapa kawasan terutamanya bagi pengguna yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan akan berlaku secara berperingkat dalam tempoh 3 hari. Proses pemulihan bekalan tidak dapat dipercepatkan memandangkan ketiadaan sumber bekalan air alternatif di samping rezab simpanan air yang kecil. Bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air melalui lori tangki telah digerakkan dari masa ke semasa bagi mengagihkan bekalan air kecemasan.  
Walaubagaimanapun memandangkan kemudahan-kemudahan bantuan bekalan air kecemasan milik SYABAS termasuk lori tangki dan tangki air statik  ini adalah terhad, keutamaan akan diberikan kepada pengguna kritikal seperti hospital dan pusat dailisis dan pengguna diminta menggunakan bekalan air kecemasan sebaik mungkin dan untuk keperluan yang utama sahaja. Dalam pada masa yang sama, pihak SYABAS akan terus memantau situasi dan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa melalui media massa. 
Sementara itu, pihak SYABAS dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap pencemaran ini. 
Dalam pada itu, bagi gangguan bekalan air berjadual pada 9 Oktober 2014 di 120 kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat dan Sepang yang disebabkan oleh kerja kecemasan Loji Rawatan Air  (LRA) Sungai Semenyih yang dikendalikan oleh pihak Syarikat Konsortium ABASS Sdn  Bhd (ABASS) dan kerja menaiktaraf sistem agihan bekalan air oleh SYABAS, kesemua kawasan terlibat telah pulih seperti sediakala kecuali hanya bekalan air di Taman Pelangi Semenyih yang belum pulih sepenuhnya. Pihak SYABAS menjangkakan bekalan air ke kawasan tersebut akan pulih sepenuhnya hari ini. 
Sementara itu, pihak SYABAS telah juga dimaklumkan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) bahawa LRA Sungai Langat yang diuruskan oleh syarikat tersebut yang sentiasa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk (overload) menghadapi masalah di mana satu pam air mentah telah rosak pada sekitar jam 12 tengahari semalam (11 Oktober 2014). Pihak SYABAS dimaklumkan oleh PNSB bahawa kerja pembaikan akan siap sepenuhnya menjelang jam 6 petang hari ini (12 Oktober 2014). 
Berikutan dengan kerosakan tersebut, bekalan air terawat yang dikeluarkan oleh loji rawatan tersebut telah berkurangan sebanyak 15 Juta Liter Sehari (JLH). Sehubungan itu, sebahagian daripada pengguna di beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat dan Kuala Lumpur dijangka akan mengalami gangguan bekalan air termasuk tekanan rendah terutamanya pengguna yang berada di penghujung sistem agihan bekalan air dan lokasi kependudukan yang tinggi. 
Dalam pada itu, pengguna di kawasan yang terjejas yang menghubungi Pusat Panggilan SYABAS (PUSPEL) diminta bersabar dan menunggu sedikit lama sebelum panggilan mereka dijawab. Berikutan, banyak kawasan yang terlibat, maka PUSPEL kini sedang berhadapan dengan jumlah panggilan yang amat tinggi. Sebagai sumber alternatif, pengguna digalakkan melayari laman web SYABAS, Facebook dan Twitter untuk mendapatkan status terkini dari masa ke semasa. Syabas online

Isu Semasa, Air, Gangguan bekalan Air, Gangguan bekalan Air Tidak berjadual, Gangguan bekalan Air Tidak berjadual menyusahkan rakyat, Konspirasi politik, Selangor dilanda masalah air lagi
Gangguan bekalan air tidak berjadual menyebabkan kos perbelanjaan makanan meningkat. Jika hari tiada gangguan bekalan air hanya sekitar RM23.00 hingga RM25.00 sahaja lauk-pauk beserta 4 bungkus nasi. Hari ini RM30.00 untuk lauk-pauk termasuk 2 bungkus nasi. Alhamdulillah ada duit hasil berniaga kecil-kecilan hari ini... ^__^

"Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual ni Isu Semasa yang paling membakar hati ramai ni... Sabar ya... Lambat laun Allah beri penyelesaiannya..."

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL ini amat menyukarkan banyak pihak sebenarnya terutamanya mana-mana keluarga yang memiliki anak-anak kecil dan ahli keluarga yang ramai. Apabila kes yang tidak wajar berlaku ini semakin menjadi-jadi, secara automatiknya, kos perbelanjaan terutamanya yang melibatkan makanan akan meningkat. Moga GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL seperti ini akan diselesaikan dengan segera oleh pihak berwajib.

Update : Jam 3 pagi air telah ada namun, air berwarna oren. Jam 9.40 pagi air berwarna coklat cerah.

10 October 2014

Teruskan berusaha

MOTIVASI, Kisah Cikgu, Kisah Cikgu ieta, Dunia Niaga ieta, Blog ieta, Window shopping, Teruskan berusaha, Jangan lekas jemu, berputus asa, Relakskan minda

As salam...
Alhamdulillah, selesai sudah exam Kaedah Mengajar Bahasa Arab pagi tadi. Memang main jawab sahaja tadi. Betul atau tidak, Waalhua'lam bissowab. Tawakkal (berserah) sahaja kepada Allah... Kerana telah berusaha sekadar termampu. Yang pasti, saya perlu Teruskan berusaha.

Teruskan berusaha. Saya ke tempat peperiksaan menaiki train Putra sahaja hari ini. Usai exam, sebelum menapak kaki ke  parking kereta, saya singgah ke poslaju poskan Tepung Chezzy Cheese yang customer saya dari Melaka order terlebih dahulu.

Prepare untuk esok pula, subjek Pengenalan Kepada Multimedia. Seterusnya Ahad subjek Fiqh Islam 2. Juga waktu pagi. Moga saya akan memperolehi keputusan yang memuaskan kali ini. Aamiin...

MOTIVASI, Kisah Cikgu, Kisah Cikgu ieta, Relakskan minda, Dunia Niaga ieta, Blog ieta, Window shopping, Teruskan berusaha, Jangan lekas jemu, berputus asa
Window shopping dahulu sebelum balik... Relakskan minda... Tapi... satu pun tiada yang berkenan dihati... ^__^

Untuk hidup, kita perlu teruskan berusahaDemi keluarga tercinta. Jika ada rezki berlebih boleh bersedekah pula. Bantu golongan susah yg ada... Jangan lekas jemu apatah lagi berputus asa untuk Teruskan berusaha. Apa kata anda ya? :)

09 October 2014

Jangan banyak merungut

Kisah Cikgu, Kisah Cikgu ieta, Muhasabah diri, Update blog, exam

As salam semua... 
Doakan saya dapat jawab exam pada pagi esok, pagi Sabtu dan pagi Ahad nanti ya... 

Arwah emak pernah berpesan... 
"Jangan banyak merungut...".

Terma kasih semua...

20 September 2014

Pentingnya Ilmu Hartanah dan Pelaburan

Book Review, Hartanah dan Pelaburan, Review, Pentingnya Ilmu Hartanah dan Pelaburan,Hartanah dan Pelaburan, Panduan Lengkap Bisnes Sublet Jana Keuntungan Tanpa Membeli Hartanah, Panduan Lengkap Flipping Rumah Lelong, Tn. Hj. Meor Zai Dee Meor Ahmad Rasdi, Abang Ensem, Pakar Hartanah, berniaga, mempelajari hal-ehwal hartanah
Kemas betul tulisan di sheet consignment pos laju ni.

Pentingnya Ilmu Hartanah dan PelaburanDapat dah. Yeayy.... Dapat sudah buku yang didam-idamkan. 

08 September 2014

TERIMA KASIH BLOGGER FEROZ OTHMAN




ENTRI PENGHARGAAN, KISAH BLOGGER, UPDATE BLOG, Kisah Cikgu ieta, BLOG ieta, PROMOTE BLOGGER, review blogger, ranking Alexa Blog Kisah Cikgu ieta, Feroz Othman, brilliant, Terror bab SEO,
KLIK BANNER UNTUK KE LINK BLOG BLOGGER FEROZ OTHMAN

"TERIMA KASIH BLOGGER FEROZ OTHMAN". Entri ini ditujukan khas kepada blogger Feroz Othman yang telah sudi mendekorasikan Blog Kisah Cikgu ieta yang dahulunya dikenali sebagai Blog ieta. Tidak sampai sehari pun dah siap. 

05 September 2014

26 August 2014

Manfaatkan medium sosial yang ada



As salam. "Manfaatkan medium sosial yang ada". Anda ada medium sosial?Manfaatkanlah medium sosial yang adaKenapa agaknya ya sedemikian tajuknya? Sebenarnya semalam baru saya on facebook saya seketika melalui PC. Terkejut saya diam tak diam, hingga 25/8/2014 jam 1.33 petang, ada 1,374 rakan-rakan yang sudi menjadi rakan alam maya saya di facebook berkongsi cerita, idea dan segalanya di situ. walaupun ramai stalker. Manakala followers blog pula baru ada seramai 1230 followers. Google + pula seramai 1,389 followers|1,355,029 views walaupun ramai silent reader. Taklah hebat mana... Ramai lagi blogger yang hebat-hebat dari saya. Tapi ia cukup memberi impak yang besar buat saya sebagai seorang guru, usahawan dan juga blogger.


Manfaatkan medium sosial yang ada, Advertorial, cara meningkatkan traffik blog, IKLAN JANA WANG ONLINE, PROMOTE BLOGGER, REVIEW BLOG BLOGGER, facebook, Google +, Blog ieta, Dunia Niaga ieta, Blogshop Dunia Niaga ieta merupakan medium niaga online, instagram, twitter, ummaland, media sosial, Linkedin
Manfaatkan medium sosial yang ada... Usah dicemari dengan perkara yang merosakkan jiwa dan bangsa.

Saya adalah seorang isteri, ibu, guru, student PJJ, blogger dan berniaga secara sambilan. Blog Kisah Cikgu ieta  merupakan medium untuk saya menulis apa sahaja. Samada berbentuk ilmiah mahupun yang santai-santai. Juga menyertai kontes dan segmen anjuran blogger. Manakala Blogshop Dunia Niaga ieta pula merupakan medium niaga online saya berniaga secara kecil-kecilan dan secara sambil-sambilan sahaja. Saya juga memperdagangkan produk-produk bisnes saya itu secara langsung dengan rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang sukakan produk-produk niaga saya tu.

Instagram saya belum berapa mahir begitu juga dengan twitter. Apatah lagilah Ummaland yang masih sangat baru saya sertai. Sebab itulah saya galak sekali posting apa sahaja dilaman sosial facebook saya tu. Tapi bukanlah hari-hari dan setiap saat... 

Untuk tujuan perkongsian maklumat dan pembelajaran, boleh follow saya di Linkedin ataupun di slideshare saya.

Manfaatkan medium sosial yang adaSesiapa yang ada link2 seperti di atas, boleh letak link di ruangan komen ya. Bila berkelapangan, saya tambah ke dalam link saya. Banyak manfaatnya bila kita aktif di laman-laman sosial yang ada. Ini hanya sebahagian sahaja. Banyak lagi sebenarnya... Jadi, mari sama-sama kita memanfaatkan medium sosial yang ada. 

Selamat datang kepada rakan2 yang baru... Terima kasih kerana sudi add atau accept saya sebagai rakan facebook, follower blog dan semua laman sosial yang ada. 


psss...

Sudahkah anda meletakkan blog ieta ke dalam bloglist anda?

Untuk beriklan, boleh pm saya di sini ->>Ieta Mat Sa'ad.
Atau boleh kemukakan sebarang pertanyaan di sini ->>Blog ieta.
Boleh membeli pelbagai barang niaga saya di Blogshop saya ini ->>Dunia Niaga ieta.
 di Twitter dan boleh  jika entri ini bermanfaat.

Entri berkaitan : Networked Blogs



Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?