PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Menanam Rasa Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w

As salam. Bagaimana ya untuk Menanam Rasa Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w"?Petang, 11/1/2014 bersamaan hari Sabtu, saya mengikuti kuliah untuk Subjek Sirah Nabawiyyah di UTM, Kuala Lumpur. Menarik subjek ni. Subjek ini menambahkan rasa kecintaan saya kepada Rasulullah s.a.w.


Melalui presentation hebat oleh rakan-rakan sekuliah, rasa terpanggil untuk membuat artikel bertajuk Menanam Rasa Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w ni.

Antara yang menarik, dalam presentation tersebut ialah ungkapan ini : "Andai matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, nescaya aku tak akan tinggalkan usaha dakwahku". 



Mendengar rakan-rakan berbicara dengan hujjah mereka, membuat saya terfikir sejenak... betapa susah payah, penuh onak berlikunya untuk junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan Islam. Penuh dengan kejian, hasad dan dengki, tohmahan dan juga disiksa oleh kaum arab jahiliyyah yang memang telah menjadi kebiasaan mereka dalam pengamalan kehidupan yang jauh menyimpang dan tersasar dari kehidupan normal insan yang dikehendaki oleh Allah SWT.



Saya amat tertarik juga dengan kupasan tentang Da'ie yang dibincangkan oleh rakan-rakan pembentang bersama pensyarah kami. Oh ya, apa itu Da'ie ya? Dal alif 'Ain Ya. Da'ie ialah pendakwah iaitu orang yang menyampaikan. Menyampaikan apa sahaja terutamanya perkara-perkara kebaikan.

Baiklah, balik pada topik. Kesimpulan yang saya perolehi dari subjek Sirah Nabawiyyah ini, antaranya seperti berikut :

1) Da'ie perlu mendekati pelbagai golongan masyarakat melalui pelbagai kaedah. Usah berada dalam kepompong mereka sahaja. Contohnya dekati remaja yang berpeleseran, bohsia bohjan mahupun golongan merempit, jiwai mereka dan dakwah mereka kepada kehidupan bersyariat tanpa memperlekehkan mereka apatahlagi mengeji, mencaci maki hamun mereka. Buat pengetahuan anda, saya juga ramai kawan seperti mereka. Tak de jijiknya mereka ni... Ada sebab mengapa mereka jadi sedemikian....


2) Berkaitan sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut tak berapa hari lagi, disarankan usahlah belarak tanpa menghayati maulidur rasul yang sebenarnya... Jadi, tugas Da'ie ialah... perlu memberi kefahaman kepada masyarakat untuk menghayati Maulidur Rasul seterusnya Menanam Rasa Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w, bukan setakat menjadi peserta aktiviti belarak atau mencari pemenang sepanduk terbaik mahupun kumpulan selawat terbaik.



Seterusnya melalui presentation kumpulan lain, bertajuk Pengajaran Hijrah Rasulullah ke Habsyah & Thaif antara yang dapat saya rumuskan ialah :


1) Rasulullah SAW peka kepada suasana antarabangsa. Nabi tahu, di negeri Habsyah, ada seorang Raja yang adil. Nabi juga tahu bagaimana masyarakat di sana. Jadi, sebagai da'ie perlu lebih peka akan isu semasa dan terkini dalam usaha mengembangkan #dakwah. Contohnya isu Bughah yang sedang hangat diperkatakan kini mahupun isu model non-muslim memakai hijab.


2) Da'ie yang berjiwa kental tetap terus berdakwah walau dalam keadaan terhimpit atau ditimpa pelbagai kepayahan. Nabi lebih teruk menerima dugaannya tau dari kita yang hanya penyambung risalah yang dibawa oleh beliau.

Saya suka memetik kata-kata buat para da'ie dari seorang blogger yang juga seorang jurulatih memanah, iaitu Ustaz Asyraf, "Tugas agamawan membimbing dan memahamkan, bukan sibuk jadi tuhan. Jangan salahkan kenapa si fulan jadi athies, liberal segala. Salahkan diri kerana 'gagal' memahamkan si fulan wujudnya Maha Pencipta. Awak kata awak pendakwah? jadi keluar, berhadapan dan bergaul. Bukan hebat dalam gelanggang sendiri." Katanya. Jom ke blog beliau DI SINI (klik). Ustaz sekarang bukan sebarang ustaz tau... berkebolehan pelbagai... Jangan pandang sebelah mata ha... 

GAMBAR HILANG...



Sabda Rasulullah S.A.W : "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga". Hadis Riwayah Al-Sajary daripada Anas.

Menanam Rasa Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w bukanlah perkara yang mudah... Lagi-lagi kita hanyalah orang awam, belum sampai ke taraf iman yang jitu. Oleh itu, marilah bersama kita menghayati dan Menanam Rasa Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w melalui skill untuk meraih kejayaan seperti cerita +Encik Titan  dalam entrinya yang INI (Klik ler...). Da'ie yang berjaya juga patut ambil contoh yang positif dalam cerita yang ditulis oleh Encik Titan, sifu dalam saya berblogging nih. Jom semarakkan Maulidur Rasul melalui penghayatan yang sebenar. Banyak Masjid yang boleh anda hadiri pada hari Selasa hadapan untuk program bagi Menanam Rasa Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w contohnya, di Masjid Al-Akram, Taman Keramat, Kuala Lumpur (boleh google di mana tempatnya). Jom...

Jiwa Da'ie itu, tak pernah malap even siapa pun dia... atau bagaimanakah kisah silamnya... Thanks +Encik Titan dan semua yang memberi semangat saya berblogging even saya sibuk dengan kerja, study dan anak5 serta suami.
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 orang yang sudi komen:

  1. terasa rindu dgn rasullullah. =)

    ReplyDelete
  2. kalau Rasulullah masih ada....apakah dia akan bangga dengan kita semua.apa sumbangan kita kepada islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari bersama meneruskan usaha dakwah setakat termampu In Shaa Allah

      Delete
  3. Kecintaan kita terhadap Rasulullah bukan setakat dgn sambutan Maulidur Rasu sahaja. Ia adalah sepjg masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, entri tentang Maulidur Rasul masih dalam deraf. Terima kasih En. Kamil

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *